Memaparkan catatan dengan label pakatan rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pakatan rakyat. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Oktober 2010

FDI drop: It's Pakatan fault, says Mukhriz

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog


Reported by United Nation's World Investment Report.



INI LAPORAN NYA 

he report, which was released last July, recorded a critical decrease in FDI for the year 2009, leaving Malaysia trailing behind regional countriesT

( Ini laporan yang dibuat oleh pakar ekonomi dunia yang digunapakai oleh semua yang berdagang dan berniaga di seluruh dunia )







Secara Ringkas Laporan itu Berkata :


Kali pertama semenjak tahun 1998 Malaysia jatuh Tangga ke lima dan Thailand mendahuluinya 


Berfaktanya lagi Malaysia Tahun 2009 kalau dibandingkan pelaburan keluar dengan masuk mannya keseimbanagn nya yang tercorot dirantau ini boleh juga ditakrifkan ramai orang yang datang berniaga disini telah keluar dan tak balik semula ( kenapa)


Angka Angka ini menunjjukkan ia jatuh mendadak selepas pelihanraya 2008 mungkin dikatakan kesan Pak lah tertidur Tahun 2007 atau kesan lansung dari pengurusan Pusat 2009 . Tak siapa yang tahu hanya Guridam dan gundah gulana kiasan ekonomi dengan teorinya dihebahkan sini sana  Tapi yang nyata dengan fakta ia merumdum tak disangka  


Ini pula Laporan Free Malaysia Today http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/index.php

The report has led to finger-pointing with many blaming the government and its arm Malaysian Industrial Development Authority (Mida) for its failure to attract foreign investors.
Mukhriz, while admitting to the drop in FDI, however blamed Pakatan Rakyat, whom he said had been "bad mouthing Malaysia" in the international arena.
Responding to Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Mukriz told the Dewan Rakyat that the investors had shunned away from Malaysia because the "opposition had been insulting the country".

Apa kah semua ini tanya Rakyat amnya ,memang jarang kita dengar di kedai kopi perkara  ini dikomen-bualkan oleh orang melayu yang lebih menerima minuman teh mamak dari warung Kopi pak seman 



Kalau boleh saya ringkas kan dan beri contoh yang mudah : Kata lah contohnya kita ambil paling mudah dan ketara Kajang bandar kediaman saya dianggap Malaysia , Untuk maju kita bina Taman yang baru Saujana Impian dan satu lagi Prima Saujana , Siap dengan rumah , rumah kedai , Taman permainan sekolah Dewan orang Ramai masjid dan sebagainya , 

Semua ini perlu di diami di gunapakai dan dibiayai  maknanya bill air, api ,telefon potong rumput jalan 

Untuk kita mengharapkan penduduk setempat membuka perniagaan ,buka bank , jadi ahli kelab golf, penuhkan masjid hari jumaat Ini boleh tapi amat sukar adakalanya memang mustahil contoh nak buka Tesco, jadi kita buka perniagaan pada orang luar dengan menyediakan jalan yang tak jam , keselsaan keselamatan tak kena ragut ,parking mudah  sebagi contoh kesannya kutipan Parking tinggi ,dan kepercayaan kepada orang luar bahawa jika anda melabur pulangan tentu dapat balik , Infaq masjid hari jumaat pun tinggi , anak Rahman pasar boleh berniaga burger ,goerng pisang laku, car wash penuh 

Tetapi jika kita mempunyai jiran yang ambil barang orang sekat perniagaan  dengan syarat syarat samun sana sini nak pakai dewan kena bayar penjaga dewan tip tinggi jawab nya tak kan datang lah orang luar tambah lagi kalau Penghulunya ambil bini orang bagi dia jadi ketua kaum ibu lagi le menyampah orang.

Jawab nya kelab Golf akan kosong , kuih mula tak laku , masjid pun mugkin tak cukup duit nak maitain 2010  boleh tahan lagi  masuk 2011 tahun dah berat sikit tapi takapa cerita kat orang kita akan buat lebih rumah kita akan bina tesco lagi besor ,( kalau duit masyuk), 2012 dah teruk merosot nak cover dengan cakap dah tak boleh , 2013 Jawabnya lingkup...le

Itu lah yang sepatutnya amat di takuti dan dibimbangi yang bakal menimpa negeri tercinta kita ini . Cuba tuan tuan bayangkan macam mana tuan tuan padang pada Indon dan Mat bangla disini  tidak mustahil ia kan menimpa nasib yang sama pulak pada anak cucu kita  yang terpaksa merantau mencari rezeki.

Apakah prestasi penghujung tahun ini 
yang hanya boleh dinilai 3 bulan lagi 
Kononnya tak cukup maklumat untuk laporan terkini 
Tak nampak kah tuan duit federal tak cukup nak bayar Gaji 
Tak percaya tanya tanya kerani jaga vot( Buku Peruntukan ) di AG ( Jabatan Akauntan Negara) 

Apa yang kita boleh buat wahai rakyat marhein Tanya Hishamuddin Rais dia lebih Tahu katanya Pilihanraya ke Pilih jalan Raya , Tanya saya,  kan saya dah kata tak kan adanya Pilihanraya  



Ini pula Laporan Free Malaysia Today http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/index.php

He said up to Aug 5 this year Selangor had received the most foreign investment, followed by Penang and Kedah.
"Selangor has received a total of RM5.66 billion while the second place goes to Johor. This is followed by Penang, Kedah and Perak.
"This shows that BN does not use a discrimination approach and Mida has always encouraged investment in these states," he said.

Ha ha ha ini jawapan apa ni, seolah olah rakyat ni lembu belaka tapi kadang kadang fikir mungkin lembu kut, tenguklah berapa banyak yang berkumpul di sebelah sekolah maxwell road 

Tapi ingat bru Ahli Perniagaan Global bukan bodoh mereka buat kajian terperinci sebelum melabur maklumat pula dibekal dengan tepat benar dan terkini , jadi jangan lah tipu rakyat , 

Contoh Prima Saujana dan Saujana Impian , Suajana Impian ada golf course , masjid Tesco tapi rumah kedai nya tak bermaya Ini Kerja Sime Darby anak syarikat PNB , Prima saaujana ada Giant tapi rumah kedainya rancak ada pasar malam kedai mamak saujana lenggang , di Prima rancak 
Kenapa ...............................

Address the issue or you get thrown out like the tissue 

Khamis, 17 Jun 2010

Realiti yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia




Berbahas tuntutan kebebasan beragama, sudah tentu melibatkan peruntukan-peruntuk an yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia. Sebagai sebuah negara yang memiliki rakyat yang berbilang etnik dan kepercayaan; perpaduan, integrasi dan amalan toleransi merupakan perkara yang begitu penting untuk dihayati oleh setiap warganya. Justeru, unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan (yang terdiri daripada isu bahasa, agama, kedudukan istimewa bumiputera dan kewarganegaraan) merupakan perkara-perkara yang amat dititikberatkan oleh Perlembagaan Malaysia dalam usaha mewujudkan hubungan etnik yang utuh di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi persekutuan diimbangi dengan peruntukkan kebebasan bagi setiap rakyat untuk menganut dan mengamalkan apa-apa agama dalam suasana aman dan harmoni. Hal yang sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu diimbangi oleh peruntukkan bahawa kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.

Realiti yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia mengenai tuntutan hak kebebasan beragama merupakan bukan sahaja semata-mata isu akidah umat Islam, bahkan menggugat integriti yang cuba diwujudkan oleh kerajaan sendiri. Selaku seorang rakyat Malaysia yang menghormati perlembagaan Malaysia, setiap pihak perlu sedar bahawa segala peruntukkan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebenarnya sudah memberi hak dan kebebasan kepada semua etnik dan kepercayaan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 dalam perlembagaan Malaysia. Jadi, apa lagi yang perlu dituntut, sedangkan hak yang ingin dituntut sebenarnya sudah terbela dan terjaga?

Sebenarnya, dalam berbicara mengenai Perlembagaan Malaysia sebenarnya saya tertarik untuk mengajak semua pihak menghayati konsep kontrak sosial yang pernah wujud dan sedang wujud di Malaysia kini. Menyoroti semula sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia, kita akan akur pada fakta mengenai prinsip jus soli yang cuba diperkenalkan oleh British melalui peruntukkan dalam Malayan Union, yang pernah ditentang oleh rakyat dan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu. Akhirnya, peruntukkan mengenai keterbukaan dalam kewarganegaraan melalui prinsip jus soli telah terzahir dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, di mana syarat kewarganegaraan dibuka kepada pemohon asing yang bermastautin selama 15 tahun di Tanah Melayu dan mempunyai umur minimum 18 tahun, serta mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.


Jus soli merupakan sejarah kontrak sosial terawal di Malaysia, di mana satu kompromi telah terhasil. Orang Melayu menerima kehadiran penduduk asing di tanah tumpah darah mereka dan dalam pada masa itu, penduduk asing perlu memahami, belajar dan menghormati kebudayaan orang Melayu. Dan pada penelitian saya, soal agama tidak langsung menjadi satu unsur untuk dipertahankan kerana masyarakat pada masa itu, amat memahami akan kedudukan agama Islam dan keserasiannya dengan orang Melayu, dan warga asing tidak pernah pula dinafikan hak untuk mengamalkan agama masing-masing walaupun diminta untuk memahami dan belajar budaya Melayu. Di sini boleh saya katakan telah tejadi satu kontrak sosial yang adil dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak walaupun bangsa Melayu dan peribumi terpaksa berkongsi tanah, hak dan kuasa dengan orang lain.

Kronologi penting dalam sejarah tanah air ini perlu diketahui, diingati dan difahami oleh setiap rakyat Malaysia agar tidak wujud rasa tidak puas hati dan rasa terzalim oleh Perlembagaan Malaysia. Kontrak sosial di Malaysia dan unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia telah terwujud sekian lama dan ini perlu dikekalkan demi menjaga kestabilan negara. Walaupun ini bukanlah masa yang tepat untuk menyelongkar kembali lipatan sejarah lama, namun bagi saya setiap rakyat bertanggungjawab menjaga kontrak sosial ini demi menjaga integriti seta menjaga hak dan kebebasan masing-masing. Adalah tidak wajar soal agama menjadi punca keranapan perpaduan di Malaysia, kerana sepatutnya agama menjadi punca perpaduan, lantaran tidak pernah ada paksaan untuk mana-mana rakyat untuk menganut agama lain. Konsep tidak ada paksaan dalam beragama merupakan satu konsep mudah dalam menjaga kepentingan beragama dan menjaga perpaduan serta keutuhan setiap kaum di Malaysia.

Selasa, 15 Jun 2010

Jusoli Bagaimana ia muncul





Pada 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid datang ke Malaya untuk mendrafkan satu perlembagaan untuk satu negara Malaya yang merdeka. Dalam proses itu, UMNO – ketua rakan kongsi Perikatan UMNO-MCA-MIC – diminta untuk bersetuju untuk “suatu kewarganegaraan umum untuk seluruh Persekutuan” yang membenarkan “semua orang (di Malaya) layak menjadi warganegara melalui kelahiran atau memenuhi kelayakan seperti bermastautin, bahasa dan sumpah ketaatan

Pemimpin-pemimpin parti tersebut bersetuju untuk menyelesaikan perbezaan dan bersuara dengan satu kepada Suruhanjaya tersebut. Itulah asal kontrak sosial tersebut di antara pemimpin UMNO dan MCA. MCA bersetuju bahawa hak keistimewaan orang Melayu dilindungi, dan UMNO pula bersetuju bahawa orang CIna dan bukan-Melayu yang lain diberi hak kewarganegaraan dengan lebih mudah dengan prinsip jus soli (kelahiran). Orang Cina juga dibenarkan supaya terus memainkan peranan dominan dalam ekonomi.


Cadangan draf Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada 1957, disemak dan diubah oleh jawatankuasa kerja di Malaya yang terdiri daripada wakil Perikatan, Raja-raja Melayu, dan Kerajaan British dalam mesyuarat di London. Dengan kelahiran Perlembagaan Persekutuan Malaya, Yang Di-Pertuan Agong diberikan tanggungjawab untuk menjaga “kedudukan istimewa orang Melayu” dan juga “hak-hak rasmi komuniti-komuniti yang lain”.

Sebelum penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963, satu lagi proses konsultasi telah dimulakan di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak pada 1962. Daripada proses ini muncullah kontrak sosial (dalam laporan Suruhanjaya Cobbold) sama seperti konsensus pada 1956–57. Asas kontrak tersebut seperti dalam memorandum yang dihantar oleh Parti Perikatan bahawa Islam adalah agama rasmi kerajaan, tetapi “tidak akan mengenakan halangan kepada warganegara bukan Islam daripada menganut dan mengamalkan agama masing-masing dan tidak juga bermaksud bahawa kerajaan bukanlah kerajaan sekular”.

Isi-isi Perlembagaan Merdeka telah memberikan rangka kerja untuk Perlembagaan Persekutuan 1963. Perlembagaan Persekutuan ini telah meliputi fasal-fasal tentang hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan, dan agama tanpa merampas “hak dan keistimewaan mana-mana individu, permit atau lesen yang diperoleh atau dinikmati atau dipegang olehnya” (Fasal 153). Ia juga telah meliputi “beberapa isu-isu lain yang berkaitan dengan hal-ehwal hubungan orang Melayu dan Cina”.


Dengan kata pendek, Perlembagaan Persekutuan, yang dibentuk pada 1957 dan 1963 melalui perbincangan dan konsensus bapa-bapa kemerdekaan, adalah berdasarkan kontrak sosial yang telah mengasaskan negara ini. Perlembagaan ini “memberikan gambaran terhadap kontrak sosial di antara rakan kongsi yang setaraf yang menjamin kesaksamaan terhadap semua rakyat, tidak mengira kaum atau agama, dalam demokrasi yang pluralis,” kata Dr Ng Kam Weng, Pengarah Kairos Research Centre, dalam artikel di The Star pada 15 November, 2003.

Dalam semangat Kontrak Sosial yang telah diasaskan oleh nenekmoyang kita, tiada kumpulan etnik yang perlu merasakan ianya lebih rendah tarafnya daripada etnik yang lain. Ini telah dijamin oleh Perdana Menteri yang telah berjanji pada hari keputeraan Yang Dipertuan Agong tahun lalu bahawa Kerajaan akan berpegang teguh terhadap kontrak sosial dengan melindungi semua kumpulan etnik daripada segala bentuk penindasan ataupun diskriminasi (The Star, Jun 6, 2004).

Sabtu, 17 April 2010

Pilihanrata Hulu Selangor P49 " Pandangan Anak Perak"



ADAKAH ANAKNYA SETARAF DENGAN BAPANYA
Lawatan rasmi Tun Razak ke Pangkor

Kita memang perlukan seorang Ahli Parlimen yang berwibawa seperti beliau itu kita tak boleh nafikan beliau sepatutnya diberi tempat satu kerusi tetapi UMNO tidak berbuat begitu KENAPA ????
Sebaliknya mengambil beliau sebagai Menteri diikat dengan Tali senator Adakah ini percaturan mengikat seorang yang Kaliber mengikut telunjuk Boss dimana jelas wang dan kontrek Runding terus bukan umpanannya.


Akhirnya beliau meninggalkan apa yang diidam-idamkan oleh semua ahli UMNO kerana dia memegang teguh pada fahaman agamanya

Berpegang kepada apa yang saya percaya juga Manusia tidak menentukan Taqdir satu manusia lain dan saya percaya " Honesty is the best Policy " .Saya berdoa Datuk Zaid diberi peluang memduduki Kerusi Parlimen.


Itu asas nya bukan kerana sokong PAKATAN ATAUPUN BARISAN



Dengar ayat Calon P kamalanathan baik baik itu datang dari isi hatinya semasa Interview dengan Malaysiakini

" If you want me to be honest i am just working very hard to convince or to tell the party leadership or the Barisan leadership please consider me for the 13th general Election I was preparing myself for that"


If u r not considered then what happen .
You are supposed to work hard for ur countrymen Taking Care of Indian problem a social obligation because you love to your country and Indian Community
Ayo yo what a principle u have
MIC is another company for u to be promoted. I guess u are still young and not careful with your statement



Kalau anda menang Datuk Zaid , kemenangan akan menjadi kemenangan untuk Rakyat Malaysia Bukan Hulu Selangor sahaja . Satu Ahli Parlimen yang berpengalaman dan mutu Kualiti perkhidmatan yang amat sangat diperlukan oleh Pakatan terutama Ketua Pembangkang , penerimaam Datuk Zaid juga mennunjukkan Tahap pemikiran dan minda Rakyat berkembang dan lebih matang .

Pola Pengundi yang umur 30 ke 50 tahun 80 peratus mempunyai SPM /MCE . Pentadbiran Negara perlu disemakuji ,verfikasi dan di nilai prestasinya .Ini boleh dilakukan oleh Parlimenterian yang berilmiah matang dan proaktif berbanding seorang PRO .Jadi pengundi Hulu Selangor ingat Malaysia bukan hanya kepentingan Setempat