Sabtu, 7 Mac 2009

ORANG MELAYU DIPERBODOHKAN LAGI

07 Mac, 2009 21:17 PM

Polis Terpaksa Lepaskan Gas Pemedih Mata, Lapan Ditahan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Lapan orang ditahan di sekitar Masjid Negara dan berhampiran Istana Negara kerana menyertai perhimpunan yang tidak mendapat permit polis di sini hari ini.

Perhimpunan ini bukan mendapat Permit Apayang awak lapor ini



Selain itu polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata serta menyembur air ke arah peserta perhimpunan, di samping memeriksa 119 orang lagi kerana ingkar arahan bersurai.

Kenapa perlu bersurai apa yang terancam , apa yang tergugat ,apa jehayah yanh akan terjadi


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan Dang Wangi untuk disiasat mengikut mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1992.

"Polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan 'meriam air' (water cannon) untuk suraikan mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Tindakan Tegas kerana Melayu tak boleh bersuara tak boleh bantah tak boleh tunjuk perasaan Fahaman apa ini

Perhimpunan itu bertujuan mengesa kerajaan memansuhkan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), serta menghantar memorandum kepada Istana Negara.

Perhimpunan ini kerana Orang Melayu ingin mempertabatkan Bahasa dan bangsa mereka
jika kita gunakan bahsa kita sendiri bagi matapelajaran ini Tahun 2020 bahasa Melayu akan diterima salah satu bahasa global sain dan matematik tenguk janka masa panjang
apa lah bodoh sangat


Ia bermula pada pukul 2 petang di Masjid Negara dengan orang ramai berarak menuju ke Istana Negara untuk menghantar memorandum itu, dan antara mereka adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said serta Pengerusi Gabungan Mansuhkan PPSMI Datuk Dr Hassan Ahmad.

Bagaimanapun kumpulan penyokong perhimpunan itu tidak dapat melepasi sekatan polis di Jalan Istana sehingga berlaku kesesakan teruk di sepanjang Jalan Istana serta Jalan Kinabalu.

Polis yang berkawal terpaksa melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata ke udara bagi menyuraikan keadaan.

Memorandum itu kemudiannya diserahkan oleh Hassan dan A.Samad kepada wakil istana yang juga Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini pada pukul 2.50 petang.

Datuk Hassan ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum itu berkata beliau tidak menyangka perhimpunan yang pada dasarnya dalam kelompok kecil menjadi begitu besar.

"Kami buat perjanjian dengan polis, yang perhimpunan ini akan diadakan di Masjid Negara dalam kelompok yang kecil sahaja dan hanya tujuh orang wakil sahaja di benarkan ke Istana Negara bagi menghantar memorandum," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak lain yang melakukan provokasi dalam perhimpunan ini.

Provokasi CIA biasa buat KGB biasa buat GESTAPO biasa buat create the action for our justified action kenapa jadi alat BN


Ratusan penyokong yang tidak dapat melepasi sekatan polis di Jalan Istana, berpatah berpatah balik ke Masjid Negara dan berkumpul di perkarangan masjid.

Pergerakan trafik di Lebuhraya Mahameru kembali lancar pada pukul 3 petang, manakala Jalan Kinabalu kembali lancar pada pukul 4.15 petang apabila kumpulan penyokong perhimpunan itu bersurai.

Banyak Kursus pihak Polis telah lalui crowd control, handaling herd mentality , snowballing effect of crowd , Terpulang pada arahan apa agenda awak ,


-- BERNAMA

Motto Benar dan Tepat Raja Lawak betul

Tukarlah motto : Berputar belit dan Perbodohkan melayu

Tiada ulasan: