Ahad, 7 Ogos 2011

PERNIAGAAN BARU DI KAJANG ( PARKING RAMADHAN )

- Bazaar Ramaddan Taman Mesra Kajang satu satu nya bazzar ramaddan terawal di Mukim Kajang ,
Harga nya  berpatutan dan beraneka pilihan juadah dan mendapat sambutan rakyat namum pada akhir akhir terdapat masallah letak kereta dan laluan yang agak sesak oleh kerana besar kemungkinan penutupan Jalan ke Taman Mesra dari Tapak nya  dan tiada Kawalan lalulintas oleh pengajur mungkin faktor Kos


Namun hari ini saya tak ada masallah parking kerana adanya kakitangan Shell Di Simpang balak yang memberikan tapak letak kereta dan mengawal lalulintas dan menyuruh kenderan Motor parking di kawasan lain ,

Keluar dari Kereta   Terus di maklumkan oleh Attendent Pam Minyak harga parking RM 1.00



Sejak Bila pulak Stesyen minyak Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Kutip Parking , Tanya saya boleh kah awak kutip tanpa Notis " Notis ada encik itu dia

Tanya saya pada dia

 " Saya Rasa tak betul ni apa yang awak buat , Yang saya parking ni pun tanah Reserve Jalan dan adakah amalan Shell membenarkan ini dan adakah kutipan ini mengikut peraturan caj letak kereta MpKJ  NOtis pun kecil sangat tak maklum betul betul Naya kat orang "

Jawab dia     " Itu saya tak tahu tapi boss suruh collect "

Jawab Saya :  " Boss awak ini bukan penceramah Ugama ke
                        Tak apa lah nah RM 1.00  Ini untuk sekali masuk ke untuk satu jam  "


Adakah amalan ini dibenarkan dan mengikut peraturan undang udang kecil MPKJ  atau Shell Malaysia Trading Sdn Bhd mengalakkanya 

Isnin, 1 Ogos 2011

Terawih Surau Saujana Impian Surah Al baqarah Ayat 1 hingga 39

Hari Ini Sembahayang Terawih malam kedua alhamdullilah surah Al baqrah 1 hingga 39 dibaca dan dihuraikan oleh Iman muda

Suara Imam seakan akan berimankan  Saad Al Ghamdi

Ayat Ayat Yang amat menyentuh saya ialah hal periha munafik dan fasiq ayat 8 hingga 13 dan termenung sekita bertanyakan diri golongan manakah yang aku ikuti dan terlibat di Malaysia ini

Go to fullsize image
 

A008
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.  

A009
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (

A010
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).





A011
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

A012
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
A013
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).