Memaparkan catatan dengan label Zambry Abd Kadir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zambry Abd Kadir. Papar semua catatan

Ahad, 29 Ogos 2010

Isu Surau Al-Huda — Teo Nie Ching - Dah jadi Isu Perkauman pulak Siri 2


Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

Dah Terjawab pun oleh sahabat kita dari Sg Ramal Kajang , Jumpa dia tempoh hari di Segambut dan tanya dia dah tak ingat ke saya lagi ,dia terpingga pingga, saya pun bagi tahu  "1998 BMW Kunning " terus dia Jawab Oh ya
Apa nak buat  kereta lebih terkenal dari tuannya
Huraian Saya (......BOLD & Italic....)



PARTI KEADILAN RAKYAT KENYATAAN MEDIA


28 Ogos 2010

DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat




Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini. 

( Perenggan Pertama Hentam balik UMNO. Saya rasa silap kenyataan  ini kalau kita amati perlakuan ini dilakukan oleh Kapitalis dan Kroni yang berkaitan bukan UMNO per say . Agenda  ini lebih pada mempersenda Agama kita  dan memainkan sentimen orang melayu dengan memperalatkan Institusi yang patut di hormati oleh Orang melayu MAIS dan .........  perkara ini saya padang lebih serius kerana  memperalat  keadah ini untuk Politik dengan memudaratkan Institusi yang sepatutnya neutral)

Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

( Perenggan 2, 3, 4 dan 5 adalah  Jawapan nya untuk semua orang melayu faham )

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.

Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.


( Perenggan 6 , 7, 8  Juga jawapan nya tapi bukan masallah menyempitkan pemikiran orang melayu tetapi lebih pada hakikat laporan yang meyelewengkan fakta ,Jelas di sebut di Berita beliau memberi TAZKIRAH  ini amat bahaya)

Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.

Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini.

Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.


( Perenggan ini adalah lebih mengankatkan tindakan kita masuk bakul .... saya rasa ini bukan isu nya . Isu nya ialah akibatnya , Pertama kita mesti berpandukan -prasangka baik satu tuntutan dan keikhlasan ini mebolehkan  mengeratkan silaturahim yang lebih baik dimasa hadapan tetapi telah  dirosakkan dan membuat ianya satu fobia bagi kaum musyrikin  mendampingi  dan menghormati Surau yang merupakan juga teras institusi Komunity setempat . Jelas maksud Tazkirah hanya difahami oleh orang melayu dan perlakuan YB berkenaan tidak sikitpun menepati terjemahan Tazkirah ini)

Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.


(Walaubagaimanpun syabas atas tindakan tuan yang semasa)



Ulasan tukartiub.blogspot.com



Sabtu, 28 Ogos 2010

Isu Surau Al-Huda — Teo Nie Ching - Dah jadi Isu Perkauman pulak

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

Masjid ini tak salah saya dibina oleh orang Bukan Islam , No Problemo






28 OGOS —  Ahad 22hb Ogos  sebagai ahli parlimen Serdang YB Teo Nie Ching telah mengunjungi Surau Al-Huda Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau 

Oleh kerana  telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor 

Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita yang dikatakan  menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan 


Jadi ini dikatakan isu Kesucian Masjid :

Ini patut dijelaskan dengan terang kepada umat Islam yang kebanyakan nya daif tentang hukum ini

Apakah hukum perlakuan ini Haram, harus ,makruh, sunat atau wajib dan apakah nas nas yang meyokongnya dan juga jika ada fatwa yang telah dikeluarkan akan perlakuan ini dapat diperjelaskan .

Ini bukan nak menfitnah atau mereka cipta atau menokok tambah : tapi lebih memberi Contoh :

Jika bukan Islam apakah tertibnya ,waktunya kawasannya dan keadahnya beliau memasuki surau 
Contoh jika haram jadi tahu lah contohnya Kontrektor pembaikan tak boleh dari Kalangan orang Islam 

Tidak timbul soal melayu ,India atau Cina .

Saya pun  jadi keliru ni , Apakah yang dikatakan Tazkirah 

YB ni pun satu tak ada ke wakil orang kuatnya dikalangan umat Islam Orang Islam tak boleh masuk DAP ke   Buat jamuan Muhibbah sama macam saya kecil kecil dulu di Pulau Pangkor


Gua rasa eluk gua masuk DAP lah kasi neutralise problem ni mari Tukar Tiub ajak ramai ramai melayu masuk DAP 




Rabu, 25 Ogos 2010

PAS dakwa Mahathir ugut Melayu, buat tak faham

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

KUALA LUMPUR 25 Ogos — PAS kesal dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam didakwa mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah Malah parti itu juga berpandangan bahawa Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini sekarang dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata berkali-kali parti itu menegaskan kepada rakyat kalau “Umno kalah yang menangnya ialah PAS ”.


Kenapa lah mereka masih percaya akan adanya Pilihanraya 13  

Pilihanraya akan takada Kenapa nak buat kalau dah tahu akan kalah 

Brunei tempat selamat deposit dah bagi , Singapore Jalan keluar kedua .dah setting gateway cantik punya .Sekarang settle airbase sungei besi supaya control 100% 

Kah Kah Kah ...................................................  

Pulun cukup cukup kasi settle Plan A dan B kemas kemas simpan baik baik kat offshore 
Masih tak nampak lagi ke 

Ya kah Tak caya la 


Khamis, 17 Jun 2010

Realiti yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia




Berbahas tuntutan kebebasan beragama, sudah tentu melibatkan peruntukan-peruntuk an yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia. Sebagai sebuah negara yang memiliki rakyat yang berbilang etnik dan kepercayaan; perpaduan, integrasi dan amalan toleransi merupakan perkara yang begitu penting untuk dihayati oleh setiap warganya. Justeru, unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan (yang terdiri daripada isu bahasa, agama, kedudukan istimewa bumiputera dan kewarganegaraan) merupakan perkara-perkara yang amat dititikberatkan oleh Perlembagaan Malaysia dalam usaha mewujudkan hubungan etnik yang utuh di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi persekutuan diimbangi dengan peruntukkan kebebasan bagi setiap rakyat untuk menganut dan mengamalkan apa-apa agama dalam suasana aman dan harmoni. Hal yang sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu diimbangi oleh peruntukkan bahawa kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.

Realiti yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia mengenai tuntutan hak kebebasan beragama merupakan bukan sahaja semata-mata isu akidah umat Islam, bahkan menggugat integriti yang cuba diwujudkan oleh kerajaan sendiri. Selaku seorang rakyat Malaysia yang menghormati perlembagaan Malaysia, setiap pihak perlu sedar bahawa segala peruntukkan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebenarnya sudah memberi hak dan kebebasan kepada semua etnik dan kepercayaan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 dalam perlembagaan Malaysia. Jadi, apa lagi yang perlu dituntut, sedangkan hak yang ingin dituntut sebenarnya sudah terbela dan terjaga?

Sebenarnya, dalam berbicara mengenai Perlembagaan Malaysia sebenarnya saya tertarik untuk mengajak semua pihak menghayati konsep kontrak sosial yang pernah wujud dan sedang wujud di Malaysia kini. Menyoroti semula sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia, kita akan akur pada fakta mengenai prinsip jus soli yang cuba diperkenalkan oleh British melalui peruntukkan dalam Malayan Union, yang pernah ditentang oleh rakyat dan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu. Akhirnya, peruntukkan mengenai keterbukaan dalam kewarganegaraan melalui prinsip jus soli telah terzahir dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, di mana syarat kewarganegaraan dibuka kepada pemohon asing yang bermastautin selama 15 tahun di Tanah Melayu dan mempunyai umur minimum 18 tahun, serta mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.


Jus soli merupakan sejarah kontrak sosial terawal di Malaysia, di mana satu kompromi telah terhasil. Orang Melayu menerima kehadiran penduduk asing di tanah tumpah darah mereka dan dalam pada masa itu, penduduk asing perlu memahami, belajar dan menghormati kebudayaan orang Melayu. Dan pada penelitian saya, soal agama tidak langsung menjadi satu unsur untuk dipertahankan kerana masyarakat pada masa itu, amat memahami akan kedudukan agama Islam dan keserasiannya dengan orang Melayu, dan warga asing tidak pernah pula dinafikan hak untuk mengamalkan agama masing-masing walaupun diminta untuk memahami dan belajar budaya Melayu. Di sini boleh saya katakan telah tejadi satu kontrak sosial yang adil dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak walaupun bangsa Melayu dan peribumi terpaksa berkongsi tanah, hak dan kuasa dengan orang lain.

Kronologi penting dalam sejarah tanah air ini perlu diketahui, diingati dan difahami oleh setiap rakyat Malaysia agar tidak wujud rasa tidak puas hati dan rasa terzalim oleh Perlembagaan Malaysia. Kontrak sosial di Malaysia dan unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia telah terwujud sekian lama dan ini perlu dikekalkan demi menjaga kestabilan negara. Walaupun ini bukanlah masa yang tepat untuk menyelongkar kembali lipatan sejarah lama, namun bagi saya setiap rakyat bertanggungjawab menjaga kontrak sosial ini demi menjaga integriti seta menjaga hak dan kebebasan masing-masing. Adalah tidak wajar soal agama menjadi punca keranapan perpaduan di Malaysia, kerana sepatutnya agama menjadi punca perpaduan, lantaran tidak pernah ada paksaan untuk mana-mana rakyat untuk menganut agama lain. Konsep tidak ada paksaan dalam beragama merupakan satu konsep mudah dalam menjaga kepentingan beragama dan menjaga perpaduan serta keutuhan setiap kaum di Malaysia.

Isnin, 26 April 2010

Pilihanraya Hulu Selangor P49 " Sedih Sikap Bangsa Melayu"



Saya Ke Felda Gandasar pada 22 April .Ini yang saya dapat Padangan dari mereka yang layak mengundi "

" Kalau PKR kalah Tan sri Khalid tak boleh jadi Meneteri Besar lah " tanya seorang wanita dlam lingkungan 40 an

" Anwar ni banyak masallah macam macam masallah " Kata seorang wanita lain di satu kumpulan wanita yang lain

" Anwar jual bangsa tenguk habis dia bagi tanah ke orang cina " kata kenalan saya di Felda Gandasar Orang Kuat pada Kak Ror

Felda Sungei Tenggi ,Gandasar Suharto bukan di bawah Pengaruh Selagor tapi lebih ke Negeri Perak , Kenapa Siaraya Pakatan tak dapat mencapai menentukan kefahaman diberi kepada Orang Melayu Felda yang banyak tidak Faham apa yang berlaku sebenar nya.

Jelas Media Utama mereka TV 3 ,RTM ,Utusan dan berita harian
Tiada alternatif lain kenapa mereka kekal pemikiran politik yang jumud atau mereka sebenarnya daif mengenai recana politik negara


Barulah aku sedar banyak perlu dibuat bagi Tanah Air Ku ini


Apa yang perlu di buat

Paling penting Orang Melayu kena Faham Struktur Pengurusan Negara secara mudah dan asas aturan dan perudangannya 3 kenyataan diatas jelas banyak Orang melayu tidak faham apa hak mereka.

APA ITU PILIHANRAYA

APA ITU SISTEM PERUNDANAGAN YANG ADA " ADAKAH YANG DITUDUH BERSALAH"

APA KUASA KUASA PENTADBIRAN DAN EKSEKUTIF " AHLI PARLIMEN KETUA PEMBAKANG BOLEH BERI TANAH "

ASAS SISTEM TABIR NEGARA PERLU KITA FAHAMI

Ahad, 1 November 2009

Jabatan Gantung kuala Dipang siri 3

SPRM Perak siasat

IPOH 27 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak hari ini membuka kertas siasatan berhubung kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat Kampar, malam tadi.


‘‘Kita biarkan mereka periksa. Kita tengoklah kalau ada (unsur penyelewengan) kita akan ambil tindakan. Kalau ada berlaku kita akan siasat,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian penutupan seminar pencegahan rasuah membabitkan pendatang asing di sini, hari ini
.

Dapat lah fakta sikit baru komen. apa u tak online dgn budak u kat perak ke

Cakap lah " kami dapati pembinaan ini bukan dibiayai oleh kerajaan negeri mahu pun perseketuan . Dokumentasi dan tatcara pengurusan pembinaan mungkin tidak mematuhi piawaaian yang diterrima pakai , gred konkrete yang ditetapkan dan spesifikaci ketebalan kabel dan tiang besi " ada le pro sikit


Pasukan khas siasat punca jambatan runtuh ditubuh

KAMPAR 27 Okt. - Kementerian Pelajaran menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kejadian jambatan gantung yang digunakan di pusat kokurikulum daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini runtuh malam tadi


statement statement berapi tapi Laporan po cik tetapi ni anak kiai Yassin smart apa pun - on the field

Projek persendirian masih belum diwajibkan rujuk ke JKR

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kerajaan masih belum mewajibkan supaya semua projek persendirian hasil sumbangan orang ramai supaya dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, bagaimanapun, kerajaan tetap mengambil perhatian terhadap projek sedemikian terutama apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampar, Perak kelmarin.

Jambatan gantung itu dibina melalui satu projek persendirian hasil sumbangan orang ramai bagi digunakan oleh penduduk di situ.


Shaziman berkata, keselamatan pengguna perlu diutamakan tanpa mengira apa juga bentuk projek tersebut.


Apa ini menteri cakap tak da klas
Ini statement general, hukom feqah lah profesional lah sikit

There is such thing as building by laws , standard and guidelines dari PIAM
apa u punya CIDB bos tak brief u ke KP JKR tak boleh bagi statement bermutu sikit

ulas lah cantik sikit " kata lah JKR tiada bahagian yang boleh keluarkan Certificate of Completion and Compliance bagi Jambatan bagi tahu lah rakyat Undang Undang Kecil bangunan Seragam 1984 Pindaan 2007 Akta 133 dan Akta 333 Akta pengangkutan jalan mungkin tak cover kes ni ,


Tapi asas nya tidak semesti orang yang menderma boleh membuat sesukahatinya dan dalam kes ini Jabatan Hutan yang pau towkey balak ( Kontrektor klass apa itu bodoh punya kerja - Building work goes on speciality not class on monentry term )ikhlas ke tidak waallah hu alam

Tapi yang Aneh : Jika awak tenguk jambatan itu tak masuk akal ia boleh runtuh

Ada pula komen tak tanam cerucuk tak piling
Dah tenguk site ke JCB boleh masuk ka

ah yo yo cakap banyak pandai . najib suruh kerja baik baik ini macam lu orang kerja ka

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, Siri Ke 2

'Ada murid mengenjut jambatan'

KAMPAR 27 Okt. - "Saya lihat ada beberapa murid yang sengaja mengenjut dan menggoyang jambatan itu ketika ramai sedang menyeberang.

Seorang murid lain yang terselamat, Muhammad Haziq Ting Muhammad Salleh Ting, 12, berkata, semasa kejadian, terdapat kira-kira 50 murid sedang menyeberangi jambatan dari kedua-dua arah.


Ini laporan Nak cuba menipu dan cover line
Jadi ....salah murid le chegu tak salah .

Kome Nak tahu : Pada waktu itu chegu chegu tengah taklimat aktiviti esuk nya , berapa kerat sahaja chegu yang ada memang dah kawal 10 orang meyeberang dari kem ke dewan makan pada satu masa , dari dewan makan ke kem tak kawal .Dah Pergi makan tak kan nak patah balik . Ini nak timbul hal - Kakitangan Perak Saji Kontrektor kroni Kerajaan perak pandai pandai buat arahan " Siapa tak bawa cawan tak boleh minum pergi ambil cawan" . Budak budak ni pun berduyun duyun lari balik ke seberang tanpa di kawal ...... Jeng Jeng , Salah siapa sekarang Komunikasi , budak budak

Dalam bab mata pelajaran crowd control ada bab Herd mentallity , ada faham ka

Nak Buat kerja senang ke atau nak potong kos : Jalan ke seberang ada . Baru buat lebih kurang 2 kilometer. Sebelum ada Jambatan Gantung baru ini Ada yang lama tapi dah 3 kali roboh sebelum ini . Nak psg kemah makan di seberang boleh tapi tak pikior pulak pasal bahayanya meyeberang ini jadi salah siapa


Ini Aneh : Yang mengenjut jambatan itu adalah 3 orang sahaja dan dari bangsa yang sama dari simati dari SK Gopeng Ini jangan Tanya saya Ini kerja Tuhan


Ada sekolah yang pernah buat perkhemahan disitu siap bawak set karaoke melalak waktu malam , kena Histeria cari bomoh kawasan Kuala Dipang, 3 bomoh tak berani ubat kes datang dari situ . Ini cerita susah nak verify

Tapi tanya Guru Besar dan kerani SK kuala Dipang berani ke diaorang kerja lebih masa di sekolah itu



Ada Lagi JKR - Kontretor TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

Laporan siasatan jambatan gantung runtuh siap dua minggu
31/10/2009 3:49pm


kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata, hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tindakan selanjutnya.

Ha...Ha...Ha.... Buat Lawak lagi
Nak Tipu Warga Malaysia lagi ke

Lagi Masallah Amalan pengurusan ,perkara seperti ini melibatkan anak rakyat malaysia Laporan dan siasatan bukan dibuat oleh pihak yang terlibat mana sifat dan ciri berkecuali nya anak kiai Yassin Tak kan awak tak tahu awak ada Audit dalam , Bahagian nazir sekolah gunakan lah tools pengurusan yang betul

Saya duduk di Kajang pun boleh tahu apa terjadi dengan spy spy saya di Perak

Mari kita huraikan Laporan Utusan Merapu on line

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang
27/10/2009 12:41am

Oleh SITI MARIAM MD. ZIN

IPOH 26 Okt. - Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan runtuh berhampiran sekolah Kuala Dipang, Tapah dekat sini malam ini.

Berita mengenai kejadian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini.


Zambry macam mana budak kau buat kerja ni

Ini laporan kelam kabut dan Pengurusan lemah Bila Krisis tak tahu nak control 300 ratus pelajar yang ada , Pelajar ada handphone , call emak bapa , terus ambil anak mereka bawa balik kira-kira punya kira kepala 22 hilang tak tahu 19 dah balik rumah

??????? ini terjadi pada semua kem kem yang diselenggarakan oleh pendidikan

1.Tak sediakan no Hotline

2.Tak jelas line of authority dengan betul siapa nak dimaklumkan siapa nak di hubongi
ini biasa chegu berlagak pandai nak jadi Pegawai KBS BTN Ini amalan biasa che gu che gu tak perlu dilatih oleh pakar pakar reakreasi dari KBS , BTN atau pun khidmat ashkar atau polis ataupun minta kerjasama dari pakar pakar ini saya percaya surat makluman atau minta pandangan dari Pejabat Polis Dearah pun tak buat. Ada kes curi, rogol ke di perkhemah tersebut sebelum ini

3. Yang che gu che gu ini pandai isi borang idemnity nak cover dia orang walaupun dia punya kecuaaian dia orang boleh escape

Tahu kah : Program ini dijalankan oleh Jabatan pelajaran negeri . PPD yang lebih ariff tentang Dearah mereka telah tarik diri sebab kem perkhemahan itu bermasaalah dan sebelum ini ada 3 kes dari SK batu gajah , kampar dan lagi satu takada rekodnya berturut turut histeria dan nyaris nyaris lemas . tetapi JPN Perak tetap nak buat kat situ Masallah Pengurusan lagi (orang atas tak dengor cakap )

Ini tentu tak ada dalam laporan


4. Jabatan Pelajaran Negeri mengarahkan lebih kuarang 70 guru ke kem tersebut sebagai penyelaras , Guru besor tak lepas hanya lebeh kurang 16 orang sahaja hadir
macam mana nak lepas kat sekolah pun tak cukup kakitangan . Tak apa jalan juga
Kat maktab Penguruan kan banyak bakal chegu Sek Menengah Pandu Puteri ada Pengakap bulan sabit Merah tapi semua tak terlibat sebab peruntukkan nak kemut atau banggang

Tak kan penganjur nak lapor semua ni kat Menteri , nak gantung diri


ADA LAGI TUNGGUUUUUUUUUUUUUU

Khamis, 22 Oktober 2009

SPRM Buat Lawak

SPRM teliti Laporan Ketua Audit Negara 2008




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam.

Kajian itu adalah prosedur biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memastikan ketelusan dalam setiap penyata dan pengurusan kewangan yang sudah diaudit Jabatan Audit Negara.

Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini, jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada.


Dah banyak saya komen mengenai menjalankan kajian , siasatan dan maklumat yang benar tepat dan betul

Ini hanya dapat dilakukan oleh JABATAN AUDIT NEGARA

Syarat utama Laporan Audit

HONESTY
SUFFICENT SAMPLING
WALK THRU OF WORK PROCEDURE
VERFICATION
EVIDENCE BY PRIMA FACIE
QUERIES
DAN BANYAK LAGI TATACARA YANG PERLU DIPATUHI

APALAH SENGAL BIUL BANGANG NYA SPRM

Masa saya bertugas di Jabatan Audit Negara dulu budak budak SPRM minta sedekah kat kita maklumat

Audit adalah amalan siasatan yang telah berkurun dia ada SOP ( Stadard audit practise) kalau dah masuk Laporan audit maknanya di telah melalui semua proses tanya semula verifikasi pengesahan dan lain lain bukti penemuan

Nak Kaji semula HA HA HA HA alasan beb

Selcat pun sama juga kalau ya pun niat tu nak memperbetulkan keadaan gunakan lah keadah yang betul ,yang diterima pakai seluruh dunia

Ini lah laporan yang disedikan tanpa cekik , bunoh diri sepak terajang bilek soal jawab

Jumaat, 4 September 2009

UMNO DAHULU DAN SEKARANG (Untok Melayu NO)

Apakah itu UMNO

Inilah UMNO yang saya faham ketika saya kecil

Pendedahan mula



Pertandigan Ratu Cantik







Persembahan Ghazal Parti dari Sik Kedah dibawa Khas oleh UMNO ke Kampong aku di besarkan







Horray Enjoy berhibur gembira

Gula gula untuk orang melayu



Ini yang aku jumpa pada tahun 2009






Pada dasar nya apa yang berubah ??????????

Khamis, 3 September 2009

MERDEKA DI PERAK

Apa yang aku Tahu sebelum Merdeka



Autograph Rakan SITC bapa ku melaungkan Merdeka Tahun 1949 lagi
Beliau berjaya sehingga ke Timb Perdana Menteri

Bapa ku berjuang semasa beliau berumur 29 Tahun
Tahun 1955



Apakah UMNO ketika itu berbeza pada masa Sekarang

Selasa, 17 Februari 2009

Zambry wants study on position of village chiefs elected during Pakatan rule dan Zambry beri keterangan kepada jawatankuasa DUN Perak

The Star on Line
Tuesday February 17, 2009

By CLARA CHOOI
“I have asked the State Secretary to look into this issue in a way that will not cause any problems,” he said.

“My main concern is that the people are not affected by these things.”

Dr Zambry said he would convene a meeting with the village chiefs as soon as possible.

“From the beginning until now, all these problems over the halls – that they have been locked and so on – were never started by us (Barisan).

“It has never been the Barisan’s policy to be confrontational,” he said.

Dr Zambry urged the village chiefs to maintain their neighbourliness and be united.

“I hope this matter will get settled – we don’t want them to fight,” he said.
Ads by Google

Zambry beri keterangan kepada jawatankuasa DUN Perak
Utusan
17/02/2009 7:00pm

IPOH 17 Feb. — Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN V. Sivakumar.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Zambry ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan itu berkata, kehadirannya adalah kerana menghormati speaker dan institusi jawatankuasa berkenaan yang memanggilnya untuk memberi keterangan.

“Saya datang kerana menghormati Speaker...kita ikut peraturan dan undang-undang,” katanya. - Bernama

Syabas Dr.Zambry

Ini yang nak kita mahu anda amalkan dalam Kempimpinan Melayu Pangkor. Jadi kan Pangkor Pusat Islamiah dan Ilmiah Politik dan Pengurusan Sosial

Perubahan Jentera / Mechanics of Governence bukan diubah diolah dirombak atas asas
setimen, Kuasa ,Pengaruh dan kepentingan

Pengumpulan data tepat dan benar dari sampeling yang reprensetive of population
Penganalisaan Fakta pro and Cons , with Historical and matrix approach
Kajian Komprehensif kesan dan Impak
Penekanan pada 5 E ( Efektik,Efisen,Ekonomik,Equality dan Efektif )
Akan menjadi teras Agenda Kepimpinan Melayu Pangkor


Jelas JKKK perlu ada Modiul Tatacarakerja , Sistem laporan Pengurusan, Profil dan Keseragaman dalam Modus Operandi

Ini boleh menjadikan Temaddun Moden Perak yang dihormati

Jadikan Budak Hitam yang mecerahkan Negeri Perak Darul Ridzuan

Kembalikan kegagahan pemerentahan Pangkor setaraf Zaman Nahkhoda Mohd Taib