Syed Syekh bin Ahmad bin Hasan bin Saqaf al-Hadi al-Ba’Alawi
Lahir di Melaka 1867.
Meninggal dunia Februari 1934.
Ibunya Zulhijjah orang Melayu Malaka sedangkan ayahnya Syed Ahmad bin
Hasan bin Saqaf al-Hadi al-Ba’alawi (1837-1895) Arab keturunan
Hadhramaut yang menetap di Malaka (Abu Bakar Hamzah, dengan
demikian Syed Syekh sebenarnya adalah anak blasteran Melayu-Arab
Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi memulakan pendidikannya Pendidikan formal Syed Sheikh berawal di Sekolah Melayu Straits Settlements di Malaka. Untuk memperoleh pendidikan agama Syed Sheikh belajar ke pondok pasantren di Kuala Terenggan kemudiandi Riau pada 1881 mengaji agama dan bahasa
Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan tersohor Raja Ali Haji. kemudiannya ke Mekah dan juga Beirut
serta Kaherah . Syed
Sheikh Al-Hadi merupakan anak murid kepada reformis terkenal di Kaherah
iaitu Muhammad Abduh.
Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah
mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya
dia menjadi pendakwa di mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915.
Dia
meninggalkan kerjaya tersebut kerana minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan
dan penulisan. Dia nampak hanya melalui penulisan dia boleh mengembangkan
fikrahnya dan menaikkan semangat Islam di kalangan orang Melayu.
Dia kemudiannya
mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka
dan Madrasah Al-Mashur (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir
kepada dua buiah madrasah tersebut.
Rakan seperjuangannya yang turut mempunyai
aspirasi yang sama adalah Sheikh Mohd Tahri Jalaluddin Al-Azhari, Sheikh
Mohammd bin Salim Al-Kalali dan Haji Abbas bin Mohd. Tahar bergabung tenang
untuk mengembangkan fikrah Islam dengan menerbitkan majalah AL-IMAM(1906).
Di Pulau Pinang di samping menulis, Syed Sheikh menerbitkan majalah AL-IKHWAN
(1927) dan akhbar SAUDARA (1928). Dia menghasilkan HIKAYAT SETIA ASYIK
KEPADA MAKSYUKNYA atau terkenal sebagai HIKAYAT FARIDAH HANUM (1925-1926).
Jolokan yang sesuai kepada Syed Sheikh Al-Hadi
ialah beliau merupakan seorang "Reformis", "pemikir", dan "novelis dinamis".
Syed Shikeh Al-Hadi adalah sinonim dengan HIKAYAT FARIDAH HANUM kerana
itulah ukuran komitmennya bukan hanya sastra tetapi merobah pemikiran anak muda Melayu dan penekanan beliau kepada kalimathul hak.
Hikayat adalah novel pertama
yang diperkenalkan kepada alam sastera Melayu. Dia juga melahirkan SIRI
CERITA ROKAMLBUL (karya adaptasi), TAFSIR JUZ AMMA (1927), TAMAN CINTA
BERAHI (1928), TAFSIR AL-FATIHAH (1928), HIKAYAT CERMIN KEHIDUPAN (1929),
HIKAYAT PUTERI NURUL AIN (1929) dan KITAB AGAMA ISLAM DAN AKAL (1931).
Peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi
dalam dunia kesusteraan Melayu bukan hanya setakat melahirkan HIKAYAT FARIDAH
HANUM bahkan dia turut mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu
kepada isu ekonomi dan pejuangan anak watan. Sebagai reformis dia menengahkan
kefahaman Islam
Majalah dan akhbar menyebarkan fikrahnya. Dalam
novelnya Syed Sheikh menyeru agar orang Melayu bersedia untuk menghadai
perubahan.
Oleh kerana kelantangannya dalam mengutarakan
idea pembaharuan, tulisannya tidak disenangi oleh golongan establishmen
terutamanya jabatan agama negeri-negeri di Tanah Melayu.
Jawapan kepada
kritikan terhadapnya ialah "Saya menulis apa yang saya kira sebagai sesuatu
yang benar" (Al-Ikhwan , 16 November 1929).
Segala yang diluahkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi
adalah kesinambungan daripada fikrah reformis tulisannya dirujuk daripada reformis Muslim yang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan