Jumaat, 28 September 2012

APA KAH BAJET

BAJET  ini ialah kita menetukan cara mana nak dibelanjakan duit kita yang akan kita dapat disatu masa hadapan 


Apa yang penting atau teras utamanya  ialah menentukan apa yang kita kan dapat dulu contohnya Gaji yang kita akan dapat RM 5,000.00 sebulan sebelum kita berangan nak berbelanja  kita kena kira dulu apa yang mesti dibelanjakan dan tak dapat dikurangkan kemudian baru berangan nak belanja lebih dari yang sudah sudah jika ada lebih yang meyakinkan 

Kita boleh tentu kan samada RM 5,000.00 itu mencukupi dengan berpandukan berapa faktor adakah kita dapat meyimpan , adakah kita cukup selesa dengan perbelanjaan tahun tahun lalu , apakah perbelanjaan yang akan meningkat 

Kalau pendapatan RM 5,000.00 ini tak mencukupi kita kena rancang tambah pendapatan macam macam cara boleh kerja part time , biznis sambilan , masuk MLM , khawin dengan pasangan  gaji tinggi 

kalau tak boleh nak tambah pendapatan kena cari jalan kurang perbelanjan contoh nya jual Golf GTI pakai aje Myvi atau sewakan rumah bunglo lepas tu sewa rumah  flat atau berhenti merokok 

Ini asasnya supaya kita tidak berterusan menaggung hutang yang tentu akan bertambah jika kita akan belanja lebih dari apa yang kita dapat 

INI asasnya juga bagi negara bagi mengendali duitnya tetapi dalam mengkaji apa yang boleh negara dapat dan belanja apa yang pakar ekonomi panggil " economic cycle" perlu di teliti dan kaji bagi mendapat satu rangka trend bagi menetukan jumlah pendapatan kasar negera 

Kata pakar 

" All economy cycle  repeatedly (typically every

 five years) move through four stages of (1)

 expansion, (2) peak, (3) recession, and (4) recovery.

 Despite numerous attempts to explain causes of 

economic cycles, no theory is universally accepted or

 applicable.


Jadi amat penting dimanakah kedudukan kita asasnya 

Adakah ini terjawab dalam  1 jam pertama perbentangan bajet 

Adakah kita realistik dengan jumlah pendapatan bagi merangka perbelanjaan kita jika tidak ini tidak bertanggunjawab namanya 

Ingat kita dah 15 tahun berbelanja lebih dari apa yang kita dapat yang dinamakan defisit tetapi kita perlu juga faham apakah asas utama kewangan negara , Asas nya ada sikit berbeda apa yang dinamakan " Fiscal policy "  

Apa dia nya Fiscal policy atau dasar Fiskal 

tunggu esuk 




Tiada ulasan: