NAMPAKNYA
WARGA HULU LANGAT ???????????????????????????????????
“ Demi
Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada
orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
PILIH PEMIMPIN YANG DIREDAI ALLAH DAN RASULNYA
Siapa
yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun
sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggung jawab yang sangat
berat kerana kewajipan kepadanya untuk memilih yang paling diredai oleh
Allah dan Rasulnya. Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya
ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga
ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa. Kita
hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya serta
lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh itu kita wajib memilih
pemimpin yang lebih diredai oleh Allah dan
Ada yang
memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia
boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa
paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat
yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. SEMUA ITU
ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.
PILIHLA PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT
Banyak
pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan
keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang
akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita
semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki
dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa
projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari
tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan
pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:
“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”
Ayat 17 surah al-A’la
TETAPI SAYA RASA PIHAK PIMPINAN LEBIH AFDAL DAN ARIFF
“
Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah
satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut ,
sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang
beriman.”
Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.
1 ulasan:
Seriusly,sungguh mengejutkan cikgu lee tidak dicalonkan semula.saya tak pasti apa sebabnya tapi apa yg saya lihat dan dengar dia amat disenangi oleh ramai penduduk kajang.harap tiada yg irihati dgn dia.cikgu adalah antara YB yg terajin saya pernah tengok.dia sendiri ke tarik diri? Jika ya then tak boleh buat apa2.jika ditukar kerana irihat,hanya allah yg membalas pada org2 itu.
Catat Ulasan