Memaparkan catatan dengan label Merdeka Anak Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka Anak Perak. Papar semua catatan

Khamis, 17 Jun 2010

Realiti yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia




Berbahas tuntutan kebebasan beragama, sudah tentu melibatkan peruntukan-peruntuk an yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia. Sebagai sebuah negara yang memiliki rakyat yang berbilang etnik dan kepercayaan; perpaduan, integrasi dan amalan toleransi merupakan perkara yang begitu penting untuk dihayati oleh setiap warganya. Justeru, unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan (yang terdiri daripada isu bahasa, agama, kedudukan istimewa bumiputera dan kewarganegaraan) merupakan perkara-perkara yang amat dititikberatkan oleh Perlembagaan Malaysia dalam usaha mewujudkan hubungan etnik yang utuh di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi persekutuan diimbangi dengan peruntukkan kebebasan bagi setiap rakyat untuk menganut dan mengamalkan apa-apa agama dalam suasana aman dan harmoni. Hal yang sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu diimbangi oleh peruntukkan bahawa kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.

Realiti yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia mengenai tuntutan hak kebebasan beragama merupakan bukan sahaja semata-mata isu akidah umat Islam, bahkan menggugat integriti yang cuba diwujudkan oleh kerajaan sendiri. Selaku seorang rakyat Malaysia yang menghormati perlembagaan Malaysia, setiap pihak perlu sedar bahawa segala peruntukkan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebenarnya sudah memberi hak dan kebebasan kepada semua etnik dan kepercayaan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 dalam perlembagaan Malaysia. Jadi, apa lagi yang perlu dituntut, sedangkan hak yang ingin dituntut sebenarnya sudah terbela dan terjaga?

Sebenarnya, dalam berbicara mengenai Perlembagaan Malaysia sebenarnya saya tertarik untuk mengajak semua pihak menghayati konsep kontrak sosial yang pernah wujud dan sedang wujud di Malaysia kini. Menyoroti semula sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia, kita akan akur pada fakta mengenai prinsip jus soli yang cuba diperkenalkan oleh British melalui peruntukkan dalam Malayan Union, yang pernah ditentang oleh rakyat dan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu. Akhirnya, peruntukkan mengenai keterbukaan dalam kewarganegaraan melalui prinsip jus soli telah terzahir dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, di mana syarat kewarganegaraan dibuka kepada pemohon asing yang bermastautin selama 15 tahun di Tanah Melayu dan mempunyai umur minimum 18 tahun, serta mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.


Jus soli merupakan sejarah kontrak sosial terawal di Malaysia, di mana satu kompromi telah terhasil. Orang Melayu menerima kehadiran penduduk asing di tanah tumpah darah mereka dan dalam pada masa itu, penduduk asing perlu memahami, belajar dan menghormati kebudayaan orang Melayu. Dan pada penelitian saya, soal agama tidak langsung menjadi satu unsur untuk dipertahankan kerana masyarakat pada masa itu, amat memahami akan kedudukan agama Islam dan keserasiannya dengan orang Melayu, dan warga asing tidak pernah pula dinafikan hak untuk mengamalkan agama masing-masing walaupun diminta untuk memahami dan belajar budaya Melayu. Di sini boleh saya katakan telah tejadi satu kontrak sosial yang adil dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak walaupun bangsa Melayu dan peribumi terpaksa berkongsi tanah, hak dan kuasa dengan orang lain.

Kronologi penting dalam sejarah tanah air ini perlu diketahui, diingati dan difahami oleh setiap rakyat Malaysia agar tidak wujud rasa tidak puas hati dan rasa terzalim oleh Perlembagaan Malaysia. Kontrak sosial di Malaysia dan unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia telah terwujud sekian lama dan ini perlu dikekalkan demi menjaga kestabilan negara. Walaupun ini bukanlah masa yang tepat untuk menyelongkar kembali lipatan sejarah lama, namun bagi saya setiap rakyat bertanggungjawab menjaga kontrak sosial ini demi menjaga integriti seta menjaga hak dan kebebasan masing-masing. Adalah tidak wajar soal agama menjadi punca keranapan perpaduan di Malaysia, kerana sepatutnya agama menjadi punca perpaduan, lantaran tidak pernah ada paksaan untuk mana-mana rakyat untuk menganut agama lain. Konsep tidak ada paksaan dalam beragama merupakan satu konsep mudah dalam menjaga kepentingan beragama dan menjaga perpaduan serta keutuhan setiap kaum di Malaysia.

Ahad, 1 November 2009

Jabatan Gantung kuala Dipang siri 3

SPRM Perak siasat

IPOH 27 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak hari ini membuka kertas siasatan berhubung kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat Kampar, malam tadi.


‘‘Kita biarkan mereka periksa. Kita tengoklah kalau ada (unsur penyelewengan) kita akan ambil tindakan. Kalau ada berlaku kita akan siasat,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian penutupan seminar pencegahan rasuah membabitkan pendatang asing di sini, hari ini
.

Dapat lah fakta sikit baru komen. apa u tak online dgn budak u kat perak ke

Cakap lah " kami dapati pembinaan ini bukan dibiayai oleh kerajaan negeri mahu pun perseketuan . Dokumentasi dan tatcara pengurusan pembinaan mungkin tidak mematuhi piawaaian yang diterrima pakai , gred konkrete yang ditetapkan dan spesifikaci ketebalan kabel dan tiang besi " ada le pro sikit


Pasukan khas siasat punca jambatan runtuh ditubuh

KAMPAR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kejadian jambatan gantung yang digunakan di pusat kokurikulum daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini runtuh malam tadi


statement statement berapi tapi Laporan po cik tetapi ni anak kiai Yassin smart apa pun - on the field

Projek persendirian masih belum diwajibkan rujuk ke JKR

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kerajaan masih belum mewajibkan supaya semua projek persendirian hasil sumbangan orang ramai supaya dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, bagaimanapun, kerajaan tetap mengambil perhatian terhadap projek sedemikian terutama apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampar, Perak kelmarin.

Jambatan gantung itu dibina melalui satu projek persendirian hasil sumbangan orang ramai bagi digunakan oleh penduduk di situ.


Shaziman berkata, keselamatan pengguna perlu diutamakan tanpa mengira apa juga bentuk projek tersebut.


Apa ini menteri cakap tak da klas
Ini statement general, hukom feqah lah profesional lah sikit

There is such thing as building by laws , standard and guidelines dari PIAM
apa u punya CIDB bos tak brief u ke KP JKR tak boleh bagi statement bermutu sikit

ulas lah cantik sikit " kata lah JKR tiada bahagian yang boleh keluarkan Certificate of Completion and Compliance bagi Jambatan bagi tahu lah rakyat Undang Undang Kecil bangunan Seragam 1984 Pindaan 2007 Akta 133 dan Akta 333 Akta pengangkutan jalan mungkin tak cover kes ni ,


Tapi asas nya tidak semesti orang yang menderma boleh membuat sesukahatinya dan dalam kes ini Jabatan Hutan yang pau towkey balak ( Kontrektor klass apa itu bodoh punya kerja - Building work goes on speciality not class on monentry term )ikhlas ke tidak waallah hu alam

Tapi yang Aneh : Jika awak tenguk jambatan itu tak masuk akal ia boleh runtuh

Ada pula komen tak tanam cerucuk tak piling
Dah tenguk site ke JCB boleh masuk ka

ah yo yo cakap banyak pandai . najib suruh kerja baik baik ini macam lu orang kerja ka

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

Laporan siasatan jambatan gantung runtuh siap dua minggu
31/10/2009 3:49pm


kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata, hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tindakan selanjutnya.

Ha...Ha...Ha.... Buat Lawak lagi
Nak Tipu Warga Malaysia lagi ke

Lagi Masallah Amalan pengurusan ,perkara seperti ini melibatkan anak rakyat malaysia Laporan dan siasatan bukan dibuat oleh pihak yang terlibat mana sifat dan ciri berkecuali nya anak kiai Yassin Tak kan awak tak tahu awak ada Audit dalam , Bahagian nazir sekolah gunakan lah tools pengurusan yang betul

Saya duduk di Kajang pun boleh tahu apa terjadi dengan spy spy saya di Perak

Mari kita huraikan Laporan Utusan Merapu on line

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang
27/10/2009 12:41am

Oleh SITI MARIAM MD. ZIN

IPOH 26 Okt. - Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan runtuh berhampiran sekolah Kuala Dipang, Tapah dekat sini malam ini.

Berita mengenai kejadian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini.


Zambry macam mana budak kau buat kerja ni

Ini laporan kelam kabut dan Pengurusan lemah Bila Krisis tak tahu nak control 300 ratus pelajar yang ada , Pelajar ada handphone , call emak bapa , terus ambil anak mereka bawa balik kira-kira punya kira kepala 22 hilang tak tahu 19 dah balik rumah

??????? ini terjadi pada semua kem kem yang diselenggarakan oleh pendidikan

1.Tak sediakan no Hotline

2.Tak jelas line of authority dengan betul siapa nak dimaklumkan siapa nak di hubongi
ini biasa chegu berlagak pandai nak jadi Pegawai KBS BTN Ini amalan biasa che gu che gu tak perlu dilatih oleh pakar pakar reakreasi dari KBS , BTN atau pun khidmat ashkar atau polis ataupun minta kerjasama dari pakar pakar ini saya percaya surat makluman atau minta pandangan dari Pejabat Polis Dearah pun tak buat. Ada kes curi, rogol ke di perkhemah tersebut sebelum ini

3. Yang che gu che gu ini pandai isi borang idemnity nak cover dia orang walaupun dia punya kecuaaian dia orang boleh escape

Tahu kah : Program ini dijalankan oleh Jabatan pelajaran negeri . PPD yang lebih ariff tentang Dearah mereka telah tarik diri sebab kem perkhemahan itu bermasaalah dan sebelum ini ada 3 kes dari SK batu gajah , kampar dan lagi satu takada rekodnya berturut turut histeria dan nyaris nyaris lemas . tetapi JPN Perak tetap nak buat kat situ Masallah Pengurusan lagi (orang atas tak dengor cakap )

Ini tentu tak ada dalam laporan


4. Jabatan Pelajaran Negeri mengarahkan lebih kuarang 70 guru ke kem tersebut sebagai penyelaras , Guru besor tak lepas hanya lebeh kurang 16 orang sahaja hadir
macam mana nak lepas kat sekolah pun tak cukup kakitangan . Tak apa jalan juga
Kat maktab Penguruan kan banyak bakal chegu Sek Menengah Pandu Puteri ada Pengakap bulan sabit Merah tapi semua tak terlibat sebab peruntukkan nak kemut atau banggang

Tak kan penganjur nak lapor semua ni kat Menteri , nak gantung diri


ADA LAGI TUNGGUUUUUUUUUUUUUU

Ahad, 15 Februari 2009

KRISIS POLITIK ANAK ANAK PERAK PM TO BRIEF RULERS ON PERAK POLITICAL SITUATION

Minggu ini saya balik sekejap ke Lempor, Kuala

Ditanya oleh Warga perak yang lain akan aku apakah kisah walhalnya Negeri dibawah jajahan 3 pentabir Raja dan Jajahannya hingga ke Orang Besar ke9 Dihuraharakan
Bermula dari Bruas Ke Lumut Temaddunnya
Ke Taiping pula dan ke Kinta ditukar Pusat Tadbirnya punca dari hasil mahsul kekayaannya.
Terbitnya Merdeka ia ditinggalkan sejarah seolah tiada kepentingannya dalam sejarah Moden Melayu seperti tiadanya ia dalam perjuangan itu

Mulanya Era baru ajakan kepimpinan ketengah dari Bahagian Hulu
Anjang Aki dikatakan penghulu kepada kasihnya anak dan menantu

Bermulanya Melayu memimpin negeri bila peniaga dan Kapitam Cina berkelahi
Nahkoda Mohd Taib mengamankan Negeri membolehkan Sultan memerintah lagi
Kempimpinan melayu perlu dihormati keujudannya di Perak menjadikan ia mesti
Bruas dan Lumut di jadikan Ibu Negeri mulalah Pangkor dibangunkan lagi.


Jangan pertikai anak watan Pangkor memimpin negeri wujud keturunannya sebelum Perak menjadi negeri.
Kota Belanda sebagai bukti mempertahankan serangan Melayu Anak Pangkor jati
Memang melayu Pangkor ini wujud lebih awal dari orang asli hanya sukar untuk dibukti
Hebat nya mereka Indon tak berani mari Tak ada Aceh Jawa Minangkabau bertapak disini
Perjanjian pentadbiran negeri pun kena buat disini Orang Putih pun Akui
Batu bersurat anak penjajah diculik melayu katanya harimau membawa pergi
Mahadi Agus Tok Guru Negeri mulakan pendidikan awal tulisan Rumi

Tapi Meriam mohor kepunyaan Nahkoda Mohd Taib di bawa pergi
ke Pasir Salak mempertabatkan pembesar yang memjadikan Melayu hamba Abdi
Kerana ada saguhati sejarah Nahkoda Mohd Taib di nodai Ramli

Bermula lah aku menerangkan keadaan apa yang Terjadi

Ini adalah antara bus Kempen penerangan Terawal di PERAK


PM TO BRIEF RULERS ON PERAK POLITICAL SITUATION

Sebenornya begini lah Man
Contohnya Kampong Masjid dan Kampong Tok Husen . Dua dua ada surau tapi yang mana satu boleh melakukan Sembahyang Jumaat
11 bulan kampong Tun Husin buat sembahyang Jumaat sebab khariah nya cukup
Orang kpg masjid kena le ikut tapi adakalanya tidak tapi deme ikut juga sebab Khariah deme tak cukup lagi 3 sahaja

lepas 11 bulan 3 Khariah masjid kampong Hussin ini pindah ke kpg Masjid Udah kampong Husin tak Cukup Khariah Kampong Masjid Pulak Cukup Jadi Kampong Masjid kata sekarang buat sembahyang Jumaat di kampong Masjid tak payah di Kampong Husin.

Tok Sidang Karim pun setuju

Imam kampong husin marah le sasau le dia

Apabila Tok sidang nak sembahyang Jumaat di Kpg Masjid Katanya tak Boleh Kalau sembahyang juga kami baring tengah jalan

Lepas tu di report pejabat agama katanya Iman kpg masjid tak sunat/ tak tahu baca /kh
Khariah yang 3 itu kamu paksa dia pindah kamu bagi dia rumah baru bini baru mana aci

Sampai hari ini tak diterimanya, Katanya dia Imam yang sah
Imam Kampong Masjid tak sah mengelat dia yakin Khariah dia cukup dia nak buat juga sembahyang Jumaat


Ajenya orang Perak ini samseng bebenor kata Pak Sako Geng 08
Tak tahu le Teman , Beralahle

Ada budi ada batas
Ada Hari boleh balas

Ham pehh koma