Pejuang Pejuang Tanah Melayu

Dalam mencari kesohoran dan kemasyuran Kepimpinan Melayu saya meringkas apa yang saya dapat melalui Googeling :





Penjuang Pejuang menetang Penjajahan 

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan berikut:
  1. Penghulu Dol Said di Naning,
  2. Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
  3. Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong,
  4. Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor
  5. Sultan Abdullah di Perak,
  6. Dato’ Bahaman,
  7. Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang,
  8. Tok Janggut di Kelantan,
  9. Raja Mahadi di Selangor,
  10. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu,
  11. Tok Moris, Tunku Kudin
  12. Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap,
  13. Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta
  14. Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah.
Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena

Nasionalisma 

Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya,
  1. Sheikh Tahir Jalaluddin,
  2. Syed Sheikh Al-Hadi,
  3. Sheik Muhammad Akil,
  4. Sheikh Awad Saidin
  5. Haji Abas Taha.
Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti:
  1. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba),
  2. Harun Muhammad Amin,
  3. Abdul Hadi bin Hassan,
  4. Burhanuddin Al-Helmi dan (Tokoh PAS yang terlibat sama menuntut Merdeka)
  5. Abdul Rahim Kajai.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoMNsOXYPoOoodErMDN-B_W3yAWOTCtS5ZmFKTCuwn18HaEavOD45TwE0ojctzgIG3tl3dc8lLdEo7txxn86APChlLeExoRULeQyBoyoppPOxDsOObpndtZq7Z0Evmnds82u9MxhYn1hM/s1600/rahimkajai.jpg
Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.



Arus kebangkitan Nasionalima

Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku.

Ada kah serangan Jepang ini ada hikmahnya yang telah meyemai semangat nasionalisma di Tanah Melayu melalui serapan Ideologi " Asia Untuk Asia " " Tanah Melayu di tadbir Melayu "  


Kongres Melayu Se-Malaya Pertama yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman. Kongres yang disertai oleh 47 buah pertubuhan Melayu. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) antara pertubuhan politik yang aktif sebelum merdeka. Ia ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Ahmad Boestaman, Abdullah CD dan Baharuddin Tahir adalah antara tokoh-tokoh besar dalam PKMM. Mereka kemudiannya bersama dengan Dato' Onn pada kongres yang kedua di Istana Besar Johor, Ini dikatakan kebangkitan semangat nasionalisme peringkat I


Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat II telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Pada 29 Jun 1946, PKMM mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO. Keputusan ini dibuat atas dasar prinsip perjuangan pertubuhan itu. Bermula dari saat itu, PKMM mengambil bentuk perjuangan berhaluan kiri yang anti kepada British. UMNO pula ketika itu yang mendapat sokongan kuat dari Raja-raja Melayu dan golongan bangsawan memilih untuk menjadi proksi kepada British.

 
Jawatankuasa Kerja yang terdiri darpada 6 orang wakil British, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO dibentuk untuk membincangkan draf Perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. PKMM menolak jemputan untuk menyertai jawatankuasa itu kerana berpendapat ia sepatutnya mengambil kira pandangan masyarakat bukan Melayu pada waktu itu.

Akhirnya, apabila draf Perlembagaan Persekutuan siap dan diluluskan, banyak pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu yang menentang draf Perlembagaan tersebut. Mereka bergabung di bawah Pan-Malayan Council of Joint Action(PMCJA). PMCJA merupakan salah sebuah pertubuhan yang menentang kuat draf Perlembagaan tersebut. Tan Cheng Lock mengetuai pertubuhan yang terdiri daripada masyarakat bukan Melayu yang bermastautin di Tanah Melayu pada waktu itu. Beberapa siri demonstrasi kemudiannya diadakan bagi menunjukkan penentangan mereka terhadap draf tersebut.

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) kemudian dibentuk. PUTERA menggabungkan 29 buah pertubuhan Melayu termasuklah PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) dan Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) kemudian diangkat sebagai pengerusi.

PUTERA dan PMCJA kemudiannya bermesyuarat bersama dan bersetuju untuk menubuhkan PUTERA-AMCJA. Pakatan yang ditubuhkan ini ternyata menggerunkan British sehingga memaksa Bristih untuk memperkenalkan semula Societies Ordinan bagi menyekat pertubuhan-pertubuhan baru dari menyertai pakatan ini.

Pakatan ini bergerak bersama atas 10 prinsip rakyat. Mereka kemudiannya bersama-sama membentuk draf Perlembagaan sendiri. Ia diberi nama Perlembagaan Rakyat. Perlembagaan ini dibuat dengan berasaskan kepada perundingan bersama semua kaum di Tanah Melayu pada waktu itu. PUTERA-AMCJA meluluskan secara rasmi Perlembagaan ini pada 10 Ogos 1947.

Perlembagaan Rakyat ini mendapat publisiti yang meluas oleh media pada waktu itu. Rapat umum yang diadakan bagi menerangkan kepada masyarakat umum mengenai Perlembagaan itu berjaya mendapat sambutan orang ramai. Ramai yang mula sedar dan bantahan terhadap cadangan Perlembagaan Perseketuan yang direstui oleh British semakin hebat.

Cadangan Perlembagaan Rakyat tidak mendapat perhatian langsung dari pihak British. Pakatan PUTERA-AMCJA mula mengambil tindakan yang lebih keras. Mereka mengumumkan untuk mengadakan Hartal di seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947 bersamaan dengan hari di mana Parlimen British membahaskan Perlembagaan Persekutuan. Hartal yang dianjurkan oleh pakatan PUTERA-AMCJA itu mendapat sambutan menggalakkan di seluruh Malaya. Semua aktiviti masyarakat dan perkhidmatan tidak bergerak pada hari tersebut.

British tetap berdegil walaupun Hartal tersebut berjaya menunjukkan suara hati sebenar rakyat. Mereka tetap melaksanakan Perlembagaan Persekutuan pada 1 Februari 1948. Bagi memadamkan api amarah rakyat yang semakin membara, British mengisytiharkan darurat pada 18 Jun 1948. Ancaman komunis dijadikan alasan oleh British pada waktu itu. Banyak pertubuhan-pertubuhan politik diharamkan pada waktu itu. Sebanyak 29, 857 orang telah ditangkap dengan hampir 10,000 orang daripadanya adalah orang Melayu. Mereka telah dituduh sebagai agen komunis.

 

Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.


Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ .sumbangan UMNO dalam memerdekakan Tanah Melayu pada waktu itu tidaklah dinafikan . Cumanya kejayaan ini sering digembar-gemburkan sebagai kejayaan mutlak milik UMNO. Perjuangan puak-puak berhaluan kiri dalam menuntut kemerdekaan didiamkan. bag kata Winston Churchill " History is written by Winners " falsafah Jahil dan memesong peradaban manusia. Ini menyebabakan   Jarang sekali kita dapat mendengar komentar mengenai perjuangan yang lain , walhal merekalah antara pencetus kemerdekaan ketika UMNO masih lagi diulit mimpi dengan slogan 'Hidup Melayu'


Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 
1953,
 
”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.




Ringkasan Sejarah dan aliran langkah ke arah mencapai kemerdekaan:
  1.    Persidangan Malaya Merdeka Di London
  2.     Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  3.     Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Banda Hilir,     Melaka
  4.     Suruhanjaya Perlembagaan REID
  5.     Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London
  6.     Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pertama
  7.     Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
  8.     Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di Tandatangani
  9.     Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka
  10.     Rang Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu Diluluskan
  11.     Pengumuman Jemaah Kabinet Yang Pertama Selepas Merdeka
  12.     Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk Upacara Kemerdekaan
  13.     Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan
  14.     Perasmian Stadium Merdeka
  15.     Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka
  16.     Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab Selangor
  17.     Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
  18.     Penetapan Tarikh Merdeka Pada 31 Ogos 1957

Tiada ulasan: