Jumaat, 22 Oktober 2010

Berita Tergempar Impian Setia Saujana Impian - Kes tangkapan Khalwat

Sebuah Rumah di Jalan Impian Setia 11 Bernombor ____, telah diserbu oleh Pejabat Jais Kajang pada malam tadi 22 Oct 2010 jam 12.30 malam atas aduan Engku ____ bin  _____ dari Maran Pahang , berhubungan dengan Emak Saudara nya yang telah dikatakan bersekedudukan dengan seorang pengusaha dan Pengetua Sekolah Ugama di Taman Tersebut .

Van JAIS


Menurut anak saudaranya , Emak saudaranya baru sahaja berpisah dengan suaminya  dah masih dalam proses penceraiaan dan masih belum ada kepastian di dijatuhkan talak serta jika dijatuhkan talak sekalipun oleh suaminya yang berada di Indonesia sekarang masih belum tamat tempoh edah.Akibat tekanan perpisahan beliau telah memohon kerja di Sekolah Ugama ini dan kemudiannya  diumumkan sebagai isteri kedua Uztaz dalam satu Majlis dihadiri oleh kakitangan dan Isteri pertama Uztaz tersebut dan pengikut setianya.

Engku____yang juga merupakan anggota Polis berdekatan telah membuat intipan selama lebih kurang 2 minggu dan telah mengesahkan bahawa Uztaz ini telah menggunakkan sindikit perkahwinan yang tidak diiktirafkan oleh JAIS . Rumah bersebelah 2 pintu menempatkan Guru Uztazah dan kakitangan Bujang seramai 4 orang juga memberi maklumat berkenaan perkara ini setelah salah seorang dari mereka merupakan sahabat dari kampongnya mengenali emak saudaranya apabila uztaz tersebut membuat pengumuman di Sekolah nya tempoh hari akan perkahwinan baru Pengetua . Walaupun mereka perakui telah diugut oleh uztaz Pengetua ini namun oleh kerana tidak sanggup bersubahat mengambil jalan memaklumkan keluarganya di Maran Pahang .

    gambar ekhsan Engku

Juga dimaklumkan Isteri baru nya ini mempunyai 6 orang anak sekecil setahun 6 bulan ditinggalkan pada Ibu bapa nya di Maran

Sejauh mana pertuduhan ini benar mereka telah dibawa ke Balai Polis Kajang bagi siastan lanjut dan pendakwaan . Sewaktu kejadian saya berada dan berasa amat amat malu akan kejadian ini . Walaubagaimanpun siasatan masih dijalankan dan kepastian pertuduhan masih belum dapat disahkan oleh pihak yang berkuasa saya cuba menghubongi salah seorang pengikut setianya  Su__m____ bagi kepastian tapi gagal.

Apakah ini helah hanya individu tersebut atau satu Komplot bersama pengikutnya . 

3 ulasan:

ira_2179 berkata...

kenapa anda rasa ianye satu complot???sedangkan ia st kenyataan...

ira_2179 berkata...

dia masih isteri yg sah kepada seorg yg ternama di pahang...dan yg pasti dia masih sah isteri orang..

SHAIFUL ARIFFIN berkata...

Komplot maksud saya bersubahat yang pasti menurut kata salah seorang yang menyiasat kes ini pada malam itu pengikutnya yang merupakan penduduk sekitar yang mengikuti pengajaran kuliah subuhnya pun dalam perhatian JAIS yang amat kerap berada di sekolah itu dan mereka itu pun sahabat saya