Rabu, 4 Mac 2009
OPAH TANYA APA HAIR NYA PINTU GATE TUTUP
IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri hari ini meyerahkan perintah injunksi di Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang sebarang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
" Apa hairnya meeting macam Negeri Pasir 2 butir " Tanya Opah
" Tak tahu le Pah apa nak jadi Susah nak di terangkan , Ini Kisah orang rebut Kuasa , masing masing kata nak perbetuikan negeri Perak " Jawab Bapak lowyar
"Apa yang tak kena di Perak ni " Tanya Opah
" Rasa nya No problem tapi Orang UMNO kata ada Problem " Jawab Bapak lowyar
" Begini Opah " Jawab Cucu Lawyer
" Tok Imam Abu Suood Masjid Sg Rokam Tok siak Imam Imam lain semua kena diganti, diganti oleh Imam Besor Negeri dengan Imam Imam dan Tok Siak baru geng Chegu Manan ,Pengerusi Masjid nak buat meeting kat Masjid nak minta semua ahli AJK tak terima Imam baru , buat lantikan baru, jadi Imam baru Bagi Tahu Jabatan Agama suruh Tutup gate dan kunci pintu masjid Khabor kat Pengerusi tak boleh buat meeting " Jawab Cucu Lawyer
"Jadi Tak Sembahyang Jumaat le orang " Tanya Opah
" Orang tetap semabahyang ikut mana pun makmun ikut aje tapi dalam hati niatnya wallah waalam " Jawab Cucu Lawyer
" Makumun Sg Rokam ikut aje No hair opah " Jawab Cucu Lawyer
TAPI SEBONORNYA APA PUNCANYA HURU HARA INI
Selasa, 3 Mac 2009
APA PANDANGAN ANAK PERAK
>NEGERI PERAK SUDAH JADI PASIR BERDEGUNG
SANA TAFSIR DIA KATA BETUL DIA BUAT BETUL
SINI TAFSIR DIA KATA BETUL DIA BUAT BETUL
SAYA RASA SEMUA TAK BETUL
RAKYAT DAH FEDUP DAN MEYAMPAH
CUTI 7 MAC TAIPUSAM INI RAKYAT PERAK DI PERANTAUAN AKAN SEMUA BALIK KAMPUNG
YANG SOKONG PAKATAN RAKYAT PERGI TAIPING BERKUMPUL DI LAKE GARDEN BEKELAH
YANG SOKONG BN BERKELAH DI LUMUT
RAJA RAJA ROUND NAIK HELICOPTER BUAT KEPUTUSAN
HEBAHKAN
MASALLAH PERAK AKAN BERLANJUTAN
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak kawasan Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, hari ini membuat laporan polis berasingan terhadap Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias kerana didakwa menghalang mereka dan 26 Adun yang lain daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi.
"Kami dihalang secara jelas oleh Azisman melalui pengumuman yang mengarahkan kami tidak masuk atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim", kata Khalil di perkarangan IPD Ipoh, hari ini.
Nga pula berkata, Abdul Rahman dipertanggungjawabkan kerana menghalang Adun daripada memasuki bangunan dengan mengunci dewan menyebabkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat diadakan dalam bangunan.
Selepas tidak dibenarkan masuk ke dewan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Speaker mengadakan persidangan tergempar DUN di bawah pokok, 100 metar dari bangunan itu pada jam 10.05 pagi tadi.
Azisman ketika ditemui berkata, kedua-dua wakil rakyat itu berhak untuk membuat laporan dan polis akan menyiasat.
"Terpulang kepada pihak atasan untuk mengambil tindakan kerana tugas yang dilakukan oleh polis adalah arahan daripada SUK," katanya. - Bernama
Jumaat ini sama ada rujuk kes Nizar ke Mahkamah Persekutuan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Jumaat ini sama ada merujuk persoalan undang-undang kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan.
Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Sulaiman Abdullah dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Said, dalam mahkamah terbuka.
Mohamaad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah.
Nizar memohon kebenaran mendapat semakan kehakiman berhubung status beliau sebagai Menteri Besar Perak dan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih menteri Besar Perak yang sah.
Dalam hujahnya, Kamaluddin menegaskan kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menjimatkan masa dan kos.
Sulaiman pula berhujah Mahkamah Tinggi perlu mendengar permohonan mendapat kebenaran Mohammad Nizar dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan untuk merunmjuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Nizar akan menghadap Sultan Perak untuk persembah keputusan bubar DUN
IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bagi mempersembahkan keputusan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok sebentar tadi yang meluluskan usul pembubaran Dewan.
"Kami akan menyediakan beberapa dokumen perlu sebelum memohon untuk menghadap baginda Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas sidang tergempar DUN Perak itu selesai.
Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan itu turut meluluskan undi percaya terhadap Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Ia dipengerusikan Speaker, V Sivakumar, dan dihadiri 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang lain.
KOMEN KOMEN BUKAN ORANG PERAK
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) –
Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau berkata tiga usul yang diluluskan adalah tidak berperlembagaan.
Ini kerana persidangan itu diadakan 100 meter dari Bangunan Dewan Undangan Negeri, bertentangan dengan Aturan Mesyuarat, yang menyatakan bahawa masa dan tempat persidangan itu mestilah yang diwartakan, katanya.
Beliau merujuk Aturan Mesyuarat 10(1) yang menyatakan terma Dewan Undangan Negeri ialah pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Sultan Perak dari masa ke semasa melalui pengisytiharan yang diwartakan.
Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff. pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
"Jika di atas pokok pun ia sah", itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi ini.
Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya kepada Bernama.
Datuk Ambiga Sreenevasan Presiden Majlis Peguam Malaysia
Perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.
Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.
Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.
"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.
"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.
"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.
Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.
Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.
"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan,"
Sidang bawah pokok tidak bertamadun: Azalina
berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.
"Ia juga satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah). Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Azalina berkata, tidak pernah dalam sejarah negara ini persidangan dewan undangan negeri diadakan di bawah pokok dan perkara itu menandakan partigabungan DAP-PKR-Pas tidak menghormati status dewan sebagai sebuah institusi yang mulia.
"Mereka telah tunjukkan belang mereka, sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat memerintah," katanya.
Persidangan pada 10.20 pagi itu adalah bagi meluluskan tiga usul, termasuk mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam ahli Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Usul lain ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Setiausaha DUN Perak ikut peraturan:KSN
PUTRAJAYA: Kenyataan Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri, bahawa dewan itu tidak boleh bersidang tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, adalah mengikut peraturan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Beliau berkata, pada fahamannya, Abdullah menjalankan tugasnya sebagai mana yang dipertangungjawabkan kepadanya.
"Kalau seseorang pegawai itu mengikut peraturan itu adalah benda yang betul," katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Fellow Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dan Penyampaian Diploma Intan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdullah yang menyifatkan sebagai tidak sah persidangan DUN yang dipanggil oleh Speaker, V Sivakumar, tanpa mendapat perkenan Sultan Perak.
Susulan daripada kenyataan itu, Abdullah digantung perkhidmatannya berkuatkuasa serta-merta oleh Sivakumar.
Pagi ini, satu 'persidangan tergempar' DUN Perak yang dihadiri Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada DAP, Pas dan PKR dilangsungkan di bawah pokok tidak jauh dari bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Di JAKARTA, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempersoalkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar DUN tanpa terlebih dulu menunggu keputusan mahkamah berhubung saman Mohamad Nizar yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.
"Saya tidak faham mengapa beliau sanggup melakukan sesuatu yang menimbulkan kontroversi. Ketika ini, banyak masalah lain yang perlu dihadapi. Beliau perlu tunggu hingga mahkamah membuat keputusan... itu adalah perkara terbaik untuk dilaksanakan," katanya.
Perdana Menteri berkata, Sivakumar juga perlu bersabar dan bukan menggantung Zambry serta enam Ahli Exconya yang pelantikan mereka mendapat perkenan Sultan Azlan Shah.
Mengenai kemungkinan konflik di Perak selesai jika pilihan raya negeri diadakan, beliau berkata ia tidak perlu kerana perkara itu sudah diputuskan oleh Sultan Perak.
Anwar Pertahan Tindakan Adakan Sidang DUN Di Bawah Pokok
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN di bawah pokok di Ipoh hari ini.
Beliau juga menganggap persidangan itu sebagai sah kerana anggota berkenaan dihalang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri.
"Mengetahui yang persidangan itu akan diadakan, mereka (pihak berkuasa) mengepung kawasan itu, memaksa mereka (wakil rakyat pakatan pembangkang) mengadakan persidangan di bawah pokok.
"Pada pandangan saya speaker dilantik secara sah, beliau mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan...bagi kita ia adalah persidangan yang sah kerana ada notis yang sah, ada agenda...mereka dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri," katanya yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tidak membenarkan speaker dan 27 wakil rakyat berkenaan memasuki bangunan itu.
Kumpulan itu dihalang polis daripada memasuki bangunan itu kerana persidangan tergempar DUN itu disifatkan sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
-- BERNAMA
LAGI BENGGONG DI PEJABAT SUK PERAK
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat cuba memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan sebentar tadi tetapi tidak dibenarkan pengawal.
Mereka yang tiba pada jam 9.30 kemudian dilihat kembali ke kenderaan masing-masing yang diletakkan di kawasan berhampiran bertikutan sekatan jalan.
Speaker adakan sidang tergempar DUN Perak di bawah pokok
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang mengadakan sidang tergempar dewan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan selepas tidak dibenarkan memasuki bangunan.
Adun pakatan pembangkang Perak bersurai
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang, termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mula bersurai dari pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 10 pagi tadi.
Hanya Speaker dibenar masuk
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dibenarkan memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat lain, termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, diminta bersurai.
KOLEKSI BERITA PERAK MEMBINGUNGKAN DI MAKAMAH
Tujuh Adun BN fail injunksi halang sidang DUN
IPOH: Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang digantung Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memfail injunksi di Mahkamah Tingi di sini, pagi tadi untuk menghalang sebarang sidang Dewan.
Panel tujuh peguam Barisan Nasional (BN) yang diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar akan berhujah 2.30 petang ini di depan Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim.
Komen Saya : Kata tak sah kenapa fail Injuksi
Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Adun BN halang sidang DUN Perak
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) lain menghalang Speaker DUN, V Sivakumar, daripada memanggil sebarang sidang dewan tanpa perkenan Sultan Perak, termasuk sidang tergempar.
Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Rizwan Ibrahim, dalam kamarnya selepas mendengar permohonan panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar.Firoz berkata keputusan itu membawa kembali pentadbiran berlandaskan perlembagaan di Perak yang sekarang kucar kacir.
Speaker Perak nafi lantik peguam
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dalam kenyataan akhbar tadi berkata beliau tidak pernah melantik Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak mewakilinya dalam perbicaraan injuksi menghalang sidang DUN oleh tujuh Ahli Dewan Undangan (BN).
Katanya, beliau terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi pagi tadi kerana Penasihat Undang-Undang Kerajaan Pernah tidak pernah memaklumkan akan mewakili beliau.
Sivakumar, melalui peguamnya, M Kulasegaran, menghantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim, bahawa beliau tidak melantik Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak mewakilinya dalam perbicaraan petang ni.
Sementara itu, panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, kini berada dalam kamar Ridwan.
Komen Saya : Tak lantik boleh jadi wakil Hai speaker bisu, sakit, hilang akal ke
Ahad, 1 Mac 2009
Aparteid, DAP Johor Bintang Tiga Serangan Bukit Kepong
Aparteid, DAP dan Yahudi
Satu demi satu asakan terhadap kedudukan orang Melayu dan gelombang asakan itu semakin kuat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Dr. Boon Cheng Hau yang juga ketua pembangkang di Johor menyatakan bahawa amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme) menyamai ideologi aparteid sebagaimana yang pernah dialami oleh warga kulit hitam di Afrika Selatan.
Awang tidak berhajat mengulas panjang. Sudah berulang kali hal seperti ini dibangkitkan dan telah banyak kali juga diberi penjelasan.
Yang pasti dakwaan beliau adalah keterlaluan. Tetapi Awang boleh faham kerana itulah pemikiran DAP yang sememangnya mahu menafikan realiti sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan demi mencapai agenda agung mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah republik.
Golongan tersebut sudah jadi kaduk naik junjung. Mereka sentiasa mahu lebih tetapi tidak mahu bertolak ansur apatah lagi memberi apa yang sepatutnya diberi. Jika benar, Dr. Boo mahu memperjuangkan kesamarataan dan keadilan, beliau sepatutnya menyokong terlebih dahulu sistem sekolah satu aliran dan menggunakan satu bahasa sebagaimana yang diamalkan di seluruh dunia. Jika tidak, pendekatan politik beliau dan DAP, tidak ubah seperti gerakan Yahudi yang akhirnya mengambil hak golongan majoriti sebagaimana nasib yang menimpa rakyat Palestin. Gerakan itu sudah bermula dan tanda-tandanya semakin jelas. Jika Dr. Boo boleh membuat andaian keterlaluan, Awang juga boleh.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Huraian Sangkalukabuana
Amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme)Khusus nya orang Melayu menyamai ideologi aparteid Adakah dakwaan beliau keterlaluan dan Benar
atau pun petikan dari teks yang panjang di salah maknakan
Walaubagaimanpun mari kita lihat sedikit sejarah
Kontrak Sosial
Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Tujuannya
Adalah penting bagi generasi kini benar-benar memahami perkara yang tersirat di sebalik kontrak sosial ini. Mereka perlu diingatkan bahawa kontrak sosial ini telah memberi keseimbangan hak setiap kaum di Malaysia bagi menjamin keamanan negara terus berkekalan.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
MAKA DI ILHAMKANLAH
Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
- mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
- mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Perang kerana Ekonomi
Tukar Kerajaan kerana Ekonomi
Negara Hura hara Kerana Ekonomi
Jadi perlu Adil walaupun ia ideal atau pun retorik tetapi ia tetap akan menjadi teras kepimpinan
Boleh kah Kuasa Pemerintahan di seimbangkan .British sudah cuba tetapi gagal ingat Bintang Tiga Orang Johor /Perak lama ingat ungkapan nya
" Bagi bangsa dia memerintah 5 hari beribu orang melayu mati ":
Ingat 13 Mei baru menang lebih sedikit
"Ingat Punca 13mei berputik antara pergaduhan Nelayan Pangkor dan Pantai Remis "
Adakah ini perkara ketiga dalam sejarah pahit Tanah melayu bermula dengan Menteri Besar dari Pangkor dan Menteri Besar kedua dari pantai remis
Ekonomi
Kenapa Tiada Kontraktor Melayu dapat kerja Pembinaan di Genting Highland
Semuanya tak bagus ke / Satay Hj Shamsuri pun tak boleh masuk
Kenapa Kedai akssoseri kereta tiada pengusaha Melayu - nak cari 10 orang melayu bidang itu memang tak ada ke
Bolehkah orang melayu bertapak di pasar borong
Berapa orangkah Top Management Public bank ,Chatered Bank , Hong Kong Shanghai Bank Orang Melayu .
Kenapa Kontraktor Melayu susah dapat kredit dari Hardware
Banyak lagi kalau nak di KOREK KOREK KOREK
Saya pernah bekerja di Chatered bank , Pernah kerja di Gomen , Berniaga pula sendiri skrg , adakah Faktor perkauman pilih kulit ada di tiga tiga tempat ini
Jawapannya Sendiri Mahu Ingat
Huraian nya Kempimpinan Melayu adalah yang terbaik dalam sejarah Tanah Melayu