Adakah Tuduhan ini benar , jawapannya benar
Bukan sahaja belaiu memiki 3 billion malahan berbillion tak ternilai hartanya , petik sahaja jari nya bak kata pepatah berbillion beliau boleh perolehi itulah kehebatannya Anak melayu dari Cheruk Tok Kun ini . Harta yang paling bernilai beliau miliki ialah hati rakyat , harapan rakyat ia akan membawa perubahan
Semasa beliau menjadi pengerusi ABIM tak boleh dikira wang yang telah disumbang kepada ABIM sehingga sesuatu terpaksa dilakukan oleh Mahathir menghalang sumbangan yang meli,mpah limpah ini .
Kalau mengikut Tafsiran kaya Saidina Ali " Cukup dengan apa yang dia ada " maka jatuh lah miskin DSAI kerana dia masih belum dapat memberi hak rakyat kepada hak hakikatnya
Sejauh mana saya kenal DSAI Saya melihat dia di Yayasan Anda lagi ilmiah , kesempurnaan jati diri semuanya menjadi contoh dan pedoman ramai sahabat nya
ABIM mercu sebagai satu badan yang tiada tolak badingnya berteras perkhidmatan kepada Rakyat
Tadika dan Taska ABIM pada satu masa dulu satu perubahan dalam sistem pendidikan melayu menanam asas keagaman dalam anak Melayu . Disebalik kanak kanak diajar lagu Humpty Dumpty ABIM tealah mengorak langkah membekal asas ISLAM menjadikan anak anak kita bersedia mengahadapi pendidikan sekular
Mungkin saya antara yang bernasib baik dapat mengenali beliau dengan lebih dekat . ini saya bukan reka untuk dapat menjadi Calon atau mendapat Jawatan . Ini satu kebenaran yang patut diketahui umum . Saya berpendapat tidak perlu kita kipas orang seperti ini kerana terlalu banyak yang kipas dia dan saya rasa dia muak dengan kipas , bodek dan angkat yang dia terima . Ini kisah benar dengan nama allah dan saya harap dapat dinilai sendiri oleh pembaca
Ada beberapa kali saya berkesempatan menaiki kereta dengannya ,
Tetapi saya ingin menyingkap kemabali kali pertama saya menaiki kereta dengannya menemani ia berkempen pada ketika itu Pak Su tak sihat . Saya bukan lah kenalan rapat atau kawan lama beliau cuma saya sentiasa membantu semenjak 1998 lagi dalam proses tersebut saya mengenali semua adik beradik termasuk Arwah Abang Sulong beliau Rani. Abang Rosli pula kebetulan di IMR dan saya di KKM dan adalah sahabat sahabat yang sama , Marzuki kalau berambut sebiji macam DSAI , Pak Ibrahim rajin juga saya lawati sewaktu beliau tinggal di kampong Tengku PJ. Jiran beliau Rahmang pula menjadi rakan Arkab selepas itu .
Saya duduk disebelahnya didalam Mercedec S Class perbualan agak terbatas kerana banyak panggilan talipon dan sms beliau terima
Tiba tiba beliau mencari sesautu didalam kereta dan katanya " saya rasa ada satu lagi " , Saya masih kebingungan akan apa yang dimaksudnya , tiba tiba dia pun berkata " Ah ini belum buka lagi untuk you " sebotol Air mineral . kemudian dia pun mengambil Botol air mineral yang sudah diminumnya sedikit dan meneguk air tersebut.
Terdetik hati saya beginikah beliau menghormati Tetamu nya yang kerdil ini dengan menawarkan air sebotol sebelum dia meneguk air , Apakah begitu tinggi nilai budi pekerti dan kesopanan beliau .
Kami pun menilai tempat ceramah yang dituju samada perlu lama atau panjang masanya tetapi itu semua cerita politik tak payah saya eloborate.
Ketika keluar dari Felda beliau membaca SMS dia perlu menalipon sahabat nya namun gagal " Hai disini tak ada line " saya melihat Talipon saya dan dapati line ada 3 bar , saya terus bertanya nak call ke Dato terus dia menjawab " Boleh kah saya guna " dengan ayat itu saya sungguh terpengun akan kesopanan dan ketertiban beliau dan bagaimanakah saya menyatakan pada diri saya saya amat perlu bersahabat dengan seseorang Insan seperti ini dan sungguh berbangga melihat Pemimpin Melayu unggul ini
Saya pernah juga bersahabat dengan Dato Musa Hitam yang hadir pada hari persandingan saya tahun 80 an , saya pun pernah belanja TS Mahyuddin Yassin makan dan berkata biar lah saya bayar boleh cerita orang Muwar saya belanja menteri " ketawa dia melihat telatah saya ketika beliau mula mula bertugas di KBS , Saya pernah juga berkawan dengan Zahid Hamidi bila gila motor besar dulu , Kecil kecil dulu main kodang kody dengan Zambry selepas mengaji Quraan dengan Tok Nu , Ada juga jumpa dia setelah jadi menteri besak , Tetapi antara mereka semua paling saya respect sebagai sahabat ialah ketua Umum pada parti yang saya telah menjadi Ahli
selamat tinggal UMNO selama lamanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan