Kita mempunyai bukan hanya kesempatan tetapi mempunyai peluang bagi menetukan negara Malaysia muncul sebagai negara yang dihormati . dicontohi dan disegani dirantau ini
Malik masa muda rambut belum panjang Khir kat belakang sama sama masuk lokap |
Mungkin yang muda dan sejarah yang gagal dikentengahkan oleh kerajaan UMNO menjelaskan status negera Malaysia 40 tahun sudah yang pernah mendudukan pasukan Bolasepak Korea selatan yang mendapat trade surplus dengan korea selatan satu ketika dulu . Fakta ini memang akan tenggelam kerna semenjak 10 tahun ini Malaysia yang ditadbir oleh UMNO gagal memperkasakan negara
Dengan Tian Chua 1999 |
Rakyat harus sedar bukan kita tunggu 50 puloh Tahun tetapi telah memberi peluang terakhir dengan mandat 2/3 pada 2004 kepada Kerajaan UMNO dengan harapan baru, tetapi jelas kita telah ditipu. Syukur perubahan berlaku kepada 2008 mungkin secara pendekatan separa dan berperingkat oleh kehendak Allah subhana taalla bagi menetukan peralihan yang aman dan boleh dilaksanakan sepenuhnya pada 2013 PRU 13 dan menyediakan kita kearah perubahan menyeluruh .
Ini lah mulanya |
Allhamdullilah kini kita Rakyat memperolehi Pemimpin melayu Ulung dan Julung kali di penuhi dengan Ilmiah dan kematapan Agama yang tidak pernah kita perolehi sebelum ini mahu merobah dan reform Malaysia dari dahulu lagi tetapi telah dipenjarakan oleh kumpulannya dan terpaksa memperjuangkan hasrat murninya semenjak Mahasiswa lagi dengan platform Pakatan Rakyat semnjak 6 tahun dalam Penjara .
Kita rakyat Malaysia perlu sedar dan iltizam merobah masa depan kita dengan pilihan kerajaan Baru yang tegas membenteras rasuah , memberi peluang kepada sumber pimpinan muda mengambil tempat yang sesuai dengan penuh tenaga dan innovatif yang akan dirasai pulangan baliknya kepada rakyat .
Kita Rakyat sudah muak dan jelik dengan lanskap politik malaysia yang bergelumang dengan penyalah gunaan kuasa , ketamakan merompak hasil negara , memperkayakan kerabatnya dan yang paling sedih menidakkan peluang Rakyat biasa yang bijaksana , berusaha yang cuba sedaya upaya menaiktarafkan dirinya tetapi disekat oleh amalan kronisma dan nepotisma golongan yang diamanahkan kuasa
22 tahun kita dibawa fahaman keuntungan material berganda dan Negara di perniagakannya . Apa yang tak diswastakan nya sehingga selepas 10 tahun bersara diserahkan kuasa pada kuda kuda tonggangannya . Sehinggakan denda kepada rakyat pun nak diperniagakannya . Rupanya jelas 1999 dengan tipu pilihanraya tetap merosot kuasanya dia bersara untuk menipu rakyat dengan harapan baru pada 2004 kononnya perubahan akan dirasa .tetapi kita hampa
Reformasi politik , sosial dan ekonomi bukan hanya meyeluruh tetapi inklusif dan berketepatan jelas dirasai diamalkan oleh Pakatan Rakyat dengan kuasa yang terbatas terhadap keseluruhan aktiviti pelajaran , kesihatan dan keselamatan
Kita melihat cadangan cadangan Pakatan Rakyat dari dasar mereka dan Buku Belajawan Alternatif ( Buku Jingga ) bukan disanggah malah diciplak oleh barisan Nasional. Perubahan positif ini jelas kepada rakyat amnya dan dapat dirasai kesannya
Rakyat harus sedar apa yang salah dari hukom moral atau amalannya tetap menjadi salah dan sama sekali tidak boleh di katakan betul dalam tindakan politiknya . Merosak hartabenda mebaling batu kepada keenderaan lawan menganggu majlis pihak lawan tetap menjadi amalan salah dan tidak boleh kita benarkan UMNO menghalalkannya . Mencuri hak subsidi lembu rakyat , menggunakan wang kerajaan bagi pembelian harga yang tidak diterima akal amalan yang amat salah dan perlu dihukom kesalahan nya dan menjadi teladan bagi masa hadapan . Jelas ini tak maapu dilaksanakan maka kita terpaksa menukar yang ada kuasa melaksanakan pengajaran .
Jelas 4 tahun bertakhta kita lihat hasil mahsul negara dibelanjakan ,disalahgunakan di bolot dan diperdayakan . Hutang negara berganda , rakyat membayar kemudahan asas berlipat ganda ,mengeluh kenaikan harga tak lagi terdaya, harga barang naik sesuka mereka , melayu makin bertambah papa kedana cukuplah setakat ini kita mederita
Ingat Rakyat Malaysia kalau kita tak ubah kepimpinan negara nescaya kita akan ditipu lagi dengan kononnya Transformasi 1 Malaysia
Ingat dan Ingat Rakyat , Dijanjikan Serawak menukar ketua kononnya kali terakhirnya tetapi jelas satu negeri telah diperdaya .
Ingat dan Ingat Rakyat Ganti yang baru kononnya yang lama tidur asyik dengar cakap menantunya tetapi rupanya dua kali lima .
Tak ada menantu isteri pulak lebih berkuasa . Jelas Pasukan bola tak bertukar juga hanya kaptennya aje . Cukuplah kita diperdaya kita perlukan pasukan baru yang dapat menjulang Piala
Sudah 15 tahun saya bersuara mulai dari Blog Mahazalim sehingga adanya facebook pula
Berkhidmat dengan kerajaan dinasihat keluar letak jawatan begitu sahaja tanpa sempat ambil peluang awal bersara
Habis wang ringgit kerana percaya memperjuangkan kebaikan bagi Bangsa dan Negara
Dari BMW kunning ,Isuzu Tropper dan semua nya tiada siapa yang taja
15 tahun tak pernah dirasa baik wang parti atau imbuhan dari mana mana .mahupun gajaran apa tetapi syukurlah Bill air dapt subsidi juga . Hanya masih ada ditangan baki duit boss Balance RM 350.00 Sahaja belum diguna itu lah satu satu nya ketua yang tak mahu barang percuma dari anak buah nya
Nak kejar jadi calun sedar bukan itu cita cita lagi pun kelayakan tak ada ,kalau mengaku amanah semua orang boleh kata dia pun sama Nak membantu parti secara berkesan pun tiada ruang terbuka hanya dapat mengharapkan menaikkan semangat Rakyat Jelata dan saya tak akan putus asa selagi perubahan tidak nyata untuk masa depan Bangsa
come to think of it almost 80 % of them are my friends since 1998 |
Pesanan saya tak perlu kita mengharapkan gajaran apa apa ataupun turun harga kereta kita tukar untuk kebaikan bersama seluruh rakyat Malaysia
Bagi yang Melayu kita mesti tentukan masjid kita itu Imam yang betul dan layak walaupun kita sedar kita jarang berjemaah atau pun tak berjemaah tetapi kita pastikan yang benar benar layak menjaga hak orang ramai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan