Khamis, 19 Ogos 2010

Namanya pun Saman ekor ( Ikut nasib)




Saman ekor ini sama ke dengan Tikam ekor , kenapalah hinanya penguatkuasa peraturan ini 




KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Kedegilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu meneruskan saman ekor sempena perayaan tahun ini biarpun mendapat bantahan rakyat dilihat cubaan memungut 'duit raya' dari rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, alasan Ketua Polis Negara bahawa saman ekor untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah bukan satu alasan yang tepat.Ini kerana menurutnya, sejak saman ak ekor diperkenalkan, kadar kemalangan jalan raya terutama di musim perayaan sentiasa meningkat dan jikapun menurun hanya pada skala kecil.

"Saman ekor tidak banyak kesan positif pun. Secara logiknya, pemandu tidak akanslow (perlahan) pun sebab tak tahu dia akan disaman ke tidak.

Ya ke , ada kajian ke , jangan rendahkan diri dengan komen yang keras macam ini polis pun rakyat juga dan ini perkara dasar bukan PDRM sahaja terlibat .kritik lebih profesional sikit la abang aji 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mengumumkan PDRM akan tetap meneruskan saman ekor dalam Ops Sikap 22 sepena Aidil Fitri bermula 1 September ini.

Beliau memberi alasan, perlaksanaan itu adalah bagi mendidik pengguna dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan ini.

Bukan kah Polisi nya  " Saya yang menurut Perintah ". PDRM objektif nya mendidik rakyat ke penguatkuasaan ,Apa ke benda agensi yang belanja duit untuk Iklan tu dalam TV dok ajar orang ikut undang undang . 

Laksanakan tugas dengan berhemah awak tu IGP Tak usahlah bertekak dengan orang politik .Te jawab " Padangan ini akan saya bawakan ke Menteri dalam Negeri"
Kenapa le kata orang MCA Lansi sangat   


Pada saya banyak persoalan perlu dijawab

-   Apakah keadah saman ekor ini bersesuaian dengan tempat dimana jumlah kemalangan paling kerap berlaku atau  lebih kepada mudah memerangkap pemandu

-  Statik pengukuran keberkesanan tentu ada dan boleh dibuat kajian melalui Jabatan Audit Negara mereka ini agak lebih bebas mengeluarkan hasil kajian (Independent)

- Video boleh dipaparkan secara online kenapa nak caj bila Rakyat mahukan pengesahan 

- Berapa kes bantahan diterima dan berapa yang ditolak 

- Saya pernah jadi mangsa dan ada mengemukakan nama pemandu tetapi ditolak kes saya dokumentasikan secara terperinci tetapi dimana nak abitrate tak ada avenue.

-  Adakah ini benar benar adil , kereta yang baru dijual tapi saya yang kena saman disini isu Timely 

- Jadi pada saya banyak Flaw eluklah review semula pelaksanaannya   




- Konklusinya Saranan pemuda PAS itu ada asasnya sungguh pun ia berkait lebih mengeksplotasikan sentimen. Zaman 40an polis ubah caranya untuk menawan hati rakyat  

Tiada ulasan: