Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013

Perjuangan yang sudah lapok

Benar kah UMNO akan kecundang dan meyerahkan Kuasa nya pada PRU 13  ini

Persidangan UMNO  sudah berakhir indikator tarikh PRU 13 namun t


Najib isytihar perang habis-habisan terhadap Pakatan

Sabtu, 1 Disember 2012

Adakah UMNO akan berkubur

Sejauh manakah PRU 13 akan mengubah Landskap Politik Negara pada PRU 13

Sejauh mana Ramalan bahawa Tsunami politik 2008 memgiakan Falsafah Melayu sekali air bah sekali pantai berubah 
Kaji semua aspek ucapan ucapan Barisan Pimpinan  yang hanya membawa mesej kesederan hanyalah Ketua Pemuda yang cuba meyakini UMNO bahwa mereka masih aperlu berubah untuk menang .Manakala  Tempo persidangan yang dibawa oleh pemimpinan lain ialah meyakinkan yang diri mereka bahawa mereka masih yang terbaik tetapi di hasad dengki oleh Pembangkang dan Ancaman dalaman yang akan kecewa kerana tidak diberi tempat .

Walaupun Ramalan pelbagai pihak  bahawa pilihanraya ini akan menjadi paling sengit . Ungkapan ungkapan siluncai dengan labu labunya jelas berkumadang di persidangan ini dengan tidak mengambil realiti politik semasa

" Jelas kata kata bahawa apa jadi sekalipun UMNO akan mempertahankan pimpinan dan kuasa yang begitu jelas meyakinkan saya realiti Demokrasi dan Pilihanraya akan berkubur "


Kita Kiaskan alkisah

  " Bapa adalah Rakyat , UMNO Abang Sulung  . PAKATAN Adik Bongsu , Wasiat adalah Keputusan Rakyat .  
Bapa yang Kaya raya mempunyai rumah besar dan Hidup bersama keluarga Abang Sulung. 

Jelas Pandangan Umum Abang Sulung menjaga bapa yang Uzur tetapi bapa Tetapi bapa yang empunya harta tinggal bersama mengetahui sikap anak sulung nya mengetahui berapa kejam dan Zalim abangnya terhadap adiknya dan sikap buruk Anak sulungnya yang dikhuatiri akan tergadai segala harta pesaka peninggalannya .. Apabila bapa nya mati wasiat dibaca amat jelas adik bongsu memiliki dan mewarisi segala harta peninggalan bapanya . 

Dapat kah anak bongsu ini mengambilalih rumah dan harta tanpa satu pertembungan "

Ini persoalannya   

Apakah amat Jelas UMNO akan Berkubur 

Faktor yang kita harus dalami ialah kata kata presidennya yang mengatakan ia akan Perang habis habisan terhadap Pakatan 


Faktor berikut harus didalami 

- Jelas Timbalan nya akan menjadi api dalam sekam dan dia amat bergantung kepada 3 naib presidennya yang dia anggap the 3 stooges ,  Jelas yang menjadi masalah ialah ancaman Kita sesama kita ialah dari kem Mahyuddin

- UMNO katanya mendapat perhatian kerana ia Parti pemerintah meyedari jika ia kalah ia akan berkubur  

- Huraian kumpulan yang akan disingkirkan dalam UMNO begitu terperinci kerana UNO sedar perjuangan mereka bukanlah bangsa tetapi jawatan dan Kuasa 

- Yang menetang dikatakan gila jawatan dan kuasa itu mindsetnya tiada langsung sangkaan yang menetang cuba membetulkan keadaan  Jelas tiada kesedaran 

- Aspek ekonomi yang amat membimbangkan Rakyat dan realiti dipesongkan dengan hanya satu kenyataan tetamu , dan hanya satu satunya tetamu luar negara yang hadir dinegara ini sepanjang tahun 

- Jelas eknomi dalam negeri dipesongkan dengan fakta makro Kontrator klass F 

Masih perlu menghina DSAI yang dianggap ancaman No 1 UMNO   Isu moral  yang jelas tiada mendapat sambutan dri gengnya sendiri 
-  Hayalannya bahwa UMNO satu kumpulan inklusif sedangkan ia jelas satu organisasi exklusif 

- Jelas kesedarannya bahwa UMNO sekarang amat ketandusan ilmiah dan cerdik pandai

Jelas PM akan buat semua yang perlu hanya untuk pancing undi dan perlu lebih popular dan blogger pro UMNO perlu lawan bukan perlu menengakkan keadilan dan kebenaran

- Jelas Peminpinan UMNO dalam dunia khayalan yang tidak berpijak pada bumi yang nyata   

Tema sesat akidah , gelap masa depan negara dan say no . Isu pluralisma , fitnah dan perkauman pada padangan saya hanya tema hayalan penulis teks ucapan PM

Jelas perjuangan UMNO sudah jumud , outdated dan tidak relevan lagi pada RAKYAT

Jumaat, 1 Jun 2012

SELANGOR AKAN JATUH KE BN

Ini pendapat Hishamuddin Rais tanya pendapat saya adakah ini akan berlaku . Besar kemungkinan 
kalau di ukur dari Pencemaran Amalan  Demokrasi.
 
1.  Daftar pengundi yang tercemar sejauh mana ia tercemar  secara makro nya tambahan  1/2 juta pengundi ini secara amnya satu peratus peningkatan pengundi yang pola atau trend yang tidak normal . dan tidak pernah berlaku di mana mana Negeri sebelum ini 

Kenapa perlu Tambahan dan memperbanyakkan pengundi di sesautu DUN dan Parlimen  dsn bagamana ini boleh membantu penipuan dan penyelewengan  

Ambil insiden mudah ,  Jika saya membuat satu majlis jika saya mengatakan 1000 orang akan hadir sedangkan saya tahu hanya 500 akan hadir , Apabila saya mengadakan makanan saya memohon akan menyediakan untuk 1000 orang tetapi sebenar nya hanya menyediakan  500 orang .Ini boleh menentukan tidak akan timbul masallah  tetapi jika saya mengunakkan angka 500 saya sudah tentu sukar untuk menipu atau adjust perbelanjaan masuk pocket . 

Saya masih mencuba mendapatkan satu kajian Audit prestasi dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negera terhadap sistem kerja dan Aturan pilihanraya dilaksanakan pada tahun 1987 yang pernah saya baca ketika bertugas dahulu , kesimpulan nya penemuan nya ialah dari aturan kerja pilihanraya  A sehingga Z terdapat kelemahan dan boleh ditipu pada setaip peringkat aturan kerja bermakna ia boleh di putarbelikan dari Mulanya Daftar pengundi sehingga pada pengumuman pemenang oleh Pegawai Pilihanraya .

Kelemahan didalam verifikasi , salinan pendua , pengesahan , dan apa yang dikatakan " Kawalan Dalaman " semuanya tidak diubah kerana pembaikan sistem sedia ada akan dan boleh meyekat penipuan . Itu asasnya.

Mungkin banyak yang tak faham Floating atau Time lagging atau istallah suspen account , provision  , aprreciation of asset , atau stock revaluation , Ini semua keadah penipuan dan penyelewangan licik terancang dan dilidungi undang undang   dan ini keadah Decorative figures dan numbers .

Kenapa kita tak ujudkan satu badan bebas , berkecuali m dan berintergrity melaksanakan satu kajian semakan keatas aturan kerja atau proses kerja pilihanraya dan dibentangkan dalam kertas putih ke , PAC ke atau dibahaskan umum . Ini tidak akan berlaku kerana jika dilaksanakan sudah pasti UMNO hancur bederai 

Jadi bolehkah kita mengatakan pilihanraya tidak boleh digunakan untuk Demokrasi . Ini persoalannya  kenapa Pilihanraya diguna pakai di India , di jepun  di Great Britian tetapi kenapa ia tidak dapat digunakan apabila rakyat tidak menerima marcos , mubarrak , ghadafi dan banyak lagi pemimpin yang jatuh tanpa pilihanraya  kerana ia gagal menjatuhkan Pemimpin Dakronian. 
Jawapannya keputusan pilihanraya boleh di putarbeltkan , diselewengkan ditipu dan pesongkan . Ini jelas telah berlaku , dilakukan dan akan berlaku lagi .  Pelabagi teknik digunakan dan parti yang berkuasa dan individu yang boleh menjual prinsip murni kemanusiaan dan bangsa dengan wang ringgit sanggup melakukannya  dan serpert juga ada dikalangan kaum yang akan diperdayakan dengan setimen bangsa dan agama 

Selangor tidak akan tumbang selagi Pentadbiran sedia ada bertanggungjawab dan ikhlas mentadbir Demi Rakyat . Ini fakta benar tetapi sejauh mana fakta ini bertahan atau boleh dijadikan perkara subjektif dan menimbul keraguan sudah mencukupi untuk merobah pola mengundi, Ini  hakikat real politik , Jadi apa yang perlu BN buat untuk merecanakan satu grand agenda menanamkan kepada rakyat kepincangan Pakatan Rakyat 

Pelbagai cara telah dilaksanakan , sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan dan ini dilaksanakan oleh orang yang penuh ilmiah dan arif  dalam siasah tetapi berkat doa dan kun faya kun , Insyaallah outputnya akan mendapat reversed result 
 
Siapakah ancaman utama BN di negeri Selangor , Azmin Ali , DSAI atau Khalid Ibrahim atau Ambiga . Siapakah yamg menyusun struktur pilihanraya selangor , siapkah yang menentukan logistik pilihanraya Selangor  , siapakah pakar strategik Pakatan Rakyat selangor . saiapkah yang menetukan calon , siapakah yang menentukan office bearer PBT dan local council ,  siapakah yang menghancurkan politik Ezam di keadilan to be the next line up after DSAI   , Jawapan nya pakar ini perlu ditindas dimatikan aktivitinya dan dikotorkan sekotor kotor nya dalam politik . Ini bukan mudah tapi tahap ini ia telah sampai kepada mengunakkan darah dagingnya sendiri . satu langkah politik yang amat jijik dan mutakhir ini apabila menyedari impak character Assisination kurang memberi impak maka digunapakai modus operandi yang biasa istilah Judiciary political execution akan bermula .






 



 


Spectrum Politik ini akan mengambil tempat untuk memastikan kemenangan di Selangor oleh BN 

Sejauh mana wira Klang gates ini akan bertahan kita akan saksikan Tetapi jika ingin mengenali Budak klang Gates ini, Kita  kena pergi minum Teh petang di warong Klang gates dan bertanya kepada childhood friend nya  disana dan kita akan sedar that this boy is not just a mathematician but with high quality human behaviour and not an ordinary  malay boy who is just lucky to be at the wright place at the right time . Cha ar , man akan vouch what I m saying 


Ok Jumpa lagi  di  SELANGOR AKAN JATUH KE BN part 2    
 Coming SOON



Jumaat, 25 Mei 2012

Hari Belia Negara - 30 juta akan dibelanjakan

Himpunan Jutaan Belia atau  Himpunan Autaan Belia





Apa dah jadi ini hari ini 25 Mei  baru 2 hari kedua yang penuh di Putra Jaya  Budak Pengakap , Pelajar IKBN
PLKN dan kakitangan kementerian dan Petugas Petugas Pameran dan kakaitangan sekitar

hai Dato Morehead tak susuah hati ke Kalau esuk samabutan hambar Tapi mungkin esuk semasa Najib rasmi belia akan ramai sebab malam ada Konsert K POP rata rata pelajar gila kan K POP kalau K POP free ok banayak belia datang , tapi kalau petang tak dapat sambutan  stage katanya 400.000 ribu (harga buat banglow beb ) rugi gitu aje mungkin tak rugi mungkin banyak untung sama Kroni morehead itu pun kira untung juga

Mat Terap dan PLKN kata orang Perak menyelamatkan maruah kalau tidak lenggang lah yop pesta ini  , Tahun Depan tak payah lah KBS buat bagi kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran buat
apa susuah duit OS 49000 bagi kat Persatuan Belia lepas tu ambil balik pegawai KBS belanja SPRM boleh buat apa , Teknik dah lama dibuat berpuloh Tahun

Dengar cerita ABIM pun ada disalurkan  wang Pegawai KBS kumudian ambil balik RM 200,000  betul ke ni siap ada nama Pegawai yang ambil Driver No keenderaan
Ya ke jangan buat Cerita beb 

Najib sendiri kansel program Uztaz Azhar  kata orang kuat strategik Belia Ha ha ha satu langkah baik lagi banyak lah Belia lari dari UMNO ingat Belia yang minat UAI ini belia yang banyaknya Berakhlak dan Berpesatuan bukan Que Sera Sera

Al khulliyaah jangan buat dosa bagi tahu dapat sambutan baik
Saya ada bila urusetia tadi kelam Kabut suruh pengakap masuk , penuhkan kerusi
jangan lah kaitkan alkhuliyah dgn jom heboh kan tak cerdik tu

Hisamuddin ok lah sikit sambutannya menteri Sumber hancur kamera men media pegawai Urusetia Segmen adalah 20 orang buat lawatan ke booth booth pun 5 ke 6 orang ikut

Pening Bru Kita Tenguk esuk pulak 

Sambutan hambar apa sebab Tanya lah stadium1st consultant  - MBM pusat katanya kenyang tetapi MBM negeri ngeri Ter nga nga 


Isnin, 21 Mei 2012

Annuar Musa dipecat dari Umno?

Berani ke UMNO bertindak , Presiden nya ada Tolor ka



FAM sudah silap langkah UMNO pun nak ikut FAM ke Siapa berani nak teraju Red Warriors ,
Jawatan ini pada mula nya Anwar Musa pun tak nak bertanding saya masih ingat lagi Tetapi dia diangkat dan disokong oleh Peminat Setia Red Warrior yang pada masa itu Boss Belia dan Sukan Negeri kelantan yang amat percaya beliau boleh membawa balik Piala FA ke Kelantan

Kata Kata nya dulu betul nampaknya masa itu saya sibuk nak kempen Taqiyuddin  exco FAM no 1 tetapi ternyata orang yang berpuloh tahun dalam pengurusan Sukan lebih baik ramalannya

Sekarang baru saya sedar kehebatan budak RMC ini bayar Gaji FA kelantan aje berapa ratus ribu siapa berani handle dengar cerita Anuar Musa berjaya nak bawa MU ke Malaysia kalau Jadi Gua kena Tabik lu lah Bru

Jangan ajak berdebat dengan Anwar Musa dia bab ini Champion

Bulan April dia ada datang Kajang melawat saing Classmate nya di RMC yang tak sihat dia bawak apa benda namanya Panamara  , Cuba nak jenguk kat Bukit Mewah tapi tak deh........

Apa pun syabas , Syabas Dato Anwar Musa u walk the Talk

UMNO nak buang ha ha ha berani ke , Yang cabar Tan Sri Kader pun dah kena marah apa ke bodoh nya Ini nak hilang lagi satu hero kelantan , Tok Pa pun Takut dengan ALHAMRA ni beb    

Sabtu, 24 Mac 2012

SIA TAI LETAK JAWATAN STEP DOWN

Kajang bergema lagi yang bangang MCA atau diarah oleh Menterinya yang takut mau mari

Tian Chua, Seputeh MP Teresa Kok,  Saifuddin Nasution,  Datuk Chua Jui Meng. Taiko Taiko lama MCA kajang pun ada

10,000 undi sudah tentu PKR punya

How do you solve the problem bayangkan hantar chegu dari Mongolia ke Sekolah anak anda macam sekolah Khas jadi nya sekolah pekak dan bisu . Hancur MCA lepas ni DUN Kajang letak Keling Botol jadi calon pakatan pun boleh menang .

Masaallah ini sebnarnya bukan Mandarin sahaja Tanya sekolah lain di kajang bahasa Arab banyak problem chegu banyak problem lepas ini orang melayu pula protest

Dianggarkan 8,000 ribu ibu bapa hadir/ hadir  Protest Rakyat tapi BN akan kata ini pakatan punya racun  tapi rakyat kajang kata BN yang racun dan pakatan bagi mereka madunya

Ha hah ha h a

Khamis, 22 Mac 2012

DEBAT NEGARA 2012


Anwar accepts Wikileaks’ offer to debate Najib, RPK

March 22, 2012
KUALA LUMPUR, March 22 — Datuk Seri Anwar Ibrahim said today he has accepted an offer from Wikileaks founder Julian Assange to debate Datuk Seri Najib Razak and maverick blogger Raja Petra Kamarudin.
Raja Petra had recently accused the opposition leader of forcing him out of an interview, leading Najib to accuse Anwar, who has repeatedly challenged the prime minister to a debate, of being inconsistent.
“Assange said he wants to organise the debateIt could be a three-cornered debate I told him I agreed,” Anwar (picture) told a press conference today.
The whistleblower website said in a press statement yesterday “we now extend our invitation to Mr Najib to debate Mr Raja Petra and Mr Ibrahim together, or in isolation.”
“We have formally invited Prime Minister Najib Razak to discuss the future of Malaysia together with Mr Ibrahim, moderated by Mr Assange. If accepted, the filmed discussion will be seen by up to 600 million people and will be available online,” it said.

Come lets do it bru 
. .

PERBAHASAN DENGAN MENGELUARKAN HUJAH ITU PENTING BAGI MANUSIA YANG AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI TATACARA KEHIDUPAN DAN MASA DEPAN NEGARA . KITA INGIN LIHAT PENDIRIAN MEREKA , FAHAMAN MEREKA .MENILAI DIRI JATIDIRI MEREKA ,IDEOLOGI MEREKA , PEMIKIRAN MEREKA

 Hold on i got to consult my housemate first
INI PENTING DAN MESTI BAGI RAKYAT MENILAI DAN KITA MENETUKAN SIAPA YANG AKAN MEMIMPIN KITA TAPI DENGAN BAHASA YANG AGAR KASAR SAYA NASIHATKAN " RPK  JANGANLAH MEYIBUK ENGKAU MEWAKILI APA  DAN SIAPA INI ANTARA 2 PARTI TERBESAR NEGARA PAKATAN DAN BARISAN ADA FAHAM KA: 


Rabu, 22 Februari 2012

Melayu perlu pertahankan Tanah mereka

http://my.news.yahoo.com/harussani-says-malays-must-defend-their-land-113850278.html

By Shannon Teoh

SHAH ALAM, Feb 21 — Tan Sri Harussani Zakaria called today on Malays to defend their race and rights to the land, saying Prophet Muhammad also spoke about his race.


Mana satu yang dimaksudkan ini Tanah air mereka atau tanah tanah mereka berapa ribu ekar yang hilang dan mana statistiknya
Siapa yang ambil Yanah tanah orang Melayu atau 54 Tahun Melayu  memerintah kepada melayu mana yang diberikan

Saya dah hidup 50 Tahun tak pernah dengar pun tawaran dari pejabat Tanah  nak beri pada Orang Melayu yang pernah saya dengar dulu ialah masuk rancangan , Racangan  Melayu dibawa duduk dalam hutan tanam kelapa sawit yang dipinggir hutan kenapa tak beri kat orang Melayu yang tepi Jalan ada infra dapat kat guthrie , golden hope ,IOI dan lain lian lagi . Dulu ada pernah dengar Tanah anugerah tapi Melayu mana yang dapat ,

Sungei kantan tanah yang di beri murah kepada orang melayu pada masa itu Jalan pun takda sekarang adalah jalan . Tiba tiba naik Desa jenaris Pembangunan tapi guna pakai laluan Sungei kantan ,kenapa Tak buka lot untuk orang Melayu macam dibuat sebelumnya

Luas betul Saujana Impian Bandar Terancang Sungei Kantan Development hebat Tapi Masjid satu pun tak dibangunkan untuk Rakyat Dewan Orang Ramai Tak ada , Padang Bola Tak ada apa saja kemudahan Rakyat Jelata Tak ada Tapi boleh peruntukan Satu padang Golf , Bangunkan 50% sahaja lrpas tu Tanah yang mana belum dibangunkan Jual pada Pemaju lain .

Terlampau banyak Pemerintahan Melayu yang ada  gadaikan hak Melayu
Kampong Bahru apa cerita ,
Kampong Chu Badak Sentul apa cerita

Cukuplah menipu dan memesongkan minda anak Melayu dengan mengunakkan Kisah Kisah Nabi  , Kenapa Tak bawa alkisah Firaun Zaman Nabi Musa dulu   

Sabtu, 21 Januari 2012

AUDITOR GENERAL OFFICE - TO BE A SCAPEGOAT OF THE FROG

malaysian Insider

A-G must come clean on state of NFCorp, says Ibrahim Ali

UPDATED @ 03:06:57 PM 22-01-2012
January 22, 2012
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/auditor-general-must-come-clean-on-state-of-nfcorp-says-ibrahim-ali/

Now the twist is getting deeper the most independent agencies around to be discredit . Calling the system of Govt machinery to fight Pakatan Rakyat.

The game that is always played by the Mahafiraun . take the whole system to fight agaiinst your enemy.

Reports to be published has gone thru all the neccesary step and standard of Auditing practice , examination, verification, analise , digest , forensic and oppuurtinity for clent or auditee to respond 

The officers make mistake is a laughing matter the report is subject to scrutini by the highest level of management  in the Department , IT IS READ , CHEACK, EDITED and discuss until it is certified true and fair  FINALISE  and pubished it takes months to ensure the practice is credible

WHAT THE HELL ARE YOU TRYING TO DO , TRYING TO DESTROYED ANOTHER INDEPENDENT GOVEMENT AGENCIES   

Ahad, 29 Ogos 2010

Isu Surau Al-Huda — Teo Nie Ching - Dah jadi Isu Perkauman pulak Siri 2


Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

Dah Terjawab pun oleh sahabat kita dari Sg Ramal Kajang , Jumpa dia tempoh hari di Segambut dan tanya dia dah tak ingat ke saya lagi ,dia terpingga pingga, saya pun bagi tahu  "1998 BMW Kunning " terus dia Jawab Oh ya
Apa nak buat  kereta lebih terkenal dari tuannya
Huraian Saya (......BOLD & Italic....)



PARTI KEADILAN RAKYAT KENYATAAN MEDIA


28 Ogos 2010

DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat




Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini. 

( Perenggan Pertama Hentam balik UMNO. Saya rasa silap kenyataan  ini kalau kita amati perlakuan ini dilakukan oleh Kapitalis dan Kroni yang berkaitan bukan UMNO per say . Agenda  ini lebih pada mempersenda Agama kita  dan memainkan sentimen orang melayu dengan memperalatkan Institusi yang patut di hormati oleh Orang melayu MAIS dan .........  perkara ini saya padang lebih serius kerana  memperalat  keadah ini untuk Politik dengan memudaratkan Institusi yang sepatutnya neutral)

Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

( Perenggan 2, 3, 4 dan 5 adalah  Jawapan nya untuk semua orang melayu faham )

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.

Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.


( Perenggan 6 , 7, 8  Juga jawapan nya tapi bukan masallah menyempitkan pemikiran orang melayu tetapi lebih pada hakikat laporan yang meyelewengkan fakta ,Jelas di sebut di Berita beliau memberi TAZKIRAH  ini amat bahaya)

Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.

Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini.

Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.


( Perenggan ini adalah lebih mengankatkan tindakan kita masuk bakul .... saya rasa ini bukan isu nya . Isu nya ialah akibatnya , Pertama kita mesti berpandukan -prasangka baik satu tuntutan dan keikhlasan ini mebolehkan  mengeratkan silaturahim yang lebih baik dimasa hadapan tetapi telah  dirosakkan dan membuat ianya satu fobia bagi kaum musyrikin  mendampingi  dan menghormati Surau yang merupakan juga teras institusi Komunity setempat . Jelas maksud Tazkirah hanya difahami oleh orang melayu dan perlakuan YB berkenaan tidak sikitpun menepati terjemahan Tazkirah ini)

Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.


(Walaubagaimanpun syabas atas tindakan tuan yang semasa)



Ulasan tukartiub.blogspot.com



Sabtu, 28 Ogos 2010

Isu Surau Al-Huda — Teo Nie Ching - Dah jadi Isu Perkauman pulak

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

Masjid ini tak salah saya dibina oleh orang Bukan Islam , No Problemo






28 OGOS —  Ahad 22hb Ogos  sebagai ahli parlimen Serdang YB Teo Nie Ching telah mengunjungi Surau Al-Huda Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau 

Oleh kerana  telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor 

Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita yang dikatakan  menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan 


Jadi ini dikatakan isu Kesucian Masjid :

Ini patut dijelaskan dengan terang kepada umat Islam yang kebanyakan nya daif tentang hukum ini

Apakah hukum perlakuan ini Haram, harus ,makruh, sunat atau wajib dan apakah nas nas yang meyokongnya dan juga jika ada fatwa yang telah dikeluarkan akan perlakuan ini dapat diperjelaskan .

Ini bukan nak menfitnah atau mereka cipta atau menokok tambah : tapi lebih memberi Contoh :

Jika bukan Islam apakah tertibnya ,waktunya kawasannya dan keadahnya beliau memasuki surau 
Contoh jika haram jadi tahu lah contohnya Kontrektor pembaikan tak boleh dari Kalangan orang Islam 

Tidak timbul soal melayu ,India atau Cina .

Saya pun  jadi keliru ni , Apakah yang dikatakan Tazkirah 

YB ni pun satu tak ada ke wakil orang kuatnya dikalangan umat Islam Orang Islam tak boleh masuk DAP ke   Buat jamuan Muhibbah sama macam saya kecil kecil dulu di Pulau Pangkor


Gua rasa eluk gua masuk DAP lah kasi neutralise problem ni mari Tukar Tiub ajak ramai ramai melayu masuk DAP 




Rabu, 25 Ogos 2010

PAS dakwa Mahathir ugut Melayu, buat tak faham

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

KUALA LUMPUR 25 Ogos — PAS kesal dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam didakwa mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah Malah parti itu juga berpandangan bahawa Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini sekarang dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata berkali-kali parti itu menegaskan kepada rakyat kalau “Umno kalah yang menangnya ialah PAS ”.


Kenapa lah mereka masih percaya akan adanya Pilihanraya 13  

Pilihanraya akan takada Kenapa nak buat kalau dah tahu akan kalah 

Brunei tempat selamat deposit dah bagi , Singapore Jalan keluar kedua .dah setting gateway cantik punya .Sekarang settle airbase sungei besi supaya control 100% 

Kah Kah Kah ...................................................  

Pulun cukup cukup kasi settle Plan A dan B kemas kemas simpan baik baik kat offshore 
Masih tak nampak lagi ke 

Ya kah Tak caya la 


Khamis, 19 Ogos 2010

Namanya pun Saman ekor ( Ikut nasib)




Saman ekor ini sama ke dengan Tikam ekor , kenapalah hinanya penguatkuasa peraturan ini 




KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Kedegilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu meneruskan saman ekor sempena perayaan tahun ini biarpun mendapat bantahan rakyat dilihat cubaan memungut 'duit raya' dari rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, alasan Ketua Polis Negara bahawa saman ekor untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah bukan satu alasan yang tepat.Ini kerana menurutnya, sejak saman ak ekor diperkenalkan, kadar kemalangan jalan raya terutama di musim perayaan sentiasa meningkat dan jikapun menurun hanya pada skala kecil.

"Saman ekor tidak banyak kesan positif pun. Secara logiknya, pemandu tidak akanslow (perlahan) pun sebab tak tahu dia akan disaman ke tidak.

Ya ke , ada kajian ke , jangan rendahkan diri dengan komen yang keras macam ini polis pun rakyat juga dan ini perkara dasar bukan PDRM sahaja terlibat .kritik lebih profesional sikit la abang aji 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mengumumkan PDRM akan tetap meneruskan saman ekor dalam Ops Sikap 22 sepena Aidil Fitri bermula 1 September ini.

Beliau memberi alasan, perlaksanaan itu adalah bagi mendidik pengguna dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan ini.

Bukan kah Polisi nya  " Saya yang menurut Perintah ". PDRM objektif nya mendidik rakyat ke penguatkuasaan ,Apa ke benda agensi yang belanja duit untuk Iklan tu dalam TV dok ajar orang ikut undang undang . 

Laksanakan tugas dengan berhemah awak tu IGP Tak usahlah bertekak dengan orang politik .Te jawab " Padangan ini akan saya bawakan ke Menteri dalam Negeri"
Kenapa le kata orang MCA Lansi sangat   


Pada saya banyak persoalan perlu dijawab

-   Apakah keadah saman ekor ini bersesuaian dengan tempat dimana jumlah kemalangan paling kerap berlaku atau  lebih kepada mudah memerangkap pemandu

-  Statik pengukuran keberkesanan tentu ada dan boleh dibuat kajian melalui Jabatan Audit Negara mereka ini agak lebih bebas mengeluarkan hasil kajian (Independent)

- Video boleh dipaparkan secara online kenapa nak caj bila Rakyat mahukan pengesahan 

- Berapa kes bantahan diterima dan berapa yang ditolak 

- Saya pernah jadi mangsa dan ada mengemukakan nama pemandu tetapi ditolak kes saya dokumentasikan secara terperinci tetapi dimana nak abitrate tak ada avenue.

-  Adakah ini benar benar adil , kereta yang baru dijual tapi saya yang kena saman disini isu Timely 

- Jadi pada saya banyak Flaw eluklah review semula pelaksanaannya   




- Konklusinya Saranan pemuda PAS itu ada asasnya sungguh pun ia berkait lebih mengeksplotasikan sentimen. Zaman 40an polis ubah caranya untuk menawan hati rakyat