Khamis, 31 Disember 2009

My Best Kenduri Year 2009

Malam semalam Kenduri penutup Tahun 2009


Uztaz Imran dan Khariah Surau Saujana Impian






My Co Host Eldest Broder














LaAdd Imageuk Habis licin Alhamdulillah ,
Tasbih dan Yassin cendrahati tak Cukup Oh Oh


Terima kaseh Pada Semua yang Hadir, Kita merancang Allah juga yang menentukan

Isnin, 28 Disember 2009

Jemputan Majlis Tahli dan Yassin






Derdoalah Kita kesejahteraan keluarga dan bermuafakat
Wahai Suadara Mara , sahabat dan kaum kerabat
Saya menjemput ke kenduri Tahlil yang di Hajat
Teramat sangat Saya menjemput Saudara dan semua keluarga jauh dan dekat
Ke Majlis Tahlil dan bacaan Yassin dan doa selamat

Tahlil ini bagi yang telah berhijrah ke alam barzahk
semoga roh mereka dicucuri Rahmat
Al fatihah

Arwah Arwah
1. Mahadi bin Agos
2. Siti Mahadewi bt Mahadi
3. Ariffin b Bahauddin - Ayah 12 /12 / 1976
4. Ngah Ghazali b. Kulop Hussien
5. Banoon
6. Mat Zin Ngah Ghazali
7, Abdul Razak Ngah Ghazali
8. Jamilah Hanim Ngah Ghazali


Saturday, 26 December 2009

Mukadimah Bloogers

Terpanggil saya membina satu blog maklumat dengan keinginan menyingkap sejarah Tanah Tumpah darah Ku Kpg Baru Sungei Wangi , P.Pangkor dan Lumut Jajahan Dindings dan mengesahkan maklumat sejarah Kota ini.



Lumut Tahun 1972



Saya dilahirkan di Ipoh Jalan Abd Wahab Dirumah Atuk ku Seorang Pegawai Kastam yang telah berpindah ke Ipoh sebelumnya itu bertugas di Lumut



Dibesarkan di Kpg Bahru Sungei Wangi lebih dikenali masyarakat sekarang Kpg Anjang Aki
sehingga berumur 5 Tahun





Berpindah ke Pulau Pangkor dari Umur 6 tahun Dimana Abah ku telah dilantik menjadi Guru besar Sekolah Kebangsaan Pangkor



Mendapat pengajian Sekolah Rendah di ACS Lumut dari Drj 1 ke Drj 6



Blog ini membolehkan Kita menyingkap Semula Sejarah dan Ketemaddunan Melayu Era dulu

Saturday, 26 December 2009

Mukadimah Bloogers

Terpanggil saya membina satu blog maklumat dengan keinginan menyingkap sejarah Tanah Tumpah darah Ku Kpg Baru Sungei Wangi , P.Pangkor dan Lumut Jajahan Dindings dan mengesahkan maklumat sejarah Kota ini.



Lumut Tahun 1972



Saya dilahirkan di Ipoh Jalan Abd Wahab Dirumah Atuk ku Seorang Pegawai Kastam yang telah berpindah ke Ipoh sebelumnya itu bertugas di Lumut



Dibesarkan di Kpg Bahru Sungei Wangi lebih dikenali masyarakat sekarang Kpg Anjang Aki
sehingga berumur 5 Tahun





Berpindah ke Pulau Pangkor dari Umur 6 tahun Dimana Abah ku telah dilantik menjadi Guru besar Sekolah Kebangsaan Pangkor



Mendapat pengajian Sekolah Rendah di ACS Lumut dari Drj 1 ke Drj 6



Blog ini membolehkan Kita menyingkap Semula Sejarah dan Ketemaddunan Melayu Era dulu

Sabtu, 26 Disember 2009

Mukadimah Bloogers

Terpanggil saya membina satu blog maklumat dengan keinginan menyingkap sejarah Tanah Tumpah darah Ku Kpg Baru Sungei Wangi , P.Pangkor dan Lumut Jajahan Dindings dan mengesahkan maklumat sejarah Kota ini.



Lumut Tahun 1972



Saya dilahirkan di Ipoh Jalan Abd Wahab Dirumah Atuk ku Seorang Pegawai Kastam yang telah berpindah ke Ipoh sebelumnya itu bertugas di Lumut



Dibesarkan di Kpg Bahru Sungei Wangi lebih dikenali masyarakat sekarang Kpg Anjang Aki
sehingga berumur 5 Tahun





Berpindah ke Pulau Pangkor dari Umur 6 tahun Dimana Abah ku telah dilantik menjadi Guru besar Sekolah Kebangsaan Pangkor



Mendapat pengajian Sekolah Rendah di ACS Lumut dari Drj 1 ke Drj 6



Blog ini membolehkan Kita menyingkap Semula Sejarah dan Ketemaddunan Melayu Era dulu

Ahad, 20 Disember 2009

Dasar Bersama Pakatan Rakyat


Common Policy Framework

Nampak gaya Kelam Kabut disediakan 3 orang aje edit

Tak kata saya : Ini permulaan langkah yang di orak arik oleh Saudara Anwar Ibrahim

Syabas satu titik permualaan menetapkan satu langkah menetapkan dasar
satu permuafakatan yang amat positif

Mengorak satu perubahan untuk aspirasi rakyat
Menganjak struktur 3 organisasi ke satu halatuju
menetap dengan jelas panduan dan aturcara perjuangan


Tak rugi lah dulu saya berjuang dgn anak anak di depan penjara sungei Buloh

Jumaat, 18 Disember 2009

13 Mei Di Perak dan PRU 13 di Malaysia

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Banyak di perkatakan ia berputik dari pergaduhan Nelayan Pulau Pangkor dan Nelayan Pantai Remis .

Adakah sejarah lama akan berulang dari keadaan skrg MB ( adun ?) dan MB Belakang Nizar ( Adun ?)

Dimana saya ketika itu



Darjah 2 di ACS LUMUT


Dr Zambry di Sek Keb Pangkor Darjah 1


Ujud lah Jabatan ini demi keamanan dan perpaduan Negara




Dengar lah Tuan Tuan dab Puan Puan mereka ini lah yang pakar mengenai Perpaduan
yang paling Expert dan profesional yang dibawah ni





Jadi Berkata lah jika awak berilmu

Ahad, 1 November 2009

Jabatan Gantung kuala Dipang siri 3

SPRM Perak siasat

IPOH 27 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak hari ini membuka kertas siasatan berhubung kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat Kampar, malam tadi.


‘‘Kita biarkan mereka periksa. Kita tengoklah kalau ada (unsur penyelewengan) kita akan ambil tindakan. Kalau ada berlaku kita akan siasat,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian penutupan seminar pencegahan rasuah membabitkan pendatang asing di sini, hari ini
.

Dapat lah fakta sikit baru komen. apa u tak online dgn budak u kat perak ke

Cakap lah " kami dapati pembinaan ini bukan dibiayai oleh kerajaan negeri mahu pun perseketuan . Dokumentasi dan tatcara pengurusan pembinaan mungkin tidak mematuhi piawaaian yang diterrima pakai , gred konkrete yang ditetapkan dan spesifikaci ketebalan kabel dan tiang besi " ada le pro sikit


Pasukan khas siasat punca jambatan runtuh ditubuh

KAMPAR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kejadian jambatan gantung yang digunakan di pusat kokurikulum daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini runtuh malam tadi


statement statement berapi tapi Laporan po cik tetapi ni anak kiai Yassin smart apa pun - on the field

Projek persendirian masih belum diwajibkan rujuk ke JKR

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kerajaan masih belum mewajibkan supaya semua projek persendirian hasil sumbangan orang ramai supaya dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, bagaimanapun, kerajaan tetap mengambil perhatian terhadap projek sedemikian terutama apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampar, Perak kelmarin.

Jambatan gantung itu dibina melalui satu projek persendirian hasil sumbangan orang ramai bagi digunakan oleh penduduk di situ.


Shaziman berkata, keselamatan pengguna perlu diutamakan tanpa mengira apa juga bentuk projek tersebut.


Apa ini menteri cakap tak da klas
Ini statement general, hukom feqah lah profesional lah sikit

There is such thing as building by laws , standard and guidelines dari PIAM
apa u punya CIDB bos tak brief u ke KP JKR tak boleh bagi statement bermutu sikit

ulas lah cantik sikit " kata lah JKR tiada bahagian yang boleh keluarkan Certificate of Completion and Compliance bagi Jambatan bagi tahu lah rakyat Undang Undang Kecil bangunan Seragam 1984 Pindaan 2007 Akta 133 dan Akta 333 Akta pengangkutan jalan mungkin tak cover kes ni ,


Tapi asas nya tidak semesti orang yang menderma boleh membuat sesukahatinya dan dalam kes ini Jabatan Hutan yang pau towkey balak ( Kontrektor klass apa itu bodoh punya kerja - Building work goes on speciality not class on monentry term )ikhlas ke tidak waallah hu alam

Tapi yang Aneh : Jika awak tenguk jambatan itu tak masuk akal ia boleh runtuh

Ada pula komen tak tanam cerucuk tak piling
Dah tenguk site ke JCB boleh masuk ka

ah yo yo cakap banyak pandai . najib suruh kerja baik baik ini macam lu orang kerja ka

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, Siri Ke 2

'Ada murid mengenjut jambatan'

KAMPAR 27 Okt. - "Saya lihat ada beberapa murid yang sengaja mengenjut dan menggoyang jambatan itu ketika ramai sedang menyeberang.

Seorang murid lain yang terselamat, Muhammad Haziq Ting Muhammad Salleh Ting, 12, berkata, semasa kejadian, terdapat kira-kira 50 murid sedang menyeberangi jambatan dari kedua-dua arah.


Ini laporan Nak cuba menipu dan cover line
Jadi ....salah murid le chegu tak salah .

Kome Nak tahu : Pada waktu itu chegu chegu tengah taklimat aktiviti esuk nya , berapa kerat sahaja chegu yang ada memang dah kawal 10 orang meyeberang dari kem ke dewan makan pada satu masa , dari dewan makan ke kem tak kawal .Dah Pergi makan tak kan nak patah balik . Ini nak timbul hal - Kakitangan Perak Saji Kontrektor kroni Kerajaan perak pandai pandai buat arahan " Siapa tak bawa cawan tak boleh minum pergi ambil cawan" . Budak budak ni pun berduyun duyun lari balik ke seberang tanpa di kawal ...... Jeng Jeng , Salah siapa sekarang Komunikasi , budak budak

Dalam bab mata pelajaran crowd control ada bab Herd mentallity , ada faham ka

Nak Buat kerja senang ke atau nak potong kos : Jalan ke seberang ada . Baru buat lebih kurang 2 kilometer. Sebelum ada Jambatan Gantung baru ini Ada yang lama tapi dah 3 kali roboh sebelum ini . Nak psg kemah makan di seberang boleh tapi tak pikior pulak pasal bahayanya meyeberang ini jadi salah siapa


Ini Aneh : Yang mengenjut jambatan itu adalah 3 orang sahaja dan dari bangsa yang sama dari simati dari SK Gopeng Ini jangan Tanya saya Ini kerja Tuhan


Ada sekolah yang pernah buat perkhemahan disitu siap bawak set karaoke melalak waktu malam , kena Histeria cari bomoh kawasan Kuala Dipang, 3 bomoh tak berani ubat kes datang dari situ . Ini cerita susah nak verify

Tapi tanya Guru Besar dan kerani SK kuala Dipang berani ke diaorang kerja lebih masa di sekolah itu



Ada Lagi JKR - Kontretor TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

Laporan siasatan jambatan gantung runtuh siap dua minggu
31/10/2009 3:49pm


kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata, hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tindakan selanjutnya.

Ha...Ha...Ha.... Buat Lawak lagi
Nak Tipu Warga Malaysia lagi ke

Lagi Masallah Amalan pengurusan ,perkara seperti ini melibatkan anak rakyat malaysia Laporan dan siasatan bukan dibuat oleh pihak yang terlibat mana sifat dan ciri berkecuali nya anak kiai Yassin Tak kan awak tak tahu awak ada Audit dalam , Bahagian nazir sekolah gunakan lah tools pengurusan yang betul

Saya duduk di Kajang pun boleh tahu apa terjadi dengan spy spy saya di Perak

Mari kita huraikan Laporan Utusan Merapu on line

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang
27/10/2009 12:41am

Oleh SITI MARIAM MD. ZIN

IPOH 26 Okt. - Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan runtuh berhampiran sekolah Kuala Dipang, Tapah dekat sini malam ini.

Berita mengenai kejadian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini.


Zambry macam mana budak kau buat kerja ni

Ini laporan kelam kabut dan Pengurusan lemah Bila Krisis tak tahu nak control 300 ratus pelajar yang ada , Pelajar ada handphone , call emak bapa , terus ambil anak mereka bawa balik kira-kira punya kira kepala 22 hilang tak tahu 19 dah balik rumah

??????? ini terjadi pada semua kem kem yang diselenggarakan oleh pendidikan

1.Tak sediakan no Hotline

2.Tak jelas line of authority dengan betul siapa nak dimaklumkan siapa nak di hubongi
ini biasa chegu berlagak pandai nak jadi Pegawai KBS BTN Ini amalan biasa che gu che gu tak perlu dilatih oleh pakar pakar reakreasi dari KBS , BTN atau pun khidmat ashkar atau polis ataupun minta kerjasama dari pakar pakar ini saya percaya surat makluman atau minta pandangan dari Pejabat Polis Dearah pun tak buat. Ada kes curi, rogol ke di perkhemah tersebut sebelum ini

3. Yang che gu che gu ini pandai isi borang idemnity nak cover dia orang walaupun dia punya kecuaaian dia orang boleh escape

Tahu kah : Program ini dijalankan oleh Jabatan pelajaran negeri . PPD yang lebih ariff tentang Dearah mereka telah tarik diri sebab kem perkhemahan itu bermasaalah dan sebelum ini ada 3 kes dari SK batu gajah , kampar dan lagi satu takada rekodnya berturut turut histeria dan nyaris nyaris lemas . tetapi JPN Perak tetap nak buat kat situ Masallah Pengurusan lagi (orang atas tak dengor cakap )

Ini tentu tak ada dalam laporan


4. Jabatan Pelajaran Negeri mengarahkan lebih kuarang 70 guru ke kem tersebut sebagai penyelaras , Guru besor tak lepas hanya lebeh kurang 16 orang sahaja hadir
macam mana nak lepas kat sekolah pun tak cukup kakitangan . Tak apa jalan juga
Kat maktab Penguruan kan banyak bakal chegu Sek Menengah Pandu Puteri ada Pengakap bulan sabit Merah tapi semua tak terlibat sebab peruntukkan nak kemut atau banggang

Tak kan penganjur nak lapor semua ni kat Menteri , nak gantung diri


ADA LAGI TUNGGUUUUUUUUUUUUUU

Khamis, 22 Oktober 2009

SPRM Buat Lawak

SPRM teliti Laporan Ketua Audit Negara 2008




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam.

Kajian itu adalah prosedur biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memastikan ketelusan dalam setiap penyata dan pengurusan kewangan yang sudah diaudit Jabatan Audit Negara.

Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini, jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada.


Dah banyak saya komen mengenai menjalankan kajian , siasatan dan maklumat yang benar tepat dan betul

Ini hanya dapat dilakukan oleh JABATAN AUDIT NEGARA

Syarat utama Laporan Audit

HONESTY
SUFFICENT SAMPLING
WALK THRU OF WORK PROCEDURE
VERFICATION
EVIDENCE BY PRIMA FACIE
QUERIES
DAN BANYAK LAGI TATACARA YANG PERLU DIPATUHI

APALAH SENGAL BIUL BANGANG NYA SPRM

Masa saya bertugas di Jabatan Audit Negara dulu budak budak SPRM minta sedekah kat kita maklumat

Audit adalah amalan siasatan yang telah berkurun dia ada SOP ( Stadard audit practise) kalau dah masuk Laporan audit maknanya di telah melalui semua proses tanya semula verifikasi pengesahan dan lain lain bukti penemuan

Nak Kaji semula HA HA HA HA alasan beb

Selcat pun sama juga kalau ya pun niat tu nak memperbetulkan keadaan gunakan lah keadah yang betul ,yang diterima pakai seluruh dunia

Ini lah laporan yang disedikan tanpa cekik , bunoh diri sepak terajang bilek soal jawab

Isnin, 7 September 2009

Lawak Bulan Puasa

Baru Baru ini saya melawat kawan saya di Pejabat nya
waktu 3 ptg

Ketika Berbual di mengambil kotak rokok dan terus menghisap rokoknya

Saya tersentak dan menegur " Tak puasa ke hari ini "

Jawab nya " Siapa cakap saya tak Puasa , saya sahur semalam , niat dan berpuasa hari ini . cuma berbuka lebih awal sedikit "

Tanya nya kepada saya awak tahu ada berapa rukun puasa ,

HA HA HA Ha susah kalau pandai melebehi ulama ini lah masalalah Zaman ini

Tak percaya tenguk Asro Awani

Rusli Ibrahim bari tazkirah lepas berbuka

Jumaat, 4 September 2009

UMNO DAHULU DAN SEKARANG (Untok Melayu NO)

Apakah itu UMNO

Inilah UMNO yang saya faham ketika saya kecil

Pendedahan mula



Pertandigan Ratu Cantik







Persembahan Ghazal Parti dari Sik Kedah dibawa Khas oleh UMNO ke Kampong aku di besarkan







Horray Enjoy berhibur gembira

Gula gula untuk orang melayu



Ini yang aku jumpa pada tahun 2009






Pada dasar nya apa yang berubah ??????????

Khamis, 3 September 2009

MERDEKA DI PERAK

Apa yang aku Tahu sebelum Merdeka



Autograph Rakan SITC bapa ku melaungkan Merdeka Tahun 1949 lagi
Beliau berjaya sehingga ke Timb Perdana Menteri

Bapa ku berjuang semasa beliau berumur 29 Tahun
Tahun 1955



Apakah UMNO ketika itu berbeza pada masa Sekarang

Selasa, 11 Ogos 2009

DEMOKRASI

Mula dengan gembar gembur Pengkhianat bangsa


Suu Kyi sentenced to 3 years hard labour

YANGON: A Myanmar court has found pro-democracy leader Aung San Suu Kyi guilty of violating her house arrest, but the head of the military-ruled country says she can serve out a 1.5-year sentence under house arrest.

The court initially sentenced Suu Kyi on Tuesday to a three-year prison term. But after a five-minute recess, the country’s home minister entered the courtroom and read aloud a special order from junta chief Than Shwe.

The order said Than Shwe was cutting the sentence in half to 1.5 years and that it could be served under house arrest.

Suu Kyi has been in detention for 14 of the last 20 years, mostly under house arrest. --AP



lepas tu jadi tak layak bertanding

Penjara ISA simpanjangan nampak kejam sangat Tok Ali kita boleh buat ini
kan ANWAR

Khamis, 30 Julai 2009

GULA GULA KEPADA RAKYAT DARI DUIT RAKYAT

PM: First year students to get 100 units of ASM

KUALA LUMPUR: All first year students in local public institutions of higher learning will get 100 units of Amanah Saham 1Malaysia (ASM), said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He also said that for first 30 days from Aug 5, 50 percent of the ASM units would be allocated to Bumiputras. The Chinese would get 30 percent, the Indians 15 percent and others 5 percent.

After 30 days, the remainder would be open to all, he said.

More to come
Ads by Google

PILIHANRAYA LAGI ATAS KEHENDAK TUHAN

PULAU PINANG, 31 Julai (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pagi Jumaat.


Pilahanraya 2008 Majority nya 5,433

Al Fatihah Mari lah kita sambung perjuangan arwah

Isnin, 29 Jun 2009

JANGAN BODOHKAN RAKYAT Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai

KOTA BHARU 28 Jun - Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

INI MAKNANYA UMNO TAHU DIA AKAN KALAH

TEKNIKNYA MUDAH

KALAU MENANG BONUS KALAH KALAH SALAH CALON BUKAN PARTINYA

HA...HAH...HAH JANGAN BODOHKAN RAKYAT

MERDEKAKAN SIAP SPRM AUDIT NEGARA PEGUAM NEGARA DAN BANYAK LAGI JABATAN KERAJAAN JANGAN BODOHKAN RAKYAT

Rang undang-undang penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP)dibentangkan


Adakah SIAP mempunyai bidang kuasa yang penuh serta mencukupi bagi memastikan ketelusan dan keadilannya di dalam menjalankan pelbagai tugasannya, seperti menyiasat, mendakwa, memberikan penetapan dan perlaksanaan.

Mengikut rang undang-undang tersebut segala urusan dan perlaksanaan SIAP masih tertakluk kepada arahan dan keputusan peguam negara

Adakah SIAP sebuah badan yang bebas sepenuhnya.

Bolehkah SIAP melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna kerana peranan yang bakal mereka mainkan akan meliputi lebih 21 buah agensi penguatkuasa yang mengandungi pelbagai undang-undang, prosedur dan peraturan yang akan bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab SIAP itu sendiri.

Segala urusan dan perlaksanaan SIAP tertakluk kepada arahan dan keputusan peguam negara yang berada di bawah arahan perdana menteri, sama ada sesuatu kes, pengaduan ataupun penyiasatan perlu disiasat dan di dakwa. Tiada kebebasan dan dipengaruhi oleh unsur lain , INI RAKYAT KURANG FAHAM JELASKAN INDEPENDENCE OF FUNCTION AND DUTY DLM KEADAH HARIAN CONTOH YG BOLEH DIFAHAMI RAKYAT . INI AMAT PENTING DLM MENENTUKAN KEADILAN DAN KEBEBASAN SISTEM TADBIR NEGARA.

BANYAK AHLI PARLIMEN PUN TAK FAHAM

HA..HA...HA.... PRESS CONFERENCE ANWAR IBRAHIM DI PARLIMEN .. REPOTER PUN TAK FAHAM BETAPA PENTING PELAKSANAANNYA PERLU BEBAS DAN TELUS


SISTEM LAPORAN DAN DAKWAAN BEBAS SUDAH AZALI ADA CUMA MANUSIA PUTAR BELITKANN

PAKATAN RAKYAT SUDAH PERINTAH 4 NEGERI TUBUHKANLAH SIAP YANG IDEAL
PUBLISH REPORT INTERIM PADA RAKYAT KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI
BUAT LAPORAN AKTIVITI PROGRAM KERAJAAN NEGERI
TENDER SEMULA KONTREK POTONG RUMPUT SELANGOR BERAPA KERAJAAN JIMAT
BUAT MATRIX STUDY SYSTEM , PEFORMANCE AUDIT BASE SYSTEM
GAO USA SUDAH LAMA BUAT CONTOHI LAH MEREKA

JANGAN BODOHKAN RAKYAT


TUNJUK CONTOH
SETUP JAWATANKUASA KIRA KIRA NEGERI YANG PROFESSIONAL

Selasa, 23 Jun 2009

LAMA TAK DENGAR CERITA PERAK Dr ZAMBRY

Apa cerita tengah perbetui kan korja NIzar ke Jangan buang Masa

Buat lah Mega Projek Rakyat lama dah tak dibuat

Buat balik perumahan Rakyat macam Sg Rokam Taman Meru Kpg Bahagia Sg Siput

semua jadi kubu kuat UMNO

Saya dapat lot 40 x 80 pun nak balik Ipoh Lumut ke KPg anjang aki kampong Baru

Pangkor tak pernah ada perumahan rumah rakyat tersusun buat lah satu

saya buat proposal di Melaka Aquatic Centre

Elok buat di Perak esuk teman bagi gambar

Sabtu, 11 April 2009

Rakyat rakyat yang menceriakan Pilihanraya Bukit Selambau

Polis Hadir sebagai pemerhati
yang bijak tak campur dan berkecuali
tentu rakyat Hormati





Kenapa dipamer Bendera UMNO yang tak bertanding
membuat pengundi bertambah pening




Dekat antara penyokong bercampur gaul berpesta
siapa kata Demokrasi tercemar




Yang Muda dan Belia bercampuran bangsa
tapi dimana Cina
Bangsa lain berkorban berjuang
adakah mereka hanya tahu ambil peluang

KENAPA BN KALAH DI KEDAH DAN PERAK




Kenapa perayu undi PAS lagi ramai dari BN
BN Kurang hulur Kut / Atau orang yang patut hulur sapu untuk dia




Beza perayu Undi Di Bukit Selambau Sebelah Kiri dan kanan jalan

AGENDA PERDANA ANWAR DI PERAK DAN KEDAH

GUA MUSANG 10 April - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata hari ini, barisan Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Saya Jamin 100% keyakinan rakyat akan bertambah pupus macam mana nak menang kalau dilantik A BUNCH OF LOSSERS WITH THE VIEW OF OLD GUARDS

Menurut beliau, perubahan adalah perlu bagi memastikan kemerosotan sokongan rakyat tidak berterusan.

Sokongan bukan merosot lagi tapi sebenarnya telah tiada

Ini, katanya, dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini, BN hanya menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air (Sarawak), manakala kerusi DUN Bukit Selambau (Kedah) dan Parlimen Bukit Gantang (Perak) dimenangi pembangkang.

Pengundi Batang Ai ialah minda pengundi Tahun 70an saya umur mencecah 50an setahu saya rakan sedarjah saya 3orang sahaja yang tak naik ting 4 MCE tidak seorang pun buta huruf Masyarakat dah lain, dah tahu mana mutu mana manikam

"Sebelum ini rakyat lihat barisan kepimpinan negara tidak begitu kemas dan teratur, menyebabkan timbul kekeliruan terhadap rakyat terutama dalam bidang politik dan ekonomi negara kita.

Barisan pimpinan yang menang besar tahun 2004 adalah yang sama tahun 2008 apa awak cakap ini ,Yang menjatuhkan barisan ialah kempimpinan ANWAR IBRAHIM ,tak sedar sedar lagi ke

"Kita akan tengok perkembangan kemajuan dalam Kabinet baru kerajaan yang dibentuk itu dan saya benar-benar mengharapkan barisan kepimpinan baru mampu memberi nafas lega kepada rakyat untuk menikmati kemajuan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2), di sini hari ini.

Martabat awak dalam politik tinggi takkan lah komen hal negara dekat mesyuarat PIBG
tak dipanggil forum lain ke


Katanya, barisan Kabinet ini perlu mampu mengembalikan kekuatan ekonomi negara supaya rakyat tidak dibebani dengan masalah perbelanjaan walaupun negara turut berdepan kegawatan ekonomi global.

Buat Bancian dapat fakta tepat Rakyat makin menderita Bank dah jadi Lintah darat


Katanya, pimpinan baru kerajaan perlu diberi peluang untuk melakukan pembaharuan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan pernah menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang lalu, namun beliau hanya menerima satu pencalonan dari kawasan Gua Musang dan tidak melayakkan diri untuk bertanding. - BERNAMA


Adakah peluang lagi untuk UMNO & BN
Setakat ini Agenda Perdana Pakatan Rakyat berjaya Kredibility musuh dan medianya di hancurkan

kesangsian dan keraguan sangat tebal dikalangan rakyat

Rata rata rakyat anggap apa BN buat mesti ada muslihat

Najib di Thailand terancam saya kekenduri KamalAmir budak Kampong baru sungei wangi tak siapa peduli pun tak jadi isu pun

Barisan kepimpinan bukan demokratik
Mahathir orang puji dia menetang Pak lah Tapi bila dia pro Najib rakyat tak hurmat, kenapa ?

Khamis, 19 Mac 2009

KEPIMPINAN MELAYU

Muhyiddin minta perwakilan buat keputusan bijaksana

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno minggu depan membuat keputusan yang bijaksana bagi memilih barisan kepimpinan parti tanpa dipengaruhi elemen luaran seperti tohmahan dan fitnah.

Dalam politik biasa lah ni kata dah Veteran ahli 1971



"Bagi saya perkara ini (tohmahan dan fitnah) tidak baiklah, lagi pun yang penting sekarang kita nak melihat Umno ke depan. Umno mesti kukuh dan kita tidak boleh dilemahkan dari berbagai-bagai langkah yang boleh merugikan," katanya selepas rakaman rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Sambil menafikan tohmahan dan fitnah yang mengaitkan beliau dengan konspirasi menjatuhkan calon Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Muhyiddin yang juga calon jawatan sama, berkata perkara itu tidak sepatutnya ditimbulkan.

Kalau tak ada konspirasi kenapa tak pergi cari Tuk Ali kenapa biar dia ke PERAK minta bantuan sana. Jumpa lah dia Bincang kat Shangri la
console dia baru lah Gentlemen



"Soal ini kenapa mesti dikaitkan dengan saya kerana saya memang tidak terbabit. Saya hanyalah orang kecil yang tentu tidak ada pengaruh untuk memberitahu Lembaga Disiplin untuk memutuskan apa-apa," katanya.

Beliau berkata, adalah tidak wajar keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin dikaitkan dengan pihak lain kerana ia secara tidak langsung mengatakan seolah-olah Lembaga Disiplin Umno tidak berkredibiliti.

Tak usah Komen lah Kata lah saya simpati kepada Rakan seperjuangan saya , saya berharap mendapat mandat dari cara pemilihan tapi saya pun calon dan tak boleh komen lebih lebih nanti disalah erti


Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno mendapati Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 Tata Etika Ahli Umno dan beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan penyokong Mohd Ali akan mengalih sokongan kepada seorang lagi calon Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Muhyiddin berharap perwakilan akan membuat pilihan berdasarkan rekod pemimpin.

Rekod apa awak punya rekod pun bukan bersih sangat Jangan lah angkat bakul politik orang tak angkat bakul

"Saya harap perwakilan bersikap bijaksana, rasional, dan buat pertimbangan yang saksama," katanya. - Bernama Pemimpinan di atur oleh Taiko Taiko UMNO rupanya bukan Ahli

Sejak Bila Timb Perdana Menteri Kena ada resume yang Paling baik

ADA PIMIMPIN SEBAB NYA ADA PENGIKUT

Orang yang menjaga pengikut nya di akan diangkat jadi pemimpin

Menteri bukan untuk buat kerja dia menjaga kepentingan Rakyat dalam jentera Kerajaan

Asas nya Amanah Adil bertaqwa dan banyak lagi

Bukannya seniority , awak penjaga amanah rakyat apa lupa ka

YOU LEAD AND MANAGE with ACCOUNTABLITY AND HONESTY that is the only requirement

APA ERTI PERAK PADA DATUK SERI ALI RUSTAM

Ali Rustam bukan mangsa 'kambing hitam': Najib

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata Datuk Seri Mohd Ali Rustam bukan dijadikan 'kambing hitam' dalam siasatan Lembaga Disiplin Umno berkaitan politik wang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan e-LHDN, di Kementerian Kewangan, di sini, pagi tadi.

Kelmarin, Mohd Ali dikenakan larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, pada pemilihan minggu depan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.


Habis itu nak panggil apa KULUP ALI RUSTAM

Orang dah buat kenduri, Dah cukur rambut , dah beli kain Ihram segalanya dah selesai nak naik kapal terbang engkau cakap seat dah penuh apa punya Bahalol lah UMNO ni
malukan pemimpin dia sendiri

Ingat Tuk Ali tak boleh menang bagi dia syok sendiri konon last minit dah panik kudakan Lembaga Displin najib najib kau ingat ahli bodoh ke

apa pasalkau denga Pak Lah tak ngam ke

Dalam organasasi apa pun lembaga displin tak buat keputusan dia kena hantar syor dan cadangan
MKT lah buat keputusan Presiden Umum

Hancur , lepas ini lembaga displin kementerian buang TKSU tanpa rujuk kat JPA
lepas tu masing masing kata dia acted independently

Apa pasal hah
Kau dah Janji dengan Mat lebam gasak Pak lah bagi dia turun dengan UMNO Johor medesak berduyun duyun ke Putrajaya . Janji Mat Lebam dapat No 2.

Semua Orang boleh baca Lagi sekali Undi protest Mike Tyson yang kan menang lu tak caya tenguk

Tapi last minit lu tekan mike Tyson suruh Tarik diri
Ini semua dalam skrip beb
BABAK BABAK KEHANCURAN UMNO
TOK GUA UMNO BAPAK GUA UMNO GUA PKR TAPI SAYANG UMNO

Kalau lu hancurkan UMNO gua gerenti gua ludah muka lu Ingat dengan MAt lebam sekali gua baling selipar kat muka

Sabtu, 14 Mac 2009

MAHATHIR NAK PERAK HURA HARA

Laporan dari Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, March 14 — More than a month after Barisan Nasional ousted Pakatan Rakyat from Perak, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today said the takeover was not done according to the law.

He said mistakes, bad strategy and carelessness in the Feb 5 power grab, orchestrated by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had led to the current crisis in the state.

"You cannot topple a menteri besar or a prime minister without a no-confidence vote in the assembly. There is no other provision," he said at a function organised by Mubarak, the association for former elected representatives.

"Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar," he said, referring to Sultan Azlan Shah's decision to ask Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign.

"As far as I know, there is no such provision in the Perak or Federal Constitution," he said.


PERHATIKAN AYAT AYAT INI BETUL BETUL

1. Selepas sebulan 7 hari baru dia nak Komen

2. Silap strategy maknanya ada Komplot

3. Berrmakna UMNO arah Sultan Jeng...Jeng...Jeng

4. Udah pakai lapik ayat lain sepanjang saya menipu

BUKIT SELAMBAU

Timbalan Ketua MIC kedah Datuk S. Ganeson Calon BN

HA HA HA HA Takut dengan MIC ke UMNO

Tak ada orang lain ke

A loser is still A loser

MAHATHIR BUAT KECOH LAGI

PPSMI



1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Bahas : Kan Pemimpin PPSMI dah Cakap berkilo ber kati kati surat /Perhobongan Normal cara tertaur dibuat tapi BN PEKAK KAN



2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bahas : Apa Konon konon memang menidak dan memperkecilkan


3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

Bahas : Jadi bahasa Melayu tak boleh menguasai Ilmu Apa lu cakap ni

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

Bahas : Jadi Bila nak mula , siapa nak mulakan ah yo yo

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

Bahas : Kata kita tak maju kalau dah tak guna lagi lah tak maju

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

Bahas : Kalau dah memang benar boleh buat aje le

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

Bahas : Juru bahasa , Ahli sain , Pensyarah , berjuta kat negara ni apalah pekak badak lu ni


9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

Bahas apalah bengapnya :Durian tu nama Eropah Rafflesia tu siapanya bagi nama itu nama sains tu Bahasa Inglish tu lemah beb sebab itu di masukkan IDE TION pasal di pun tak tahu nak Justify a noun to be verb


11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

Bahas : Banyak dalam Malaya yang fasih apalah sintuknya minda lu


14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

Bahas : hakikat sebenar jika ada kelemahan kita perbaiki bukan buangkan



22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

Bahas : Faham pun jadi nanti Mat Salleh kena belajar bahasa Melayu nak faham sejarah Che det. Mungkin betul cakap awak sebab itu saya baca sejarah Elementary school in Roman Empire and ottoman era was in Arabic language ha ha ha ha

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

Bahas : Betul cakap lu Gua beli Alphard beb Hanya production untuk Japan Local Domestic Market, Tapi Kong kong pakai Australia Pakai South afirca pakai Saudi Arabia pakai Tapi manual tak ada bahsa lain tetap Jepun patut lah Jepun Tak maju


25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

Bahas : Adverse and Reverse reporting , negetaive and positive feedbacks all need to be digest and evaluate to establish a near perfect Decision Making. critirea of influancing Bad Decision Making is listineng with one ear in malay it is Translanted in one phrase PEKAK SEBELAH

Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.


Bahas : AYAT PUTAR BELIT

SEMINGGU TAK ADA BERITA MELAKA OH MELAKA

Gua baru balik dari Melaka Wisma Pahlawan Dunia Melayu Dunia Islam

Ha HA HA HA Betul Ke Pak Ali diarah tarik diri

Ini stail NAJIB-tuya

Apa cerita Jentera Taib kat Selangor Masih Terkapai kapai

Tunggu pulus nak kempen.

Tak ada pulus nak tukar kem TOSAI MASALLAH

AHLI PKR Selangor sibuk cari Lesen Kewangan Mencuci dan Membersih

Nilai Kontrek kaji balik masuk Iklan kat Surat Khabar kerja Maintainence Satu Selangor Barulah Nama nya TRANPERENT AND ACCOUNTABLE GOVERNANCE

Sabtu, 7 Mac 2009

JAWAPAN MENTERI PELAJARAN KEPADA PPSMI

tenguk dah apa yang dijawab Hishamuddin dalam TV

Apalah nak jadi pada Melayu ni

dia pandang Negatif dia cornar isu ini pada hemah dia ada unsur lain sebenarnya Melayu bukan sebenar membangkang

Adoiiiii betapa tutupnya nur nya

BAGUS BAGUS BAGUS ANDA MENUJU KE ARAH PENGLINGKUPAN

ORANG MELAYU DIPERBODOHKAN LAGI

07 Mac, 2009 21:17 PM

Polis Terpaksa Lepaskan Gas Pemedih Mata, Lapan Ditahan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Lapan orang ditahan di sekitar Masjid Negara dan berhampiran Istana Negara kerana menyertai perhimpunan yang tidak mendapat permit polis di sini hari ini.

Perhimpunan ini bukan mendapat Permit Apayang awak lapor ini



Selain itu polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata serta menyembur air ke arah peserta perhimpunan, di samping memeriksa 119 orang lagi kerana ingkar arahan bersurai.

Kenapa perlu bersurai apa yang terancam , apa yang tergugat ,apa jehayah yanh akan terjadi


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan Dang Wangi untuk disiasat mengikut mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1992.

"Polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan 'meriam air' (water cannon) untuk suraikan mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Tindakan Tegas kerana Melayu tak boleh bersuara tak boleh bantah tak boleh tunjuk perasaan Fahaman apa ini

Perhimpunan itu bertujuan mengesa kerajaan memansuhkan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), serta menghantar memorandum kepada Istana Negara.

Perhimpunan ini kerana Orang Melayu ingin mempertabatkan Bahasa dan bangsa mereka
jika kita gunakan bahsa kita sendiri bagi matapelajaran ini Tahun 2020 bahasa Melayu akan diterima salah satu bahasa global sain dan matematik tenguk janka masa panjang
apa lah bodoh sangat


Ia bermula pada pukul 2 petang di Masjid Negara dengan orang ramai berarak menuju ke Istana Negara untuk menghantar memorandum itu, dan antara mereka adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said serta Pengerusi Gabungan Mansuhkan PPSMI Datuk Dr Hassan Ahmad.

Bagaimanapun kumpulan penyokong perhimpunan itu tidak dapat melepasi sekatan polis di Jalan Istana sehingga berlaku kesesakan teruk di sepanjang Jalan Istana serta Jalan Kinabalu.

Polis yang berkawal terpaksa melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata ke udara bagi menyuraikan keadaan.

Memorandum itu kemudiannya diserahkan oleh Hassan dan A.Samad kepada wakil istana yang juga Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini pada pukul 2.50 petang.

Datuk Hassan ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum itu berkata beliau tidak menyangka perhimpunan yang pada dasarnya dalam kelompok kecil menjadi begitu besar.

"Kami buat perjanjian dengan polis, yang perhimpunan ini akan diadakan di Masjid Negara dalam kelompok yang kecil sahaja dan hanya tujuh orang wakil sahaja di benarkan ke Istana Negara bagi menghantar memorandum," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak lain yang melakukan provokasi dalam perhimpunan ini.

Provokasi CIA biasa buat KGB biasa buat GESTAPO biasa buat create the action for our justified action kenapa jadi alat BN


Ratusan penyokong yang tidak dapat melepasi sekatan polis di Jalan Istana, berpatah berpatah balik ke Masjid Negara dan berkumpul di perkarangan masjid.

Pergerakan trafik di Lebuhraya Mahameru kembali lancar pada pukul 3 petang, manakala Jalan Kinabalu kembali lancar pada pukul 4.15 petang apabila kumpulan penyokong perhimpunan itu bersurai.

Banyak Kursus pihak Polis telah lalui crowd control, handaling herd mentality , snowballing effect of crowd , Terpulang pada arahan apa agenda awak ,


-- BERNAMA

Motto Benar dan Tepat Raja Lawak betul

Tukarlah motto : Berputar belit dan Perbodohkan melayu

MELAYU RAKYAT WATAN MEGARA MALAYSIA

FRU sembur gas pemedih mata suraikan pembantah PPSMI
07/03/2009 3:15pm

Oleh Tan Ming Wai

KUALA LUMPUR 7 Mac – Tindakan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata berjaya menyuraikan 5,000 penyokong yang berarak membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini.

Kesemua penyokong bertempiaran lari menyelamatkan diri dan berkumpul kira-kira 100 meter berhampiran pintu Istana Negara.

Pasukan FRU kini sedang berusaha memastikan kumpulan penyokong itu bersurai kerana memorandum bantahan PPSMI telah diserahkan oleh wakil penyokong itu kepada pihak Istana Negara.

Insiden ini menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

– Utusan


Ini sahaja yang dilaporkan kepada rakyat

Oh patut lah Tan Ming Wai hendak orang melayu baca star

Awak antara orang yang mempekecilkan hasrat dan kemahuan orang Melayu

Kenapa downplay Isu ini

Orang Melayu jarang mencabar kecuali dia dicabar dihina dan di tindas

INI SEJARAH KEBANGKITAN ORANG MELAYU

SEMUA ORANG MELAYU PERLU BANGKIT MEMPERTABATKAN BANGSANYA

HILANGNYA BAHASA HILANG LAH BANGSA


Jumaat, 6 Mac 2009

KONTRAK SOSIAL - Kembali Memahami

KONTRAK SOSIAL - Kembali Memahami
Sejarah


Pendahuluan

Kontrak sosial seharusnya tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Formula kontrak sosial antara kaum telah dipersetujui oleh semua pemimpin negara yang berbilang bangsa ketika negara mencapai kemerdekaan. Adalah tidak wajar jika kontrak sosial dianggap sebagai suatu diskriminasi kaum, sebaliknya ia menjadi satu formula terbaik bagi mewujudkan keseimbangan sosial di negara ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Keamanan yang dikecapi rakyat sehingga ke hari ini merupakan jaminan kepada negara untuk terus maju ke hadapan.

Kontrak sosial

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kepentingan kontrak sosial

• Tanpa kontrak sosial tidak ada Perlembagaan.

• Tanpa kontrak sosial mungkin negara tidak dapat mencapai kemerdekaan.

• Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

• Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara Demokrasi Berparlimen, Raja

Berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.

• Elemen penting kontrak sosial ialah :

o Perlembagaan

o Kemerdekaan

o Hubungan kaum

o Sistem pemerintahan


Permuafakatan

Kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.

Generasi bukan Melayu sekarang menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial.

Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini.

Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.

Apakah bentuk negara kita?

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu.

Telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 bahawa kewarganegaraan diberikan secara terbuka kepada mereka yang berhak tanpa mengira latar belakang.

Keterbukaan itu harus difahami oleh semua pihak kerana melalui proses akomodasi para pemimpin pada masa itu, lebih sejuta orang bukan Melayu yang sebahagian besarnya imigran telah diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan jus soli.

Permuafakatan telah dicapai untuk mewujudkan sebuah negara yang berbilang kaum dengan bahasa dan agama yang pelbagai yang diiktiraf dalam Perlembagaan. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem beraja.


Kepentingan Permuafakatan

Asas pembentukan Malaysia ialah permuafakatan. Negara berjaya mencapai muafakat atas sesuatu perkara yang boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum. Setiap warganegara perlu menghargai keamanan negara yang masih mampu dipertahankan hingga ke hari ini.

Penutup

Adalah penting bagi generasi kini benar-benar memahami perkara yang tersirat di sebalik kontrak sosial ini. Mereka perlu diingatkan bahawa kontrak sosial ini telah memberi keseimbangan hak setiap kaum di Malaysia bagi menjamin keamanan negara terus berkekalan.