Lama dah Masyarakat Islam tolak pemikiran Syaitan ini , Tetapi Mahathir mepelopori kefahaman ini kerana dia mahu Kassim Ahmad meyerang Anwar Ibrahim
Kassim Ahmad adalah Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang semasa Anwar Ibrahim Pengerusi UMNO Pulau pinang beliau telah serta merta memecat Kassim Ahmad oleh kerana pemikirannya ini
yang dilaporkan oleh Mufti pulau Pinang Sheikh Azmi
Hari ini Demdam kesumat kassim Ahmad masih tidak terhenti , meyerang Anwar Ibrahim dengan Bantuan Mahathir semata mata kerana Politik di Kajang . Kini bagi meyerang Anwar Mahathir sanggup menaja Gerakan Kassim Ahmad yang nak sesatkan Umat islam
SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”
1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
2.Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:
i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.
ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.
iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi
iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an
v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu
vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith
vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad
3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:
i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.
ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.
iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.
iv. Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.
v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an
vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.
4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.
5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.
6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.
7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.
8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.
Sekian terima kasih
Saya Yang Menurut Perintah
Dato Haji Othman Mustapha
19 Februari 2014
Ahad, 23 Februari 2014
Jumaat, 21 Februari 2014
PRK N25 kajang Rumusan dan Rujukan
2004
Pengundi inginkan sesuatu yang baru dan bersih di bawah kepemimpinan baru negara yang diteraju oleh Pak Lah. Dengan imej bersih, cucu kepada
ulamak tersohor negara
suatu ketika dahulu (Tuan Guru
Abdullah Fahim), tegas serta dilihat mesra
rakyat dengan slogan „bekerja bukan kerana saya‟ maka
rakyat tanpa ragu-ragu telah memberi kepercayaan penuh kepada BN untuk terus memerintah negara ini
2008,
fenomena nasional iaitu „tsunami politik‟ yang
bermula dengan perhimpunan aman tuntutan
demokrasi dalam pilihan raya
oleh parti-parti pembangkang yang
dikenali sebagai BERSIH pada 10 November 2007 di Kuala Lumpur. Perhimpunan BERSIH tersebut disertai oleh pelbagai kaum dengan latar belakang yang
berbeza
yang telah
meledakkan
momentum
kesedaran
terutamanya
tentang kepincangan perjalanan pilihan raya
di negara ini. Kemudian berlaku pula himpunan HINDRAF
pada 25 November 2007 oleh seluruh masyarakat India dengan slogan „makkal sakhti‟ atau „kuasa rakyat‟ yang menuntut
perubahan sosioekonomi terhadap mereka serta protes terhadap Kerajaan yang merobohkan kuil-
kuil Hindu di Selangor (Riduan Mohamad Nor 2008).
Keadaan sedemikian dipadukan lagi
dengan kelemahan Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia dalam membuat
keputusan
yang
melibatkan
kepentingan negara serta tidak tegas
terhadap
situasi
„politiking‟ negara pada waktu itu. Ketiga-tiga keadaan sedemikian menyebabkan BN gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi Dewan Rakyat dan tewas di negeri Selangor, Perak, Pulau
Pinang, Kedah dan Kelantan dalam
PRU 2008.
Hal ini dipengaruhi
oleh faktor isu semasa dan sentimen pengundi yang boleh berubah secara
besar-besaran tanpa boleh dihalang lagi
oleh
politik pembangunan dan faktor 3M
(Money, Media & Machinery).
2013
Faktor “ Ubah” Ini kali lah dan kecermerlangan
pentadibiran Selangor dikatakan membawa kemenengan di Kajang sebaayak mana pun
beas dan BN bertanding dan Jumlah wang yang ditaburkan bagi mengerak machinery
,gagal meyekat kemaraan Pakatan Rakyat
kecuali dengan Penipuan
DUN Kajang menyaksi walaupun PKR tidak memerlukan
Calon Kaliber dan wibawa mahupun ramai
masyarakat cina mendengar khabar angin Calon PKR seorang peguam yang
?????? dan mengenepikan Che gu Lee yang
Kononnya disukai ramai tidak dapat digugut tambahan lagi dengan Calon MCA yang mempunyai rekod umumnya semua rakyat Kajang tahu dan megeleng
kepala tetap dengan keputusan mereka
oleh kerana Faktor MONEY .
Adun Kajang dan Kumpulan Cabang Parti Keadilan Hulu
Langat yang bergolak dan tunggang langgang memungkin kalau istallah orang
Melayu dahulu “ keeling Botol” pun boleh menang . Ini telah membuat Majlis
pimpinan PKR Negeri Selangor membuat keputusan meletakkan Calon terjun pilihan
mereka tanpa sedikit pun memperdulikan setimen ahli PKR Hulu Langat
Dengan rumusan ini kita bolehlah mengandaikan Bahawa 90%
pengundi kajang tidak tahu pun dimana Pejabat PKR mahupun mengetahui kepimpinan
PKR setempat kecuali ADUN terdahulunya
JIKA ADA YANG MAHU
MENGETAHUI LEBI LANJUT SYA SERTAKAN BAHAN RUJUKAN UNTUK PIHAK TUAN MEMAHAMI
KESAN PESEMPEDANAN SEMULA
RUJUKAN
Amer Saifude Ghazali.
2009.
Geografi
pilihan
raya
Malaysia.
Kuala
Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Brown, G. K. 2005. Playing the (non) ethnic card: The electoral system and the ethnic voting
patterns in Malaysia. Ethnopolitics. 4(4): 429-445.
Glassner,
M. I.
1993. Political geography.
Connecticut, USA:
John
Wiley & Sons, Inc.
Grofman B.
1990. Political gerrymandering
and the courts. New York: Agathon Press. http://www.gerrymandering.senategop.net/historygerry.html
Ismail Kassim. 1979. Race, politics and moderation: A study of the Malaysian electoral. Kuala
Lumpur: Times Books.
Johnston, R.J. 1972. Spatial Elements in Voting Patterns at the 1968 Christchurch City Council
Election, Political Science. 24(1): 49‐61.
Lembaran Peta Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Selangor 1994. Kuala Lumpur:
Suruhanjaya Pilihan
Raya Malaysia.
Lembaran Peta Persempadanan Bahagian Pilihan Raya
Negeri Selangor 2003. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Lim Hong Hai.
2003. The Delineation
of Peninsular Electoral
Constituencies: Amplifying
Malay and UMNO Power dlm Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu.
2003. New politics
in Malaysia. Singapore:
Institute of
Southeast ASIAN Studies.
Mohd
Sayuti Omar. 2004. Pilihan raya 2004 satu tragedi. Kuala Lumpur: Penerbitan Tinta
Merah.
Ong
Kian Ming.
2005. Electoral Delimitation: A Case Study Of Kedah. Dlm. Mavis
Puthucheary
& Norani Othman. Election and Demaocracy in Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan
Malaysia.
Perlembagaan
Persekutuan.
1997. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
R.S
Milne dan Diane K.Mauzy. 1982.
Politik dan kerajaan
di Malaysia. Petaling
Jaya: Leeds
Publications.
Riduan Mohamad Nor. 2008. Analisis
pilihan raya umum ke-12: Makkal sakhti 2008. Kuala
Lumpur: Jundi Resources.
Rosmadi Fauzi, Aziz Shafie, Amer Saifude Ghazali, Zulkarnain Abdul Rahman &
Mohammad Redzuan Othman. 2011. Elemen Ruangan dalam Politik Malaysia Menjelang Pilihan Raya Umum 13. Seminar Politik Malaysia. 12 Januari
2011, UiTM Shah Alam.
Salleh Buang. 1997 (edt) Tun Mohd Salleh Abas. Prinsip perlembagaan dan pemerintahan di
Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sothi Rachagan. 1993. Law and the electoral process in Malaysia. Kuala Lumpur:
Universiti
Malay Press.
Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia.
1994. Laporan Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia
mengenai Ulangkaji
dan Persempadanan
Semula Bahagian-bahagian Pilihan
raya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-negeri
Tanah Melayu Jilid 1-syor 1994. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1995. Laporan Statistik Kaum, Daftar Pemilih Pilihan Raya
Umum Ke 10. 1995. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 2003 Laporan Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia
mengenai Ulangkaji
dan Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihanraya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-negeri
Tanah Melayu Jilid 1-syor 2003. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 2004. Laporan Statistik Kaum, Daftar Pemilih Pilihan Raya
Umum Ke11. 2004. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan
Raya Malaysia.
Toh Kin Won. 2003.
Machang Bubuk: Change Ini Voting Patterns, 1995-1999 dlm Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu.
2003.
New politics in Malaysia. Singapore: Institute
of Southeast ASIAN Studies.
Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 2010.
Evolusi Parlimen dan evolusi
speaker Parlimen Malaysia.
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kajian oleh :
1)Junaidi Awang
Besar,
2)Mohd
Fuad
Mat
Jali,
Pusat Pengajian Sosial,
Pembangunan dan
Persekitaran
Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3)Rosmadi
Fauzi,
4)Amer Saifude Ghazali,
Jabatan Geografi
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
(FSSS)
Universiti Malaya (UM)
Langgan:
Catatan (Atom)