Jumaat, 9 Julai 2010

BIDANG BIDANG KONTRAK SOSIAL -IMPLIKASI NYA

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh di kaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekali pun

Implikasinya sebagai Rakyat maka kaum yang baru mendatang dibawah naugan British yang dieksplotasikan oleh British diletakkan dinegeri negeri selat sebagai rakyat Kerajaan Selat apabila British ingin pulang tidak diberikan peruntukan Rakyat ditanahair mereka tetapi memaksa Kaum tanah air Melayu menerima mereka sebagai rakyat dengan salah satu syarat kemerdekaan.
Maka :


1. Mereka ini berhak menikmati segala kemudahan-kemudahan yang ada dan diizinkan oleh negara, termasuk hak berpolitik dan menyertai pemerintahan, menceburi perniagaan dan lapangan ekonomi dengan seluas-luasnya, mencapai kemajuan dalam pendidikan dan lain-lain. Malah melalui demokrasi mereka boleh mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada orang Melayu dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan.

2. Hak kerakyatan dengan syarat-syarat yang liberal adalah hadiah yang paling besar diperolehi oleh kaum pendatang ini walaupun tempoh penghijrahan mereka yang sangat baru.

3. Ia merupakan kejayaan perjuangan pemimpin-pemimpin mereka dalam berunding bagi mendapatkan hak ini diterima.

4. Kepada orang-orang Melayu ia merupakan suatu pengorbanan yang Tiada tolok banding dalam menerima kerakyatan bukan Melayu kerana ia sekaligus menyamakan status penduduk asal dengan pendatang-pendatang.

Tiada ulasan: