Khamis, 19 Ogos 2010

MELAYU BOLEH JADI BANGSAT DI TANAH AIR NYA SENDIRI

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

Ini lah kata kata yang dikeluarkan oleh Pengetua SITC pada tahun lima pulohan kepada Arwah Tun Ghaffar baba dan ramai lagi guru guru yang kemudiannya balik ke kampong masing masing dan mejadi ahli di bahagian masing masing Termasuklah arwah bapa saya.


Sedar tak disedari mereka diterapkan sebagai Pejuang Bangsa diasuh , dididik untuk mempertingkatkan bangsa Melayu melalui Ilmu dan sosial . Pemuda pemuda ini kemudian meresapi seluruh Negara dengan satu matlamat dan satu arus perjuangan .

Mereka Pulang ke kpg halaman menubukan Persatuan dan Kumpulan berasaskan Melayu Tema nya
Kelab Sukan Melayu, Perak Malay Football Team, Malay Dindings Hoki Team dan berbagai persatuan lagi


Pasukan Hoki Melayu Dindings .
India Muslim mula diterima sebagai Melayu bagi maksud menguatkan Pasukan sukan.









Tetapi Kini apakah Institusi ini dapat menjamin dan menjaga kemajuan orang orang melayu , Apakah mekanisma yang akan menjaga kepentingan Ekonomi Orang Orang melayu ,Pendidikan Orang Orang Melayu ,Adat resam orang melayu , Sejarah melayu .

Jawapan nya terlalu banyak Persatuan ,Agensi , kumpulan .Dewan ,cendiakawan ,pertubohan yang mengunakan nama MELAYU sebagai identiti mereka tetapi hingga ke hari ini tidak satu pun dapat kita jadikan Role Model atau satu kumpulan yang boleh di banggakan oleh Orang Melayu atau benar benar relevan memperjuangkan nasib orang melayu

Hinggakan anak melayu pertama angkasawan pun cuba dihinakan dengan tomahan skandal eventnya , fitnah mefitnah ,aib mengaib atas nama keadah berpolitik.

Tukar Tiub pun sedar apabila ke Bali bertapa hinanya kaum pribumi apabila FDI sangat sangat diutamakan
FDI lah membawa kemajuan dan lonjakan kemajuan yang tak selaras dengan kemajuan setempat.








Saya masih ingat ketika saya di Lumut dan melihat Rest House Lumut seolah olah saya anak melayu tidak layak menjejakinya hanya melihat kaum lain mengnikmati pembagunan hasil negeri .

 Berpesta makan malam bersama penjajah .



Ini Namnya pertubohan W.I. Lumut  Persatuan Wanita di Lumut Perak . Melayu dikatakan dipinggirkan lihatlah saja korumnya












Bilakah kita akan sedar bahawa hak kita telah dirompak , dicuri dan di manipulasikan selama ini .

Apakah perjuangan bangsa dan Tanah melayu ini tidak releven lagi masa kini atau perlu kah kita bersama berjuang atas landasan kemiskinan, keadalan dan kesamarataan untuk subjek yang dinamakan Rakyat Adakah ini landskap Politik Malaysia masa kini

Bukan kah Ngah Ibrahim telah bergambung dengan Hai San dan Kesultanan dengan Ghee Hin .Salah kah saya masakini berdamping dengan yang bawah ni berjuang dengannya pada tahun 1998. Apakah bezanya cina pantai remis dan Cina kampar . Jelas Cina Melaka ada bezanya . Yang jelas Cinpeng tetap cina dan Tunku tetap Melayu

Tiada ulasan: