Ahad, 14 April 2013

N25 kAJANG TUKAR

NAMPAKNYA 

WARGA HULU LANGAT ???????????????????????????????????




“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


PILIH PEMIMPIN YANG DIREDAI ALLAH DAN RASULNYA

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggung jawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya untuk memilih yang paling diredai oleh Allah dan Rasulnya. Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa. Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredai oleh Allah dan

Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.

PILIHLA PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:

“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”

Ayat 17 surah al-A’la



TETAPI SAYA RASA PIHAK PIMPINAN LEBIH AFDAL DAN ARIFF 

 “ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”

Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.


Apakah kajang akan berubah

Shukur Alhamdullilah Kajang mendapat ADUN baru itu yang penting kalau tidak boleh Hilang kerusi ini
Itu padangan saya :


Apayang berubah jawapan Kajang dan IJOK diharap 2 kerusi ini kekal PKR dengan perubahan ini


Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah

Mohamed Azmin Ali (Gombak),
Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat),
R Sivarasa (Subang),
Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan),
Zuraida Kamaruddin (Ampang)
William Leong (Selayang).
Muka baru pula ialah

Dr Aziz Bari (Sabak Bernam),
Manivanam Govindasamy (Kapar),
Wong Chen (Kelana Jaya),
Rafizi Ramli (Pandan)
Khalid Jaafar (Hulu Selangor).
Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah

Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa),
Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia),
Suhaimi Shafiei (Seri Muda),
Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas),
Rodziah Ismail (Batu Tiga),
Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik),
Elizabeth Wong (Bukit Lanjan),
Haniza Talha (Taman Medan),
Amir Shaari (Batu Caves),
Gan Pei Nei (Rawang)
Yahya Sahari (Permatang).

Muka baru ialah
Borhan Aman Shah (Dengkil),
Lee Chin Cheh (Kajang),
Dr Daroyah Alwi (Sementa),
Hamidi A Hassan (Semenyih),
Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang),
Ramachandran (Batang Kali)
Dr Idris Ahmad (Ijok).

Berpindah:

Tan Sri Khalid Ibrahim (Pelabuhan Klang) 
Manickavasagam (Bukit Malawati.)

Api sudah nula dinyalakan Ini tanda BN akan Hancur

Sana sini kecoh belaka hal Calon:

UMNO cuba merongkai strategi pilihanraya baru Calon tanpa menghiraukan struktur Bahagian dan Negeri bolehkan ini dilakukan

Mungkin boleh ketua atas asas tiada calon yang berkorban atas asas nak jadi calon mereka bahagian dan Negeri selama ini melabur pun bukan duit hasil titik peluh nereka tetapi wang yang dari salah gunakuasa dan putar belit duit rakyat lepas daj buat Untung banyak jadi apayang dirugikan kalau tak calon pun

PKR sekali ini nampaknya tiada masaalah mungkin ada pertikaiaan  tetapi jelas dapat ditangani oleh Majlis Pimpinan Negeri
 
Sabah , Negeri Sembilan dan mungkin Selangor akan ada penangguhan pengumuman lebih pada strategi politik dan mengambil peluang mengemaskini struktur , 

Ekoran dari itu UMNO kena buat sesautu , Pimpinan UMNO banyak yang Syok sendiri tidak sedar yang rakyat sudah mahu Tukar

Putrajaya satu indikator penting , baru 2 hari Husam bertapak UMNO sudah hancur di Putrajaya PAS akan kalahkan UMNO sebelum penamaan calon lagi . Tengku Adnan sudah dianggap liabliti , Tak pernah melakukan seperti apa yang  Husam buat baru Walkabaout di Putrajaya membawa kejutan pada Tegku nan 
  
Orang kuat Ku nan kena belasah Teruk, Mahyuddin kena settle
Calon di syurkan Mahathir
Tak ada yang baru ke Tak kan lah orang kuat Mahathir baru tak ada nak take over 
Orang kuat ku Nan tak buat report Polis ke ..................................
Ke dah jadi Kuman

Tapi nampak Api ditiup untuk membuat perlawanan bola di tukarkan samada stadiumnya , pemainnya , masa nya atau penontonnya refereenya apa saja yang boleh membuat pihak yang menganjur menang  Rakyat perlu COOOOOOOL

Jumaat, 12 April 2013

BOLEH KAH HUSAM MUSA MENANG DI PUTRA JAYA


Kata SABRI KUNTA KINTE kalau nampak gaya mood nya kerajaan berubah Putra jaya Husam punya Ini bergantung lain lain tempat

Kata si anu anu Tengku Nan akan tetap tanding  jika Zaki yang ambill tempat dia kalau Mahafiraun ok dia give way

Apa strategi kempen Husam kena guna ceramah payah , Kakitanga kerajaan mungkin tak hadir , facebook , blog , risallah , face to face dengan voters walkabou  , Apa pun dia kena creatif to reach the voters

Apa pun startegi meletakkan Husam sudah satu langkah yang bijak dan terancang tentunya dia mempunyai network bagi semua agensi kerajaan di Putrjaya

PKR DAP dan Big Guns selangor yang disekitar serperti  Puchong Serdang Kajang Dengkil semua kena bantu  Husam Musa

Kakitangan Awam memang mahu yang ternama mewakili mereka mereka akan bukan lagi menyambut nya malah akan memenag kan Husam , Yang penting New Clean Leadership coming to Town

Hero Kelantan ini akan menjadi Hero Nasional 
  


Honesty is still the best Policy - Video Mustpha Ali




Sejauh mana kita Umat melayu Islam di Negara ini kan bersembahyang jumaat dan ketahui Imamnya Najib Rosmah dan Yakin sembahyang jumaat itu ???????

Soalan ini mungkin ditafsirkan politik mainkan Agama Tetapi rakyat sendiri harus memikirkannya , calon melayu DUN  ini calon Cina DUN ini juga telah menjadi salah satu dasar pemilihan calon Parti yang membawa obor non racial politics 

Apakah kriteria Parlimentarian dan Statesmen secara ideal nya berkubur kerana fakta lain seperti loyalty to Parti , survival , give face , its who u know dan cekap main politik ( Taking oppurtinity and exclusive ) menjadi ciri pemilihan .

Ramai kawan Reformist 1998 saya yang tidak kelihatan memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk menumbangkan UMNO memlalui platform politik sedia ada menjadi tanya soal

Paling meyedihkan saya ialah PSM yang jelas menyatakan we are with u but we are on our own 

Jelas perjuangan Rakyat Bersih , ABU , SAMM  dan Tukar Tiub tidak mendapat tempat pada politik kepartian , Tak usahkan calon wakil calon pun mungkin tak diterima . Bagaimanakah respon Rakyat terhadap perkara ini , Apakah asas movement rakyat change . Tukar  or a New Beginning

Kita melihat Khalid Ibrahim diterima rakyat Selangor sebagai Menteri besar terbaik dekad ini dari aspek pengurusan adakah ini cukup untuk menentukan karier politiknya atau hasrat rakyat melihat yang terbaik  Tipu kalau dia dikatakan tak ada kronism atau Flaw in administration   tetapi jawapannya to what extend

Atau adakah dia gagal mencapai perubahan yang diharapkan oleh rakyat ,. Apakah sebenarnya  harapan rakyat , The Chinese have swing but not the Malay adakah tepat kenyataan ini 

Soalannya adakah kita yakin perubahan yang diharapkan oleh Rakyat akan berlaku Adakah pilihanraya ini akan mengubah nya jika benar piliharaya akan ubah nya kenapa tidak 1998 kenapa tidak 2004 sedikit berubah 2008 kenapa begitu yakin  berlaku 2013 

Pada hemah saya keputusan upset pilihanraya ini hanya kan bertahan setahun dua kemudian ia kan berubah tetap dijalanraya  

Kerana Kejujuran dan yang dipilih bukan mengikut cara , 
Kerana sistem yang ada tak dapat membekalkan keputusan yang sebenar adil dan  saksama dan benar mencermin apa rakyat kata  

Kepada semua calon jangan dianggap rakyat hina,
ketepikan pandangan dan pendapat mereka seolah mereka daif politik dan berbicara  


Vidoe Mustpha Ali mungkin benar tetapi siapa pun tak percaya malah simpati dia dianaya
Kata Rakyat Anwar Ibrahim jujur Ikhlas bersih , pejuang handal dan bergaya menjadi hero rakyat jelata tetapi ragu akan pasukannya 

Yang rakyat perlukan era baru pengurusan negara bukan tukar baru dari yang lama dan ambil balik

Khamis, 11 April 2013

PutraJaya Husam Musa sudah Tiba

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/305979_4509030445493_1054191183_n.jpg 





11/4/2012 wkatu Isyak
Berkesempatan mengunjungi sahabat lama YB Husam Musa
di Bilik gerakannya di Prinsict 18 /H 
 
Ya Allah kata dia Demo sini 
Oh kawen bersaing dengan saing Demo ni
kawen duduk kajen










Siapa dia Husam Musa di kaca mata anda ,kaca mata saya antara kenalan saya yang sangat displin dirinya 
Ingin saya menceritakan pengalaman saya bersama Husam .Kira kira 12 1/2 Tahun yang lalu  November 2000 Saya mengambil beliau waktu selepas Zohor di Kelana Jaya bersama Rahmang bekas YB Kemaman untuk ke Lunas penamaan Calon YB Saifuddin Nasution 

Saya masih ingat perjalanan kami ke sana tidak banyak berbicara dengan Husam yang lebih membaca buku hampir sepenuh masa di dalam perjalanan hanya berbual ringan . Sampai sahaja di Butterworth kami mencari tempat penginapan memadangkan YB YB tidurlah di HoteL Berlin atas syur saya , Husam sebilik dengan saya agak tersiksa juga kerana saya tak dapat hisap rokok didalam bilik kerana menghormatinya walaupun itu perbelanjaan saya . Dia solat sunat sebelum tidur dan tidur agak awal sebelum pukul 12 

Pukul lebih kurang 4 .45 pagi saya terjaga mendengar suara membaca Alquran oh Husam rupanya masuk sahaja subuh beliau gerak saya dan ajak solat jemaah  selepas itu saya baring semula tetapi belaiu terus membaca buku . Pagi sebelum bertolak beliau ditegur saya dilobi hei mari breakfast ni halal belaka Ha ha Ha ketawa dia Demo ingat kawe orthodox ke Jelas nak muda ni adalah Peminpin dimasa hadapan 

Balik dari Lunas saya terus menghantar nya ke Parlimen . Walaubagaimanapun tak selesai lagi Pol Minta Tolong katanya Songkok tak bawa amabil sebentar kat rumah boleh ke . Oh demo tetapi saya amabilkan juga untuknya . Kalau ini sikap orangnya di memang dikategeori oleh Iman Ghazali sebagai seorang yang wajar dijadikan SAHABAT 



1. Orang yang berakal

2. Orang yang baik akhlaknya.

3. Orang yang soleh
 
4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.

5. Orang yang benar

Jadi seluruh penguundi putrajaya jadikan lah Husam Musa Sahabat Anda

Rabu, 10 April 2013

Calon Keadilan Rakyat Wilayah Perseketuan

True Reformist telah diberikan kerusi lamanya di Batu satu lagi true reformist di kekalkan di Lembah Pantai . Sejarahnya adakah mereka di jalannan pada 1998 Jawapannya Ya cuma lambat dan cepat sahaja

Tapi saya masih ingat Tahun 1998 , Tian Chua tak kelihatan sebelum insidence Anwar ditangkap selepas DEMO masjid negara baik diperkarangan rumah Jalan Tunku atau jelajah sebelum itu . Soalnya Kenapa

Soalnya 1998 dilihat kebanyakan orang Tiong hua ianya sebagai a Malay Affair semasa itu banyak yang dari UMNO  berkhemah di Rumah Jalan Tunku , Kawan Kawan UMNO termasuklah Zamberi Abd kadir , Zahid hamidi , Hamdan Tahar , Osman , dan banyak lagi sudah tentu Rahmang yang merupakan Jirannya

Saya masih teringat Tarikh 28 September 1998 , Pada masa itu saya masih ingat diantara 6 anak DSAI hanya Izaah yang faham bahawa bapanya adalah seorang Pejuang, Ehsan hanya mampu ketawa dan masih tidak memahami apata lagi yang lain

Iltizamnya pada masa itu ialah menegak kan hak, membela rakyat miskin ,mempertahankan maruah bangsa dan menigkat syiar Islam
Tentunya perjuang utama beliau ialah memperjuangkan keadilan , menegakkan kebenaran dan membela hak rakyat

Kenapa saya hadir  meyokong DSAI tanpa usul periksa terus menyokong apabila melihat air muka dan ucapan nya di Batu pahat yang meyedarkan saya pengasas Yayasan Anda ini telah difitnah , dianaiyai dan dizalimi




Adakah it is a " Malay Affair" saya kata tidak begitu kerana tugas pertama saya ialah memcetak risallah pertama yang perlu diedarkan di Masjid Kampong bahru sebelum ke kelantan . Amat nyata dan terkejutsaya semua kos cetakan telah dibiayai oleh rakan rakan kilang cetak  berbangsa Tiog Hua yang meyokong penuh perjuang Disini lah saya megenali Low Chee Chong

Baru lah saya sedar pada ketika itu semua Rakyat Malaysia meyokong beliau tetapi Mahathir berjaya memejarakan beliau dan mematah semangat  perjuang Reformasi , Tapi ketika itu maklumat dan penerangan amat terhad. Walaupun selepas itu era mahzalim muncul

Apabila beliau dipenjarakan Perjuang reformasi tidak berhenti Malik Husiien dan Hisahmuddin Rais memainkan peranan penting dalam meyususn gerakan reformasi dan kami juga sedar tidak ada penyesuiaan boleh di buat dengan Pentadbiran pada masa itu .Masa itu lah di rekrutnya Tian Chua , Tian Chua tak pernah patah balik , Pak Din dan lain lain

Kekejaman pada Anuar Ibrahim memecah lubang rahsia besar " kekejaman dan kezaliman UMNO pada Rakyat "

Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Audit Negara dan bertekad akan berjuang atas asas reformasi namun ayat istiqamah yang DSAI pesan amat perlu dalam perjuangan ini dan perlu dari dalam diri kita 
dan semangat kita dalam islah ini - Ini yang saya kurang faham dan saya bertekad untuk berjuang membebaskan Anak Melayu yang Ikhlas perjuangnya.

Pada Tahun 2004 beliau telah Bebas pada Tahun itu juga saya mengadakan Lawatan Beliau meyambut hari raya di Kajang  . Apabila beliau bebas semangat saya pun  luntur dan tidak lagi bergiat aktif apabila melihat Politukus politikus yang selama ini tidak kelihatan mula mengambil tempat sebab itu hingga ke hari ini saya masih lagi ragu sahabat perjuangan Hulu Langat baik yang Adun sekarang atau Ketua Cabang samada adakah semangat Islah didalam hati kecil mereka

Tetapi dengan prasangka baik kita terima mereka sekarang dan kepincangan mereka terpaksa di ketepikan dulu kerana agenda besarnya ialah perjuangan di Medan Pilihanraya . tetapi Isyallah selepas pilihanraya tidak kira awak parti apa pun jika melanggar prinsip perjuagan reformasi kebenaran dan keadilan dan tidak memperjuangkan hak rakyat dan cuba tamak dan haloba denagn kuasa politik yang ada pada anda ,saya beriltizam saki baki hidup ini saya akan  tentang habis habisan peyelewangan hak rakyat  Saya akan kembali pada perjuangan asal 1998 menegakkan Horiyah, Addalah dan kebenaran dengan kekuatan istiqamah