Sabtu, 7 Mac 2009

MELAYU RAKYAT WATAN MEGARA MALAYSIA

FRU sembur gas pemedih mata suraikan pembantah PPSMI
07/03/2009 3:15pm

Oleh Tan Ming Wai

KUALA LUMPUR 7 Mac – Tindakan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata berjaya menyuraikan 5,000 penyokong yang berarak membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini.

Kesemua penyokong bertempiaran lari menyelamatkan diri dan berkumpul kira-kira 100 meter berhampiran pintu Istana Negara.

Pasukan FRU kini sedang berusaha memastikan kumpulan penyokong itu bersurai kerana memorandum bantahan PPSMI telah diserahkan oleh wakil penyokong itu kepada pihak Istana Negara.

Insiden ini menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

– Utusan


Ini sahaja yang dilaporkan kepada rakyat

Oh patut lah Tan Ming Wai hendak orang melayu baca star

Awak antara orang yang mempekecilkan hasrat dan kemahuan orang Melayu

Kenapa downplay Isu ini

Orang Melayu jarang mencabar kecuali dia dicabar dihina dan di tindas

INI SEJARAH KEBANGKITAN ORANG MELAYU

SEMUA ORANG MELAYU PERLU BANGKIT MEMPERTABATKAN BANGSANYA

HILANGNYA BAHASA HILANG LAH BANGSA


Tiada ulasan: