Memaparkan catatan dengan label POLITIK RAKYAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POLITIK RAKYAT. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013


1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.



3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.

BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT

4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.

5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?

6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.


7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;

b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;

c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;

d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan

e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.


8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.
9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.

10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.


BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: "Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu."

12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.

13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.


14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.

15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.

16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.

17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.


18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.

19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion , apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?

20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak .

21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.

22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.


23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.

24. Unjuran angka inflasi membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6% .

25. Makanya, tema "Kesejahteraan Untuk Semua" adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:

a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.


b.Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.

c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.


e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.

f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.

BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT

26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan .


27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.

28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.

29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.

30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.


31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.

32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.

33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.

34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:


a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;

b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;

c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;

e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;

f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;

g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;

h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;

i. Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan

j.Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.


BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.

36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.


38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.

39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.

40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.

41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.

42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).

43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:


a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;

b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;

c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;

d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;

e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;


f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;

g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan

h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.


BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI

44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.

45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.

46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.

47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.

48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:



a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;

b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;

c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan

d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.



BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA

49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.

50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.

51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.

52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:

a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;

b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan

c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT

53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.

54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.

55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.

56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan "salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba".

57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.

58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.

59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:

a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;

d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;

e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan

f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

PENUTUP

60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.

61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.

62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.

63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.

64. Sekian, terima kasih.







Sabtu, 12 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 121

Hebat memang hebat , menakjubkan , satu sejarah semenjak merdeka tercatit dalam Buku 

bayangkan di Masjid Negara Ruang atas penuh sehinggakan tiada ruang lagi bagi jemaah nak solat jemaah berimamkan Imam masjid negara


Hebat TUKAR TIUB 
BAPA KEBANGKITAN RAKYAT 
AKU HANYA BERHARAP ENGKAU BOLEH HUMBAN KAN BN YANG SUDAH TENTU TIDAK AKAN ADAKAN  PILIHANRAYA


BN AKAN TAKUT MENGHADAPI PRU 13

kerana sudah 15 tahun tak pernah aku tinggalkan aktiviti DEMO Jalan raya 
Kali ini berbeza , muka berbeza , campuran kaum berbeza , semangat berbeza , kesangupan berbeza , keberanian berubah ,lantang dan laungan berbeza 
Tiada yang lari dari kumpulan , tiada yang turut serta secara pemerhati , tiadanya protest dalam diam , semua sudah bangun bosan dengan BN     


Untuk berjemaah bersama Imam Masjid Negara 
sehinggakan tiada ruang dalam masjid tingkat atas 























Keadaan Di stadium sehingga ramai yang terpaksa berdiri kerana tiada tuang untuk duduk 










Isnin, 3 Disember 2012

18 hours of Politics

2  DECEMBER 2012


7.30 am push off to Subang Ibu Pejabat keadilan Selangor

Leow Kian Toon ( Timbalan Pengerusi ) , Arshad Hashim ( Setiausaha ) and Ramly Atan (Course fasilitator) Bob is already around  at the nearby restaurant enjoying the Morning Tea


The Tutorial Kick off at 9.30 am



11,00 am left to Tropicana , Ibu Pejabat Keadilan for the Trip with Jelajah Bas Merdeka Rakyat to Perak

11.30 am Bus push off to Setiawangsa to attend one  of the Security Personel of DSAI , He was there earlier than the BUS and us . Shock his hand and whisked to IPOH


At about 2 .00 pm suddenly the Bus refuse to  move at Ladang Bikam at about a stick of ciggrates the Black Audi and black Toyota Camry was at the rescue,  Rahmang , Chan merdekarakyat ,Yus keadilan Daily and Me ( which is non priority) hope in to the two vehicle

3.00 pm reach Taman Pinjji Perdana Changkat Larang, The wedding of of Sri kandi Siti Aishah


 
 YB Abdullah Sani was there Dr Mohd Nor Manuty , YB Yunus , Mustapha kamil Ayobi  it was a yop kejor yop affair


4.30 PM move to Tambun


The Veiw from the upper deck of the Bus

Its 6.30 pm off to Jeram Kampar , the Bus just could not make it hopin to Amir car Timbalan Ketua cabang Ipoh Utara decide straight to Masjid Jamek Gopeng for the Maghrib Prayers ,

After Maghrib have Dinner with the whole Bus Crew at Batu Gajah it was on Rahmang Kak Zu did her Prayers on the Bus then move of to CENDERONG
Took a bath
Its kampong Baru Cenderong , I need a bath , Took a bath at the host house which i could clearly heard the Ceramah in the Bath Room , The Bus go to move Before DSAI finish

9.30 pm off to Langkap Reach langkap after a 50 minute Tour with the Bus , we have a durian feast with all the security personal a gift from Kak Zu from her in Law orchad in Taiping while the BOSS was giving Ceramah

12.30 to KL

Reach Tropicana at 3,30 am and reach home at 4.15 am and waited for the Suboh solat at 5.44 am




Jumaat, 9 November 2012

UMNO SALAH UBAT LAGI

Bernama 
Tarikh 9 Nov 2012
Temubual Bernama bersama Setiausaha UMNO apa yang tersirat

Soalan Pertama

Jurus kepada persiapaan pilihanraya 2012 soalan tidak meyatakan PRU 13 tetapi pilihanraya 2012
Maka ada asas nya pilihanraya akan diadakan Dis 2012

Yang penting pada UMNO ialah keselamatan kerana yakin akan ada kekacauan dan hura hara itu penekanananya  Seminar pada mula perhimpunan UMNO berlangsung 24 Nov dengan tajuk khas " The Conflict and Conciliation in the People Politics "

Penekanan persiapan ini menambahkan keyakinan saya Piliharaya Auta akan diadakan kenapa ianya satu auta charade dan lakonan , saya amat percaya pilihanraya ini akan menjadi yang paling kotor dan busuk pada hari pilihanraya kita akan mendengar berita berita keganasan dan huru hara di merata tempat  seolah olah berlaku hura hara diseluruh negara tetapi samada hura hara yang dirancang ini ala CIA akan berterusan sehingga 5 petang bergantung pada pemantauan keputusan pelihanraya . Jika Barisan Nasional berkubur maka pelihanraya kan di istiharkan tidak sah dan episod MAGERAN 2 kan bermula . Jika sebaliknya maka insiden insiden berlaku pad hari itu akan menjadi satu drama minggu ini  dan Raja lawak mega siri.

Contoh paling baik : Jika pasukan bolasepak  yang mengawal stadium , referee ,Jawatankuasa pengelola maka pasukan tak nak kalah ini setelah berbelanja begitu besar walaupun dah beli refree ,linesman .beberapa pemain lawan serta pasukan TV live tetap  akan kalah maka permainan paling kasar akan berlaku kad merah , kad kunning akan melayan layang , referee tidak adil akan amat jelas kelihatan akhirnya permaianan akan terhenti sebelum tamat permainan walaupun pihak lawan telah menang 7 + 0 . Permainan akan berhenti dan keputusan tiada perlawanan akan ditunda dan Jawatankuasa ambil alih

Saya amat yakin ini akan berlaku jadi Tukar Tiub kena war war yang rakyat kena KOOL  kerana tindakan tidak melawan dan berdiam diri tidak melayan provokasi akan mematikan rancangan ini

Soalan Kedua apa Agenda Utama UMNO :

Di perhalusi jawapan UMNO menghadapi masalah calon dan perlu meyakinkan ahlinya menerima calon yang diletakkan bukan kehendak akar umbi tetapi kehendak pimpinan elite parti mereka yakin jentera mereka kuat tanpa sokongan rakyat pun jika jentera kuat UMNO akan menang . Sejauh mana penadapat ini kan nyata tunggu dan lihat

Dengan erti kata lain " Jika kita ada pegawai pemasaran paling hebat diabyar gaji tinggi kita punyai kedai terbaik walaupun kita menjual barang tiada kualiti dan tipu kita tetap dapat jual barangan kita mengalahkan barangan bermutu , kerana banyak rakyat tak tahu dan  banyak yang masih banggang  di Malaysia"
teori ini mungkin berjaya dengan maklumat dan fakta benar disekat pada rakyat Umum

Soalan ketiga Ada kah perbahasan Bebas

Jawapan nya perbahasan tidak bebas ia akan di kawal oleh stau Jawtankuasa , Jelas Ahli akae umbi tidak dapat berkomunikasi terus denga pimpinan


Soalan keempat  adakah ahli perlu bersumpah taat setia walaupun calon yang mereka kehendaki tidak dicalonkan

Soalan ini tidak dijawab yang dijawab ialah secara amnya ahli perlu bersatu dalanm BN yang semakin rapuh


Soalan Kelima Sejauh mana kekuatan struktur UMNO

Jawapan dikatakan umno di beri pandangan dan persepsi negatif oleh mereka yang di kelaurkan dari umno Parti pembangkang telah berjaya melabelkan UMNO parti kroni , parti kaum elite parti kaut harta korup dan  lain lain kagi Tengku adnan tidak menyangkal tetapi mahu memperbetulkan nya dan repair walaupun dia menghuraikan yang umno tak janji semua ahli boleh kaya tetapi tegas ini sangat susah kerana ahli nya bongkak lansung tak sentuh bab struktur

Jelas jawapan ini mengiakan situasi UMNO yang pembangkang katakan ia bukannya persepsi ia nya kenyataan dan kenyataan nya ia tidak boleh berubah . Jelas apa yang tidak boleh diubah perlu dibuangkan sahaja

Soalan Keenam Bagimana kesan internet pada UMNO

Jawapannya : Rakyat tak terima internet rakyat terima Utusan TV 3  jawpan Saya bagus falsafah ini dan UMNO tak mempunyai cybertroopers jawapan tipu yang siapapun tak percaya  Jawapan yang tak masuk akal yang hanya mengandaikan pembaca Setiausaha UMNO bercakap Bohong

Soalan Akhir Kenapa masih tak umum kan nama calon 

Jawapan yang diberi : Tiada jawapan cuma dia rasa bagus tapi kena confirm dengan rosmah dulu Ha ha ha Soalan kedua terakhir teperangkap dengan pemberita jelas menujjukkan cakap auta sahaja 




    

Rabu, 31 Oktober 2012

SUDAHLAH NAZAK SALAH UBAT PULAK

Kenapa ajal menimpa kita Ajal menimpa kita kerana ajal dan maut di tangan Allah . Itu teras nya penyebabnya pelbagai 

Salah satu sebabnya ialah apabila penyakit yang dihadapai tidak diubati dengan betul tanpa pemeriksaan yang betul sakit denggi jumpa Bomoh banyak yang akan kata macam mana tak mati tetapi ramai lupa hakikat ajal ditangan Tuhan itu penyebab bermakna keputusan dan analisa penyakit dibuat dengan salah 



Apa kena mengena dengan TUKAR dan UBAH , ia kena mengena dengan Pilihanraya yang saya pasti tidak akan diadakan jika diadakan confirm UMNO mati BN Bungkus .Apa kena mengena dengan denggi ianya apabila salah mengubati sakit kepala dikatakan sakit kaki apabila sakit hati dikatakan sakit perut 



Hari ini tubuh Jawtankuasa Khas elak sabotage katanya Faktor Mahathir UMNO hilang 2/3  Bapa Sabotage UMNO Jawapannya kalau dah tak tahu penyakit jawapannya MATI , BUNGKUS, PADAM  Sejarah akan dikekalkan Najib dan Mahathir sebagi pemusnah UMNO , Kenapa saya marah , saya marah sebab UMNO dah dirampas oleh Mahathir dan Najib dari Orang Melayu . parti yang menjadi pejuagan memartabatkan bangsa Melayu ditipu helah oleh najib dan mahithir 22 tahun + 6 Tahun + 3 tahun selama tempoh itu parti UMNO jadi parti jaga perut 




Harapan orang Melayu ialah Gabungan Anwar Ibrahim & Nik Aziz yang akan menjaga kepentingan dan mempertabatkan orang Melayu dan nyata ini akan dilaksanakan

Jawatankuasa ini sudah tentunya akan gagal kerana akan bersikap Kronism ini jelas pada kes Tok Ali  Melaka nak lawan Anak Kiai , Cuma ini lah mainan Najib dia akan buat hal dan ada kambing Hitam untuk di salahkan



Reformasi Kerajaan Tempatan

Sebelum  Rakyat membaca Tulisan saya  sudah tentunya ada antara Ahli parti keadilan yang mengatakan sah budak ini ejen UMNO , Dia ni tak boleh pakai , Dia ini gunting dalam lipatan  ha ha ha  Tak apalah yang penting bathil dan benar , Pejuangan yang tidak boleh menagungkan  kumpulan , kempimpinan ,atau tokoh tetapi hanya mengagungkan Rasul yang Allah tetapkan Nabi Muhamad S.A.W. yang dimenterai dalam Al quraan Nurkareem .dan rukunnya




Reformasi kerajaan tempatan, jika terpilih sekali lagi sebagai MB, kata Khalid Ibrahim


Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita
25 Oktober 2012

Jika terpilih sekali lagi untuk memimpin negeri Selangor, reformasi kerajaan tempatan adalah antara agenda utama bagi negeri tersebut kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Saya mahu melakukan reformasi dalam kerajaan tempatan. Akan tetapi saya tidak mempunyai waktu untuk melakukannya

Saya hairan kenapa editor ini khusus membawa kisah ini   But anyway Amin Iskandar ini saya panggil dia Black sama sama dengan Jonah lepak di bangsar dibawah School of HR sekarang Guru besar nya terkenal dengan nama Tukar Tiub . Since 1998 saya rasa saya tak pernah persoalkan sikap anti establishment dalam darahnya jelas dia tak reti bodek dan minda tegas dalam hal ehwal sosial 

BUT:

Saya tak tahu nak klasifikasikan kenyataan ini atau artikel ini sepatutnya di cetak di " Laughter is the best  medicine" by Readers Digest  atau  sama nada dengan Lirik " Redeemption " Bob Marley. Mungkin Black baru sedar Menetri  Besar Selangor baru bertaubat atau dia kurang sedar Si anu  perlu meyakinkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat he need another Term :

Negatifnya statement saya
WHY I SAY THIS :


1. Pentadbiran Struktur Pimpinan Negeri  menentukan Dasar dan Arahan Negeri dilaksanakan dengan efektif ialah bermula dari rangkaian  Exco ---> Adun ---->Ahli Majlis  -----> Penghulu----> Ketua kampung ,JKK dan Pengerusi Taman  . Ini Struktur dan asas pengurusan sosial negeri .


Adun pembakang walaupun demokrasi akan dibelakangkan segala peranannya digantikan dengan penyelaras Dun.  Jawatan bukan pilihan Rakyat tetapi dilantik oleh  ????? ,

Maka pelantikan ini kuasa mutlak Parti atau Menteri Besar masih menjadi tanda tanya , Parti adakah Cabang atau Pimpinan negeri pun masih samar samar skopnya  dan kuasanya adakah disalahgunakan pun tak ada kertas putih 
.
Kuasa ini menjadi tanda tanya tetapi yang jelas Penyeleras DUN semenjak ini tak ditukar walaubagaimana pun didesak oleh mana mana pihak kerana pengalamannya menukar yang terdahulu 2 x 5 yang baru ditukar . 
Dimana silapnya No body want to answer neither want to komen the . tetapi jelas terdapat kefahaman dan kerja sama yang rumit untuk dirongkai bagi kes kes DUN Semenyih , Port Kelang , Kapar tak usah kata penyelaras DUN , ADUN yang tewas dalam pemilihan 2010 pun bermasallah dengan parti tetapi bukan semua yang mana tak betul wallah waalam . Tetapi ingat ini bukan kelemahan ini lumrah organisasi secara positif nya ia baik bagi mengujudkan kawalan dalaman ( Internal Control)   

Kerana kalau di tanya orang yang pernah memimpin katanya nak jaga lembu lagi senang dari jaga manusia .

Tetapi apa yang nak saya huraikan pada fakta diatas ialah adakah Pelantikan itu diadakan dengan penuh  Teliti diadakan bagi menentukan kelayakannya interviewing ,aptitude test, loyaty test  dan satu screening yang begitu rapi kerana peranan mereka amat penting , Peruntukan yang dijaga juga begitu besar , Adakh mereka ini diberi latihan Inhouse  dan meningkatkan mutu pentadbirannya

Ya saya kenal mereka dan ada berbual dengan mereka srta berurusan dengan mereka bukan seoarang   jelas saya keatahui asas perakauanan kerajaan " cash Modified Accounting " pun tak faham . Apa dia Surat pekeliling dan pekeliling pun tak boleh beza, Arah perbendaharan dan Perintah Am pun tak tahu apa ke bendanya  apalagi memahami oraganasasi kerajaan dan sistem pentadbiran negeri dan perseketuan atau cuba bahas human behavior in an organization baik falsafah peter drukker nahupun lee Icoca kalau cakap paradox theory lagi serabut 

Sedar ke MB perkara ini atau ini bukan Prority

Padangan saya " Kita kena perakui kita ada kesilapan dalam melantik dan menempatkan Individu dalam Oraganisasi pentadbiran Negeri dari Peringkat Exco ,Penyelaras Dun, Ahli Majlis  sehingga lah ke JKK Zone oleh kerana Kejutan kemenangan tetapi ini tidak bermakna kita perlu takut berubah segera kerana  menjangka memudaratkan peluang di PRU 13 , Perubahan ada risiko tetapi ia harus diharungi dengan menegakkan sifat amanah , akauntabiliti dan telus serta bertanggungjawab " itu priority jangan tangguh jangan nasi jadi bubur 

Dari 1998 saya berharapkan perubahan yang menjayakan landskap baru politik Malaysia apakah kita perlu di cemuh oleh rakyat dengan ungkapan ehmmm 2 x 5 aje " Ubah Sekarang" 


Menurut Abdul Khalid, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah diantara yang terbaik di negeri Selangor selain mempunyai kutipan hasil tertinggi.

Adakah kenyataan ini misnomer , misquoted atau misleading well i hope so 


Kenapa saya berkata begitu kerana U dont measure social and humanity achivement by dollar and cent , I guess that is the problem of Accountant including me. beware  this mistake is just like touching a hot bowl of soup that was what happen to the previous Dentist MB telling the rakyat he make millions in the Selangor GLC and profit for the state when rakyat like me in kajang is cursing the Local council on my everyday life, Flash Flood , Drainage , dan kemudahan awam what is good in telling me they make millions when even trying to get a football field for a freindly match pun a misery. Kenapa sekolah Ugama walaupun Swasta tak disubsidikan  they are not making millions . Remember  at the age of 35 to 45 as a voter to give a good islamic background for my 3 primary kids student I spent RM 240.00 each month  not inclusive of the yearly books and fee estimated RM 250.00 to RM 400.00 each kenapa nak hantar ke swasta ( just look at the sekolah agama rakyat batuan penuh kerajaan ) Kualiti nya mustahak menentukan anak kita mempunyai asas agama yang kukuh 
anyway  how much will it be estimate 500 sekolah ugama 500 million or 5 billon my guess 250 millon pun dah berlebih 


Dont make a fool of rakyat even Wak Rahman in Bukit changgong pass darjah 6 ( pass juga tu ) knew what is federal road and state road . knew that his Dewan Orang Ramai should be upgraded macam Pusat Kommuniti Presinct 9 Putrajaya sekurangkurang nya drebar tractor macam dia boleh bangga buat kenduri khawin anaknya macam drebar Boss , Sabtu ahad boleh bawa anak kolam renang free . 

Don't get me wrong  tetapi sehingga kini saya masih belum yakin Selangor akan dimenangi dengan selesa sehiingga kita meperakui kita bukan wali dan kita cuba bersungguh sungguh melaksanakan amanat rakyat 

Saya masih ingat tahun 80 pulohan dan sehingga 90 pulohan wancara pagi FM KL YB Tan Sri dengan Zainal din Zainal sehingga punchkad pun merah terlanggar buntut kereta mendengar pandangan dan pendapat Tan Sri . Tetapi kita perlu sedar bahawa 10 kepala lebih baik dari 1 kepala . The so Call PAKAR dan consultant is can give the best opinion  but does not mean it is the right opinion Kenapa saya kata begitu sebab sejak 87 saya memuji insan ini tetapi hanya pada 9.00 pagi 21 Okt 2012 saya benar benar dapat berbual berdua . Konklusi saya dengan mohon maaf " Arrogant" superb it Crisis Management , Problem Solving and MBO but ........... i guess let the Malaysian Institute of Management (MIM) to comment 

Well my first and second working experience was with financial institution . Cooperative Central bank main prioprity members of the Cooperative but it turn out  Chettiar chettair bank victimizing the members , moved on to The Chartered Bank and quit  1985 to work in Anti Achoholics Center as therapist Join the Public service in 1986 sebab tak cukup makan  work in education , health and youth and sport  Black future in civil service when caught and being a prisoner  as a reformist , Quit and on my own only to realized how corrupted was the Public service Now bad bizness just because I put an oath that i will not succumbed to malpractice after 50 

My stand since 98 does not change if u are talking about dollars and cent the only amount being reimburse from keadilan is RM 400.00 itu pun untuk buat baju RM 150.00 and I supposed to return back RM 250.00 but the boss said hold on first . Basiclly I kept accounts and u be surprised how much I spent what I can tell u the first hand out and hand bill distributed in masjid kampung bahru was at my expeneses but I dont expect any returns 

Even family said u r fools but sometimes it is a small part u help to improved the nation if I can afford  I will buy a new bus rather than a recond one value for money .It is just a thin line to separate a miser and a prudence spending 

Nak jadi calon ha ha ha even Ahli Majlis dicalonkan cabang pun MPN cancel tak layak  ha ha ha 

Well again I say don't get me wrong why I brought this issue because I felt is important reevaluate our performance in the wake of effect after victory To win is easier than to win again U CAN LOOK IT NEGATIVELY OR POSITIVE 

Well there is nothing to worry anyway only 5 people read my blog   

SHOULD SELANGOR GET A NEW MB AFTER PRU 13 MY ANSWER IS WHY NOT NOBODY IS INDISPENSABLE THERE WERE ALSO DOUBT WHEN HE FIRST HELD OFFICE

IS AZMIN THE CHOICE MY  ANSWER IS WHY NOT WHAT MISTAKE HAS HE DONE IN HIS PUBLIC RESPONSIBILITY , WELL IN POLITICS AND OBTAINING POWER HE IS SAID TO BE
---------RUTHLESS . BUT  WHAT MATTERS IS PUBLIC RESPONSIBILITY

OR SHALL KEADILAN CREATE HISTORY THE FIRST WOMEN MB WILL IT BE ZURAIDAH OR FAEKAH

BUT AS ALWAYS QUOTED BY THE BOSS " ITS FAITHED "

AS I ALWAYS SAID


Selasa, 9 Oktober 2012

Kenapa Kaum Cina Mahukan Sekolah Jenis Kebangsaan dikekalkan

Kenapa Saya Hadir pada 26 Sept bersama Dao Jong

Fahaman Saya ialah



BIDANG-BIDANG KONTRAK SOSIAL


E. Bahasa Melayu


Bahasa ini berada pada kedudukan yang sangat unggul sejak sebelum kedatangan penjajah ke negeri-negeri Melayu. Ia dipakai dalam urusan-urusan pemerintahan dan tujuan perdagangantanpa sebarang pihak mempertikaikan status atau fungsinya. Setelah perwujudan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( 1896 ) di bawah pengawalan British, bahasa Inggeris diutamakan dalam urusan-urusan rasmi, tetapi di negeri-negeri Melayu yang lain, bahasa Melayu tetap dengan keunggulannya
.

Bahasa kaum-kaum pendatang tiada tempat, tetapi dibenarkan dalam pendidikan sekolah-sekolah vernacular sepanjang penjajahan. Semasa pendudukan Jepun dominant bahasa Jepun yang diberi keutamaan. Dalam mengkaji semula sistem pendidikan negara pada 1950’an, dua laporan ( Barnes dan Fenn Wu ) telah disediakan. Kedua-duanya mengiktirafkan peranan bahasa Melayu dalam sistem ini selain daripada bahasa Inggeris sebagai mencerminkan kehendak masyarakat. Laporan Razak pada 1956 menegaskan kedudukan utama bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan bagi tujuan perpaduan dan mengintergrasikan kaum-kaum.


Memorandum Perikatan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Reid mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal. Ianya dimaktubkan dalam Perlembagaan 1957 dan akan dikuatkuasa sepenuhnya dalam masa sepuluh tahun. Beberapa wakil persatuan sekolah Cina dan badan-badan yang menyokong dasar pelbagai bahasa dalam pentadbiran dan sistem pendidikan telah mengemukakan rayuan mereka kepada British di London, tetapi ditolak.


Dengan kedudukan rasminya, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran dan urusan-urusan rasmi kerajaan. Ia juga menjadi bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah ( kemudiannya di peringkat universiti ). Tetapi pemakaian bahasa-bahasa lain di peringkat bukan rasmi tidak dihalang.


Sekolah kebangsaan Cina tidak pernah bertambah jumlah nya semenjak merdeka atas asas fahaman Jusoli tetapi pembesarannya sehingga menerima bilangan 3,000 ribu murid satu sekolah tidak pernah dihalang terdapat lebih kurang 60,000 pelajar melayu yang menjadi penuntut di SRJK /SMJK adakah wajar tambahan Sekolah ini dipersetujui , hakikatnya kenapa sekolah jemis ini mendapat sambutan Adakah kualitinya lebih baik dan adakah pelajar pelajar ini akan menjadi marketable kemudian hari 

Atas asas diatas saya turut serta simpati