Isnin, 25 Ogos 2014

Serah semula Kuasa pada Rakyat

PAS hari ini tampil memberikan komitmen untuk tidak sesekali mengkhianati “tahaluf siyasi” atau kerjasama politik yang dibentuk bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Setiausaha Majlis Syura Ulama itu menegaskan ketika memberi ucapan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 
Ini Lebih kurang 9 bulan yang lalu jadi apa apa kerjasama tentu ada terma dan syaratnya , ada juga PERJANJIANNYA 
Apakah perjanjiannya ini mustahak bagi semua ahli parti memahaminya , saya sendiri tak tahu maka saya menyoal
 
1.  LANTIKAN MB atau KM 
Adakah Jawatan MB atau Ketua Menteri bergatung kepada Nisbah kerusi yang dimenangi dalam  sesebuah Negeri atau ada nya persefahaman Negeri ini Negeri PKR negeri ini Negeri PAS Negeri ini Negeri DAP 
Mengikut nisbah kemenangan memang tak masuk akal dan tak Strategik  Contoh nya jika di Kelantan maka kena bahagilah kerusi tu samarata kat mana pula DAP , Trengganu agihan kerusi bagaimana pula rasanya tak payahlah bagi PAS dulu menang memerintah boleh kalah winnable apa  nak sustain pun tak boleh inikan Capture
Yang mana yang PAS calonkan
 
2. KETETAPAN PARTI BERTANDING
Adakah sudah ada persetujuan Kerusi ini PAS punya , yang ini PKR punya dan ini DAP punya PSRM sorry lah sokong punya sokong tapi tak diterima . Jika sudah adakah ini kuasa Mutlak parti atau mesti diendorse oleh Majils Pakatan Rakyat yang watikahnya tak akan diterima SPR . JIka mutlak maka isu winnable candidate yang subjek nya subjektif tidak sepatutnya timbul langsung

3. WINNABLE CANDIDATE 
   
Yang ini kut winnable candidate
Ini satu Isu boleh jadi Lawak jenaka , boleh jadi alat menipu boleh jadi alat wang masuk masa lobby . Ini subjektif kriteria yang digunakan walah wa alam ada yang kata syok sendiri , apa pun ini semua nya subjektif hakikatnya Cuba kira sudah berapa PRK selepas PRU berapa winnable candidate Pakatan yang menang . Winnable pula asas siapa dan kriteria mana ada SOP nya ke




Jadi dalam isu Calon Pengkalan Kubur siapa pula nak Kalah kalau bertanding , Kalau  tak terikat pula amalan dahulu , amalan apa pula yang digunapakai, Persetejuan baru ni apa belum habis lagi Penggal PRU 13,  kalau ada pesetujuan baru baik cakap aje perjanjian lama dah habis tempoh. Masuk akallah sikit Negeri dah perintah bagi lah sekutu tambah kerusinya satu di dewan barulah boleh dihormati dan disegani . Tapi kalau dah Tamak tak upayalah  

Isu MB apa punya gila bayangkan lah antara lima adik beradik Keluarga aku ,dipersetujui tahun ini seorang dari  ahli keluarga aku dianugerahkan  tambang percuma ke haji melalui Tabung Wasiat bapa aku untuk anak cucunya . dipersetujui kami bergilir tiap tiap tahun, Selama ini aku setuju aje pemilihan ahli keluarga mereka bila tiba keluarga aku aku tak boleh hantar anak sulung aku . Ini bukan keputusan aku walaupun Kuota Keluarga ku .  Anak No 2 aku dah bagi tahu dia tak mahu bapa dah cakap hantar Along yang Sulung . He he Tak setuju juga hantar kat Tabung Haji Nama lain Tak gila ke Tapi tak kan nak buang Adik beradik pasal Haji punya hal
 
kalau saya dahulu diUniversiti biasanya gelar orang orang macam ini Putar Alam Shah lembut sikit Masa sekolah semua cakapnya dah tak boleh dipakai kita panggil aje LIDAH BIAWAK  . Tapi kalau dah separuh Abab umur ini nak gelar apa tak tahu lah

Tiada ulasan: