REFORMIST TANAH MELAYU PERTAMA

Reformist Terawal di Tana Melayu yang saya Kenali ialah

Syed Sheikh Al-Hadi

 
Syed Syekh bin Ahmad bin Hasan bin Saqaf al-Hadi al-Ba’Alawi
Lahir di Melaka 1867.
Meninggal dunia Februari 1934.
Ibunya Zulhijjah orang Melayu Malaka sedangkan ayahnya Syed Ahmad bin Hasan bin Saqaf al-Hadi al-Ba’alawi (1837-1895) Arab keturunan Hadhramaut yang menetap di Malaka (Abu Bakar Hamzah,  dengan demikian Syed Syekh sebenarnya adalah anak blasteran Melayu-Arab
 
Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi memulakan pendidikannya Pendidikan formal Syed Sheikh berawal di Sekolah Melayu Straits Settlements di Malaka. Untuk memperoleh pendidikan agama Syed Sheikh belajar ke pondok pasantren di Kuala Terenggan kemudiandi Riau pada 1881 mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan tersohor Raja Ali Haji. kemudiannya   ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah . Syed Sheikh Al-Hadi merupakan anak murid kepada reformis terkenal di Kaherah iaitu Muhammad Abduh.


Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya dia menjadi pendakwa di mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915. 

Dia meninggalkan kerjaya tersebut kerana minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan dan penulisan. Dia nampak hanya melalui penulisan dia boleh mengembangkan fikrahnya dan menaikkan semangat Islam di kalangan orang Melayu.

Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashur (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buiah madrasah tersebut. 

Rakan seperjuangannya yang turut mempunyai aspirasi yang sama adalah Sheikh Mohd Tahri Jalaluddin Al-Azhari, Sheikh Mohammd bin Salim Al-Kalali dan Haji Abbas bin Mohd. Tahar bergabung tenang untuk mengembangkan fikrah Islam dengan menerbitkan majalah AL-IMAM(1906). Di Pulau Pinang di samping menulis, Syed Sheikh menerbitkan majalah AL-IKHWAN (1927) dan akhbar SAUDARA (1928). Dia menghasilkan HIKAYAT SETIA ASYIK KEPADA MAKSYUKNYA atau terkenal sebagai HIKAYAT FARIDAH HANUM (1925-1926).
 
Jolokan yang sesuai kepada Syed Sheikh Al-Hadi ialah beliau merupakan seorang "Reformis", "pemikir", dan "novelis dinamis".

Syed Shikeh Al-Hadi adalah sinonim dengan HIKAYAT FARIDAH HANUM kerana itulah ukuran komitmennya bukan hanya sastra tetapi merobah pemikiran anak muda Melayu dan penekanan beliau kepada kalimathul hak. 

Hikayat adalah novel pertama yang diperkenalkan kepada alam sastera Melayu. Dia juga melahirkan SIRI CERITA ROKAMLBUL (karya adaptasi), TAFSIR JUZ AMMA (1927), TAMAN CINTA BERAHI (1928), TAFSIR AL-FATIHAH (1928), HIKAYAT CERMIN KEHIDUPAN (1929), HIKAYAT PUTERI NURUL AIN (1929) dan KITAB AGAMA ISLAM DAN AKAL (1931).
 
Peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dalam dunia kesusteraan Melayu bukan hanya setakat melahirkan HIKAYAT FARIDAH HANUM bahkan dia turut mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu kepada isu ekonomi dan pejuangan anak watan. Sebagai reformis dia menengahkan kefahaman Islam 

Majalah dan akhbar menyebarkan fikrahnya. Dalam novelnya Syed Sheikh menyeru agar orang Melayu bersedia untuk menghadai perubahan.
 
Oleh kerana kelantangannya dalam mengutarakan idea pembaharuan, tulisannya tidak disenangi oleh golongan establishmen terutamanya jabatan agama negeri-negeri di Tanah Melayu. 

Jawapan kepada kritikan terhadapnya ialah "Saya menulis apa yang saya kira sebagai sesuatu yang benar" (Al-Ikhwan , 16 November 1929).
 
Segala yang diluahkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi adalah kesinambungan daripada fikrah reformis  tulisannya dirujuk daripada reformis Muslim yang lain
 

Tiada ulasan: