Rabu, 22 Februari 2012

Melayu perlu pertahankan Tanah mereka

http://my.news.yahoo.com/harussani-says-malays-must-defend-their-land-113850278.html

By Shannon Teoh

SHAH ALAM, Feb 21 — Tan Sri Harussani Zakaria called today on Malays to defend their race and rights to the land, saying Prophet Muhammad also spoke about his race.


Mana satu yang dimaksudkan ini Tanah air mereka atau tanah tanah mereka berapa ribu ekar yang hilang dan mana statistiknya
Siapa yang ambil Yanah tanah orang Melayu atau 54 Tahun Melayu  memerintah kepada melayu mana yang diberikan

Saya dah hidup 50 Tahun tak pernah dengar pun tawaran dari pejabat Tanah  nak beri pada Orang Melayu yang pernah saya dengar dulu ialah masuk rancangan , Racangan  Melayu dibawa duduk dalam hutan tanam kelapa sawit yang dipinggir hutan kenapa tak beri kat orang Melayu yang tepi Jalan ada infra dapat kat guthrie , golden hope ,IOI dan lain lian lagi . Dulu ada pernah dengar Tanah anugerah tapi Melayu mana yang dapat ,

Sungei kantan tanah yang di beri murah kepada orang melayu pada masa itu Jalan pun takda sekarang adalah jalan . Tiba tiba naik Desa jenaris Pembangunan tapi guna pakai laluan Sungei kantan ,kenapa Tak buka lot untuk orang Melayu macam dibuat sebelumnya

Luas betul Saujana Impian Bandar Terancang Sungei Kantan Development hebat Tapi Masjid satu pun tak dibangunkan untuk Rakyat Dewan Orang Ramai Tak ada , Padang Bola Tak ada apa saja kemudahan Rakyat Jelata Tak ada Tapi boleh peruntukan Satu padang Golf , Bangunkan 50% sahaja lrpas tu Tanah yang mana belum dibangunkan Jual pada Pemaju lain .

Terlampau banyak Pemerintahan Melayu yang ada  gadaikan hak Melayu
Kampong Bahru apa cerita ,
Kampong Chu Badak Sentul apa cerita

Cukuplah menipu dan memesongkan minda anak Melayu dengan mengunakkan Kisah Kisah Nabi  , Kenapa Tak bawa alkisah Firaun Zaman Nabi Musa dulu   

Sabtu, 21 Januari 2012

AUDITOR GENERAL OFFICE - TO BE A SCAPEGOAT OF THE FROG

malaysian Insider

A-G must come clean on state of NFCorp, says Ibrahim Ali

UPDATED @ 03:06:57 PM 22-01-2012
January 22, 2012
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/auditor-general-must-come-clean-on-state-of-nfcorp-says-ibrahim-ali/

Now the twist is getting deeper the most independent agencies around to be discredit . Calling the system of Govt machinery to fight Pakatan Rakyat.

The game that is always played by the Mahafiraun . take the whole system to fight agaiinst your enemy.

Reports to be published has gone thru all the neccesary step and standard of Auditing practice , examination, verification, analise , digest , forensic and oppuurtinity for clent or auditee to respond 

The officers make mistake is a laughing matter the report is subject to scrutini by the highest level of management  in the Department , IT IS READ , CHEACK, EDITED and discuss until it is certified true and fair  FINALISE  and pubished it takes months to ensure the practice is credible

WHAT THE HELL ARE YOU TRYING TO DO , TRYING TO DESTROYED ANOTHER INDEPENDENT GOVEMENT AGENCIES   

Selasa, 3 Januari 2012

Kajang in 2012 - What will they do

Department of Irrigation and Drainage 

The Flash Flood how they resolved it How many millions will be spent to ensure no Flash Flood in kajang Town , 

Well the others Taman Rakan , Saujana Impian , Sg kantan and few others is whose responsibility MPkj or the developer
or is just noboday cares about the Rakyat 










Selasa, 11 Oktober 2011

PEMBANGUNAN banggang DI SUAJANA IMPIAN

Kalau tak salah saya pernah Komen http://kajangnews.blogspot.com/2010/11/adun-kajang-syok-sendiri-ke.html pada 21 Oktober 2010 selepas 16 hari Adun Kajang kalah Pucuk Pimpinan PKR  , saya tegur Kerja kerja kecil yang akan dibuat ekoran dari rungutan Rakyat atau aduan TESCO kapitalis Kajang .

U turn utama Saujana Impian diubah apabila Tesco didirikan Persimpangan saujana Impain dirombak apabila TESCO mula mahu beroperasi , Pengerusi pengerusi  Taman Saujana Impian bergabung mahu jumpa MPkj . Tunggu di MPKj dari 8.30 pagi 12 tgh baru lah YDP MPKj mahu berjumpa . Satu pun Tuntutan peduduk tidak diendahkan perubahan lalulitas  yang dirancang oleh pengaruh TESCO terus dilaksanakan berapa banyak Mahsyukkkkkkk

Kerajaan bertukar adakah sebab Rakyat kecewa dengan Barisan . Itu tanya yang jaga saluran mengundi , Sekarang giliran yang baru  Pembangunan semenjak 2008 bagi Saujana Impian saya paparkan untuk Tuan puan Fikirlah sendiri . Pada saya ini boleh masuk guiness book of record 

Diveder Terpendek berbanding Jalan , Pembinaan Single Road curb  HA HA HA HA ini buat kerja lawak ke apakah ini kehendak rakyat ke atau Jurutera Jalan MPkj sudah muak denga Ahli Majlis dengan Adun yang Bodoh Sombong ni 





Yang diperlukan ialah speed breaker , signage had laju , amaran ada surau dihadapan Hari Jumaat kena bagi laluan  amaran kawasan Taman bukan kawasan lebuhraya . Kalau dah tak nak dengar cakap rakyat, pengerusi Taman , AJK PIBG , AJK surau  dan kaji balik sejarah Taman Saujana ,ini yang kita panggil  Pemimpin 3S  ( syok sendiri, sombong bodoh dan siul)  




Ahad, 7 Ogos 2011

PERNIAGAAN BARU DI KAJANG ( PARKING RAMADHAN )

- Bazaar Ramaddan Taman Mesra Kajang satu satu nya bazzar ramaddan terawal di Mukim Kajang ,
Harga nya  berpatutan dan beraneka pilihan juadah dan mendapat sambutan rakyat namum pada akhir akhir terdapat masallah letak kereta dan laluan yang agak sesak oleh kerana besar kemungkinan penutupan Jalan ke Taman Mesra dari Tapak nya  dan tiada Kawalan lalulintas oleh pengajur mungkin faktor Kos


Namun hari ini saya tak ada masallah parking kerana adanya kakitangan Shell Di Simpang balak yang memberikan tapak letak kereta dan mengawal lalulintas dan menyuruh kenderan Motor parking di kawasan lain ,

Keluar dari Kereta   Terus di maklumkan oleh Attendent Pam Minyak harga parking RM 1.00



Sejak Bila pulak Stesyen minyak Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Kutip Parking , Tanya saya boleh kah awak kutip tanpa Notis " Notis ada encik itu dia

Tanya saya pada dia

 " Saya Rasa tak betul ni apa yang awak buat , Yang saya parking ni pun tanah Reserve Jalan dan adakah amalan Shell membenarkan ini dan adakah kutipan ini mengikut peraturan caj letak kereta MpKJ  NOtis pun kecil sangat tak maklum betul betul Naya kat orang "

Jawab dia     " Itu saya tak tahu tapi boss suruh collect "

Jawab Saya :  " Boss awak ini bukan penceramah Ugama ke
                        Tak apa lah nah RM 1.00  Ini untuk sekali masuk ke untuk satu jam  "


Adakah amalan ini dibenarkan dan mengikut peraturan undang udang kecil MPKJ  atau Shell Malaysia Trading Sdn Bhd mengalakkanya 

Isnin, 1 Ogos 2011

Terawih Surau Saujana Impian Surah Al baqarah Ayat 1 hingga 39

Hari Ini Sembahayang Terawih malam kedua alhamdullilah surah Al baqrah 1 hingga 39 dibaca dan dihuraikan oleh Iman muda

Suara Imam seakan akan berimankan  Saad Al Ghamdi

Ayat Ayat Yang amat menyentuh saya ialah hal periha munafik dan fasiq ayat 8 hingga 13 dan termenung sekita bertanyakan diri golongan manakah yang aku ikuti dan terlibat di Malaysia ini

Go to fullsize image
 

A008
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.  

A009
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (

A010
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).





A011
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

A012
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
A013
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA


Assalamualaikum 
warrah matuhlah

Bismillah hirrahman nir rahim

Allahamdullilah hirabil aa’lamin

Wasolah to Wasolah mu aa’la asrafil ambia wal mursalin

Sayid dina Muhmaadin wa ala ah lihi waasoh bihi ajmain

Subahanakala a’in malana illa ma alam tana inna kam’am tana ali mul hakim
Wala  kau how wala illa  ku wata illa bila hill a’li  il azim  


Sempena bermula nya  Ramadhan dan selesainya sembahyang Terawih pertama di Surau Saujana Impian  ,, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan Tawaduk  , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, 


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ' 'Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. 


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. 



 
027alquran3.gif
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
 

*Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Pernah Melakukan Kesalahan & Belajar Dari Kesalahan Itu Untuk Menjadi Orang Yang Lebih Baik*
 
 



 
Lebih Jahat dari Iblis dan Fir'aun

 

 

Al - Kisah, suatu hari Iblis mengunjungi “sahabat”nya, Fir’aun. Iblis berkata “Apakah kamu mengenaliku?”

 

“Ya” jawan Fir’aun

 

“Engkau lebih hebat dari pada aku dalam satu hal”

 

“Apa itu”

 

“Keberanianmu mengaku sebagai Tuhan. Tahukah kamu, aku ini lebih tua, lebih cerdas, lebih kuat di banding kamu. Tapi aku tidak sampai seberani itu”
 

“Benar apa yang kamu katakan. Kalau begitu aku mahu berubah saja”
 

“Jangan. Penduduk Mesir telah menerimamu sebagai tuhan. Bila kamu cabut "ketuhananmu”, mereka akan berpaling darimu. Sebaliknya mereka akan memusuhimu dan memporak-porandakan kekuasaanmu. Akhirnya kamu akan menjadi orang yang hina-dina. Sayang kan !?”
 

“Benar juga ya. Tetapi adakah di dunia ini orang yang lebih jahat dariku”
 
“ Ada . Orang yang tidak sudi 
menerima permintaan maaf jauh lebih jahat daripada kita,” kata Iblis.
Ia lalu pergi meninggalkan Fir’aun. La’natullahi alaihima

 

 



 

[Quote:-
 Seorang yang berakal, dalam sisi Allah, tak akan takut terhadap pencelaan dari orang yang mencela..... Semua makhluk, dalam pandangannya, identik sebagai orang yang lemah, sakit dan miskin] 

   Renung-renung bersama...... ....
 
   Andai Ini Ramadhan Terakhir
   ------------ --------- --------- --------
   wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
   wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
   wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
 
   andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
   buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
   tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
   pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
   kematian...adalah sesuatu yang pasti
 
   andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu
   siangnya engkau sibuk berzikir
   biarpun anak tekak kering kehausan air
   tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
   mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
 
   andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
   tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
   solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
   tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
   mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
   "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
   [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
   kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
 
   andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
   tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
   setiap masa tak akan dipersia begitu saja
   di setiap kesempatan juga masa yang terluang
   alunan Al-Quran bakal kau dendang...
   bakal kau syairkan
 
   andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
   tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
   berterawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
   mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
   "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
   tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
   oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini
 
   andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
   tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
   ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
   kita buru...kita cari...suatu malam idaman
   yang lebih berkat dari seribu bulan
 
   andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
   tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
   mempersiap diri...rohani dan jasmani
   menanti-nanti jemputan Izrail
   di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
   duhai Ilahi....
 
   andai ini Ramadhan terakhir buat kami
   jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
   menerangi kegelapan hati-hati kami
   menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
   semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
 
   namun saudara...
   tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
   samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
   hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
   berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
   andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
 
   
Selamat Menyambut Ramadhan ............ .. dan kemaafan dipohon… 

Moga kita semua mendapat rahmat, barokah, fadhilat lailatulqadar dan keselamatan dunia akhirat awal akhir dibulan Ramadhan Al-Mubarakh tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Amin13x.