Ahad, 23 Februari 2014

Kassim Ahmad bukan satu Pemikiran ia jelas satu Otak Rosak dipengaruhi Syaitan

Lama dah Masyarakat Islam tolak pemikiran Syaitan ini , Tetapi Mahathir mepelopori kefahaman ini kerana dia mahu Kassim Ahmad  meyerang Anwar Ibrahim

Kassim Ahmad adalah Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang semasa Anwar Ibrahim Pengerusi UMNO Pulau pinang beliau telah serta merta memecat Kassim Ahmad oleh kerana pemikirannya ini
yang dilaporkan oleh Mufti pulau Pinang Sheikh Azmi

Hari ini Demdam kesumat kassim Ahmad masih tidak terhenti , meyerang Anwar Ibrahim dengan Bantuan Mahathir semata mata kerana Politik di Kajang . Kini bagi meyerang Anwar Mahathir sanggup menaja  Gerakan Kassim Ahmad yang nak sesatkan Umat islam




SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”




1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.




2.Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:



i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.



ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi 



iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an



v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu



vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith
 


vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad



3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:



i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.



ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.



iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.



iv. Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.



v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.



vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an



vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.



4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.



5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.



6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.



7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.



8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.


Sekian terima kasih


Saya Yang Menurut Perintah



Dato Haji Othman Mustapha

19 Februari 2014

Jumaat, 21 Februari 2014

PRK N25 kajang Rumusan dan Rujukan






2004
Pengundi inginkan sesuatu yang baru dan bersih di bawah kepemimpinan baru negara yang diteraju oleh Pak Lah. Dengan imej bersih, cucu kepada ulamak tersohor negara suatu ketika dahulu (Tuan Guru Abdullah Fahim), tegas serta dilihat mesra rakyat dengan slogan bekerja bukan kerana sayamaka rakyat tanpa ragu-ragu telah memberi kepercayaan penuh kepada BN untuk terus memerintah negara ini

2008,
fenomena nasional iaitu „tsunami politik‟ yang bermula dengan perhimpunan aman tuntutan demokrasi dalam pilihan raya oleh parti-parti pembangkang yang dikenali sebagai BERSIH pada 10 November 2007 di Kuala Lumpur. Perhimpunan BERSIH tersebut disertai oleh pelbagai kaum dengan latar belakang yang berbeza yang  telah  meledakkan  momentum  kesedaran  terutamanya  tentang  kepincangan  perjalanan pilihan raya di negara ini. Kemudian berlaku pula himpunan HINDRAF pada 25 November 2007 oleh seluruh masyarakat India dengan slogan „makkal sakhti atau „kuasa rakyat‟ yang menuntut perubahan sosioekonomi terhadap mereka serta protes terhadap Kerajaan yang merobohkan kuil- kuil  Hindu  di Selangor  (Riduan Mohamad  Nor 2008).  Keadaan  sedemikian dipadukan  lagi dengan kelemahan Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia dalam membuat  keputusan  yang  melibatkan  kepentingan  negara  serta  tidak  tegas  terhadap  situasi „politiking negara pada waktu itu. Ketiga-tiga keadaan sedemikian menyebabkan BN gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi Dewan Rakyat dan tewas di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam PRU 2008.

Hal ini dipengaruhi oleh faktor isu semasa dan sentimen pengundi yang boleh berubah secara besar-besaran tanpa boleh dihalang lagi oleh politik pembangunan dan faktor 3M (Money, Media & Machinery).



2013
Faktor “ Ubah” Ini kali lah dan kecermerlangan pentadibiran Selangor  dikatakan  membawa kemenengan di Kajang sebaayak mana pun beas dan BN bertanding dan Jumlah wang yang ditaburkan bagi mengerak machinery ,gagal meyekat kemaraan Pakatan Rakyat  kecuali dengan Penipuan

DUN Kajang menyaksi walaupun PKR tidak memerlukan Calon Kaliber dan wibawa mahupun  ramai masyarakat cina mendengar khabar angin Calon PKR seorang peguam yang ??????  dan mengenepikan Che gu Lee yang Kononnya disukai ramai tidak dapat digugut tambahan lagi dengan Calon MCA  yang mempunyai rekod  umumnya semua rakyat Kajang tahu dan megeleng kepala  tetap dengan keputusan mereka oleh kerana Faktor MONEY .

Adun Kajang dan Kumpulan Cabang Parti Keadilan Hulu Langat yang bergolak dan tunggang langgang memungkin kalau istallah orang Melayu dahulu “ keeling Botol” pun boleh menang . Ini telah membuat Majlis pimpinan PKR Negeri Selangor membuat keputusan meletakkan Calon terjun pilihan mereka tanpa sedikit pun memperdulikan setimen ahli PKR Hulu Langat  

Dengan rumusan ini kita bolehlah mengandaikan Bahawa 90% pengundi kajang tidak tahu pun dimana Pejabat PKR mahupun mengetahui kepimpinan PKR setempat kecuali ADUN terdahulunya  


JIKA ADA YANG MAHU MENGETAHUI LEBI LANJUT SYA SERTAKAN BAHAN RUJUKAN UNTUK PIHAK TUAN MEMAHAMI KESAN PESEMPEDANAN SEMULA

RUJUKAN

Amer  Saifude  Ghazali.  2009.  Geografi  pilihan  raya  Malaysia.  Kuala  Lumpur:  Penerbit
Universiti Malaya.

Brown, G. K. 2005. Playing the (non) ethnic card: The electoral system and the ethnic voting patterns in Malaysia. Ethnopolitics. 4(4): 429-445.
Glassner, M. I. 1993. Political geography. Connecticut, USA: John Wiley & Sons, Inc. Grofman B. 1990. Political gerrymandering and the courts. New York: Agathon Press. http://www.gerrymandering.senategop.net/historygerry.html

Ismail Kassim. 1979. Race, politics and moderation: A study of the Malaysian electoral. Kuala
Lumpur: Times Books.

Johnston, R.J. 1972. Spatial Elements in Voting Patterns at the 1968 Christchurch City Council
Election, Political Science. 24(1): 4961.

Lembaran Peta Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Selangor 1994. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.


Lembaran Peta Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Selangor 2003. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Lim  Hong Hai.    2003.  The Delineation  of Peninsular Electoral  Constituencies:  Amplifying Malay and UMNO Power dlm Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu.   2003. New politics in Malaysia. Singapore:  Institute of Southeast ASIAN Studies.

Mohd Sayuti Omar. 2004. Pilihan raya 2004 satu tragedi. Kuala Lumpur: Penerbitan Tinta
Merah.

Ong Kian Ming. 2005. Electoral Delimitation: A Case Study Of Kedah. Dlm. Mavis Puthucheary
& Norani Othman. Election and Demaocracy in Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan. 1997. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

R.S Milne dan Diane K.Mauzy. 1982. Politik dan kerajaan di Malaysia. Petaling Jaya: Leeds
Publications.

Riduan Mohamad Nor. 2008. Analisis pilihan raya umum ke-12: Makkal sakhti 2008. Kuala
Lumpur: Jundi Resources.

Rosmadi Fauzi, Aziz Shafie, Amer Saifude Ghazali, Zulkarnain Abdul Rahman & Mohammad Redzuan Othman. 2011. Elemen Ruangan dalam Politik Malaysia Menjelang Pilihan Raya Umum 13. Seminar Politik Malaysia. 12 Januari 2011, UiTM Shah Alam.

Salleh Buang. 1997 (edt) Tun Mohd Salleh Abas. Prinsip perlembagaan dan pemerintahan di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sothi Rachagan. 1993. Law and the electoral process in Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti
Malay Press.

Suruhanjaya  Pilihan  Raya  Malaysia.  1994.  Laporan  Suruhanjaya  Pilihan  Raya  Malaysia mengenai  Ulangkaji  dan  Persempadanan  Semula  Bahagian-bahagian  Pilihan  raya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu Jilid 1-syor 1994. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1995. Laporan Statistik Kaum, Daftar Pemilih Pilihan Raya
Umum Ke 10. 1995. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Suruhanjaya  Pilihan  Raya  Malaysia.  2003  Laporan  Suruhanjaya  Pilihan  Raya  Malaysia mengenai   Ulangkaji   dan   Persempadanan   Semula   Bahagian-bahagian   Pilihanraya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu Jilid 1-syor 2003. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 2004. Laporan Statistik Kaum, Daftar Pemilih Pilihan Raya
Umum Ke11. 2004. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Toh Kin Won. 2003.  Machang Bubuk: Change Ini Voting Patterns, 1995-1999 dlm Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu.  2003.  New politics in Malaysia. Singapore:  Institute of Southeast ASIAN Studies.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 2010. Evolusi Parlimen dan evolusi speaker Parlimen Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Kajian oleh :
1)Junaidi Awang Besar,
2)Mohd Fuad Mat Jali,
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3)Rosmadi Fauzi,
4)Amer Saifude Ghazali, Jabatan Geografi
Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti  Malaya (UM)