Sabtu, 31 Januari 2009

Kehilangan 2 Adun KeADIlan Perak Membimbangkan


Sabtu, 31 Januari 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Perak, Politik

Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. Demikian kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman.

Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Menurut Osman, bagaimana pun pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

“Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman dalam sebuah kenyataan akhbar.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas. Kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.

“Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik,” tambah Osman.

“Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan mujslihat Umno/BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu,” tambah beliau.


Kalau mereka ini boleh di beli persetankan

Perjuangan mesti kental Ada matalamat nya bukan mudah dan bukan untuk yang dayus hati

Lawan tetap lawan

Dari Tahun 1998 masih bertahan Tiada jawatan tiada menerima Imbuhan tidak mengharapkan penghormatan yang penting bangsa kita dibawah Kempipinan yang terunggul dan terbaik yang ada

bukan penyamun harta rakyat mebinasa DEB memutar belitkan melayu dgn konon dasar dan perjuangan temolok perut mereka

Siapa tokoh pemuda yang boleh dibanggakan menjadi Idola 50 tahun habuk pun tak ada

Industri berat hari ini dimalukan dengan Agusta Mahathir fiasco kewangan

Industri Perkhidmatan Mahathir Daim & Tajuddin Ali nasib baik MAS tak cukup e kalau tidak digadaikan nya

Industri Media UTUSAN U Malaysia N O nakkena jual beb

Kempimpinan melayu yang Bahru itu yang Rakyat perlu



Tiada ulasan: