Rabu, 13 Mac 2013

Perbandaran Klafikasi dan pemgaruh pengundi



urbanization

An increase in a population in cities and towns versus rural areas. Urbanization began during the industrial revolution, when workers moved towards manufacturing hubs in cities to obtain jobs in factories asagricultural jobs became less common.
Sejauh mana ia mempengaruhi trend ata pola pengundi 
satu kes klasik perlu di perlihat dan dianalisakan ialah kedudukan N24 DUN kajang dan N 25 DUN Semenyih 

Isnin, 4 Mac 2013

APA KATA PAKATAN RAKYAT


KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013

DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.


Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Setiausaha Agung PAS

YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP



MEDIA RELEASE
MARCH 4, 2013
THE FEDERAL GOVERNMENT SHOULD NOW PRIORITISE ON GUARANTEEING OUR TERRITORIAL INTEGRITY AND SECURITY


Any leader of any country must defend his nation’s sovereignty and the security of his people.

Failing to do so is a grave betrayal of the people’s trust in its government. Therefore, Pakatan Rakyat urges the present national leadership to do that which is required of them, to defend our land and never to compromise the safety of each and every Malaysian, and the test of those principles is ongoing in and around Sabah’s Lahad Datu and Semporna with the escalating violence brought by armed foreigners.

In Lahad Datu two of members of our security forces have lost their lives, while the latest acts in Semporna have claimed six of our men in uniform. We express our sincere condolences to these men’s families and may God bless them for they have given the highest sacrifice for a grateful nation.

Pakatan Rakyat calls on all Malaysians to show unreserved support to our security forces, both the police and military. And pray that they remain safe while defending our nation and its people from harm.

Pakatan realises the recent incidents in Sabah raise concern and fear, but we urge the public to remain calm and not to act rashly and hurt their fellow countrymen.

The coalition takes this opportunity to restate its confidence in the capacity and capability of our security forces to protect our country’s sovereignty.

We are disappointed with the weak leadership show by the federal government whose responsibility is to keep Malaysia’s security intact.

While we are convinced that national security transcends political divides and all citizens must support the security forces’ efforts, it does not abrogate the federal leadership for its lax treatment of the whole affair.
This leadership has failed to pass accurate information quickly so that the public is aware of what is happening, an error which has caused rumour-mongering to be rife.

We understand that the government is investigating the leader of opposition to over the armed intrusions in Sabah. We would like to state categorically that Dato’ Seri Anwar Ibrahim is in no way involved with the escalation of violence in Sabah nor the cause of it.

The Sabah intrusion is now into its fourth week (Day 23) — fourth day of hostilities — and the federal leadership appears not to have a clear plan to overcome the violation of our sovereign territory, or to stop any further intrusions. Instead Putrajaya is irresponsibly trying to avert the eyes of the people from its own role.

It is time the federal government realises its jobs is to defend and protect Malaysia, its people and the warriors on the frontline.

Pakatan urges for an immediate meeting between the leadership of our coalition and the prime minister, home minister and defence minister, followed by a special sitting of Parliament to discuss the intrusion.

We strongly demand Putrajaya stops finger-pointing at others especially Pakatan Rakyat and never to betray the trust of the Malaysian people.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM              
Leader of the Opposition 

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
PAS President


LIM KIT SIANG
DAP Adviser










Ahad, 3 Mac 2013

Perlukah Pilihanraya kalau dah Confirm kalah

Dah Berkali kali saya katakan tidak akan adanya pilihanraya 
Semua sandiwara akan di usahakan , Sandiwara perlu real menyayat hati 
Pengorbanan perlu jika kuasa mahu dikekalkan 
Keadah kena betul , Grand design kena direkarasa dan jika nyawa menjadi taruhannya maka be it



Ini bukan perkara baru lihat sejarah sejarah pergolakan politik negera negara Burma , Veitnam , Sri langka dan pelbagai lagi

Tapi Wa ma karun Wa ma kirin

atau surah al Qamar ke 49

54:49
 Indeed, all things We created with predestination.

Sabtu, 9 Februari 2013

Pilihanraya PRU 13 jangan harap ada Pilihanraya

Ok lah dah berkali kalai saya tulis bagi tahu tiada pilihanraya

Sebenarnya kita bermimpi bahawa pilihanraya akan menentukan siapa yang meminpin negara melalui hasrat rakyat mari Kita Lihat Statitik ini


Buat analisa dan Andian anda sendiri fakta nya ini PRU 3 1969 mageran ,2004 gerry mandering 1990 sama cerita kalau tak persempadanan semula Tambah pengundi mendadak

2004 KENA BUAT PERSEMPADANAN SEMULA TETAPI APA ASAS NYA : ASASNYA PENGUNDI CINA BERSAMA BN PENGUNDI MELAYU KAMPONG BERSAMA BN , MELAYU BANDAR BOLEH NEUTRALISE DENGAN PENGUNDI CINA LAI LAIN TAMBAH SANA SINI DENGAN PENGUNDI POS 2008 GERRY MANDERING MAKAN TUAN 

MACAMANA PUN 


RAKYAT KENA TIPU DITIPU DAN AKAN DITIPU JADI JAWAPAN NYA TANYA TUKAR TIUB TANYA MALEK HUSSIEN KEMUDIAN TUNGGU SIGNAL DARI BOSS

Ahad, 3 Februari 2013

Kenapa lah tak percaya tak akan adanya piliharaya

Jangan persoal hak PM bila nak umum PRU'
Mana-mana anggota PAS yang tidak faham mengenai hak Perdana Menteri dalam soal bila hendak mengumumkan pilihan raya umum (PRU) sepatutnya terlebih dahulu menggesa pemimpin pakatan pembangkang mengadakan PRU di negeri yang dikuasai mereka dan bukan menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak 'pengecut atau takut'.


Kau ingat Malaysia ini bapak kau punya kau ingat kerajaan tu hak BN aje
Hoi mangkuk ayun mandat mentadbir ikut peraturan , perlembagaan dan tatsusila kemanusiaan masakini
Bukan sesuka hati

Padangan Aku memang BN takut dan pengecut ajak lawan bola bila orang sedang sakit , ajak lwan lari bila orang sakit kaki  ada akai ka tu

 Pilihanraya akan diumumkan kelak berasaskan laporan survey tahun lalu yang populariti BN mendadak selepas BRIM  ha ha ha percaya sangat lah survey sampel 1 ribu lebih sampel represent semua pengundi Malaysia  

HAKIKATNYA  PILIHANRAYA TIDAK AKAN DIADAKAN CARA LAIN PERLU DI GUNAKAN UNTUK KEKAL KUASA jadi Tukar Tiub akan susun kita ke JALANRAYA kerajaan terpaksa diturunkan taktha bila mereka menipu seluruh rakyat MALAYSIA

Nasha disingkir dari PAS atau mahu disingkir

Apa kah yang perlu kita ketahui dalam episod ini


Kerajaan Perpaduan agenda Siapa dan Siapa yang Sambut

Gagal mengekal Jawatan dalam Parti apabila Pemilihan 2012

Sering dilihat bersama Hassan Ali jelas memberi Isyarat saya bersama Hassan Ali

Bukan kali pertama bersama BN menguji Kesabaran rakan rakan seperjuangan di PAS

Nasha: Saya rasa seperti dizalimi
11:33AM Feb 3  Malaysia kini 2013



Kronologinya mudah : Final Bola Kelantan melawan ATM , Kalau anda pemain skuad kelantan tetapi  asyik berlatih dengan skuad ATM bila pasukan kelantan gugurkan anda , anda mendakwa ada berlatih kuat untuk kelantan bersama ATM , dan anda kata anda bersedia main untuk Kelantan tapi ada tetap kan berlatih dengan ATM dan jika kelantan gugurkan anda sebagai pemain kelantan Apsukan kelantan bodoh , jahil kejam

Apa Ke Banggangnya 

Nasha: Saya rasa seperti dizalimi

Sabtu, 12 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 121

Hebat memang hebat , menakjubkan , satu sejarah semenjak merdeka tercatit dalam Buku 

bayangkan di Masjid Negara Ruang atas penuh sehinggakan tiada ruang lagi bagi jemaah nak solat jemaah berimamkan Imam masjid negara


Hebat TUKAR TIUB 
BAPA KEBANGKITAN RAKYAT 
AKU HANYA BERHARAP ENGKAU BOLEH HUMBAN KAN BN YANG SUDAH TENTU TIDAK AKAN ADAKAN  PILIHANRAYA


BN AKAN TAKUT MENGHADAPI PRU 13

kerana sudah 15 tahun tak pernah aku tinggalkan aktiviti DEMO Jalan raya 
Kali ini berbeza , muka berbeza , campuran kaum berbeza , semangat berbeza , kesangupan berbeza , keberanian berubah ,lantang dan laungan berbeza 
Tiada yang lari dari kumpulan , tiada yang turut serta secara pemerhati , tiadanya protest dalam diam , semua sudah bangun bosan dengan BN     


Untuk berjemaah bersama Imam Masjid Negara 
sehinggakan tiada ruang dalam masjid tingkat atas 























Keadaan Di stadium sehingga ramai yang terpaksa berdiri kerana tiada tuang untuk duduk