Khamis, 24 Jun 2010

Hak Hak Orang Melayu yang di pergadaikan, Muslihat Siapa

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipunDari Penulis Blog Blog

BIDANG-BIDANG KONTRAK SOSIAL



B. Hak-hak istimewa Melayu


Implikasinya sebagai rakyat mereka ini berhak menikmati segala kemudahan-kemudahan yang ada dan diizinkan oleh negara, termasuk hak berpolitik dan menyertai pemerintahan, menceburi perniagaan dan lapangan ekonomi dengan seluas-luasnya, mencapai kemajuan dalam pendidikan dan lain-lain. Malah melalui demokrasi meeka boleh mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada orang Melayu dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan.

Hak kerakyatan dengan syarat-syarat yang liberal adalah hadiah yang paling besar diperolehi orang-orang bukan Melayu memandangkan tempoh penghijrahan mereka yang sangat baru. Ia merupakan kejayaan perjuangan pemimpin-pemimpin mereka dalam berunding bagi mendapatkan hak ini diterima. Kpeada orang-orang Melayu ia merupakan suatu pengorbanan yang iada tolok banding dalam menerima kerakyatan bukan Melayu kerana ia sekaligus menyamakan status penduduk asal dengan pendatang-pendatang.



Dalam menerima kerakyatan bukan Melayu dan segala hak yang berkaitan, orang-orang Melayu terdedah kepada persaingan dalam semua lapangan baik politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Tiada jaminan bahawa mereka dapat bertahan dalam persaingan ini, satu hakikat yang diakui oleh penjajah Inggeris. Maka dengan itu wujud perlindungan dan kedudukan istimewa yang diberi kepada orang Melayu.


Semasa perundingan di antara pemimpin-pemimpin kaum pada 1950’an, persetujuan dicapai bagi melanjutkan hak-hak istimewa Melayu seperti yang terkandung dalam Memorandum Perikatan. Pemimpin-pemimpin bukan Melayu bersedia menerimanya kerana kedudukan orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan mereka jauh ketinggalan, yang memerlukan bantuan-bantuan khusus melalui peruntukan-peruntukan tertentu



Suruhanjaya Reid telah mengambil kira Memorandum Perikatan sebagai yang wajar tetapi setelah menimbangkan hak-hak semua rakyat di bawah demokrasi, mengesyorkan hak-hak istimewa Melayu adalah untuk tempoh lima belas tahun saja. Jelas syor ini tidak adil kepada orang-orang Melayu yang telah berkorban dalam berkongsi kerakyatan dengan penduduk bukan Melayu. Ianya juga tidak realistic kerana untuk satu-satu bangsa menjadi cukup berdaya saing, tiada batasan waktu boleh ditetapkan. Orang Melayu rata-rata termasuk wakil-wakil UMNO menentang keras syor suruhanjaya ini






MCA sendiri bersetuju dengan cadangan asal Perikatan berhubung dengan hak istimewa Melayu diguna pakai iaitu tiada batasan waktu untuknya, sebaliknya ia boleh dikaji semula dari masa ke semasa. Dengan itu lahirlah Fasal 153 dalam Perlembagaan yang memperincikan peruntukan yang berkaitan. Orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam empat lapangan: tanah simpanan, kuota untuk penerimaan ke dalam perkhidmatan awam, kuota dalam pengeluaran permit atau lessen untuk menjalankan perniagaan-perniagaan tertentu, dan keutamaan yang berhubung dengan dana pelajaran dan bentuk-bentuk bantuan bagi maksud pendidikan.



Tanah: Simpanan Melayu adalah penerusan dasar sebelum merdeka lagi bagi mempastikan pemilikan orang-orang Melayu tidak terusik. Tetapi luas tanah ini di satu-satu negeri itu hendaklah tidak melebihi tanah yang tebuka untuk semua kaum. Tanah dikekalkan dalam bidang kuasa negeri dan statusnya boleh diubah mengikut persetujuan Exco Negeri tetapi tidak harus melanggar peruntukan Akta Simpanan Tanah Melayu. Hakikatnya banyak dari tanah Melayu terjual bagi tujuan pembangunan tanpa diganti balik.




Perkhidmatan Awam: Wujud kuota dal pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Buat sekian lama pada jumlah pada masa penjajahan dan selepasnya, jumlah kakitangan Melayu di Bahagian Pertama dalam pentadbiran awam kurang berbanding dengan bukan Melayu. Ia dapat diperbetulkan selepas terdapat lebih ramai anak-anak Melayu lulus peringkat Ijazah. Kerana dominant orang Melayu dalam pentadbiran, ia dipersoalkan oleh orang-orang bukan Melayu yang mahu keadaan ini diubah bagi pengambilan yang sama rata tanpa mempedulikan tradisi orang-orang Melayu dalam pemerintahan.



Permit dan Lesen: Kuota boleh diadakan untuk orang-orang Melayu dalam permohonan permit dan lessen-lsen perniagaan. Ini bagi membolehkan penyertaan mereka yang lebih luas memandangkan mereka adalah terkebelakang dalam perniagaan dan lapangan ekonomi umumnya. Tanpa kuota ini tiada jaminan yang mereka akan beroleh satu bahagian yang adil dan faedah-faedah ekonomi. Tetapi ini tidak bermakna sengaja melakukan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain. Sebarang permit atau perniagaan milikan mereka tidak boleh ditarik balik semata-mata untuk dibahagikan kepada orang Melayu. Dengan itu tiada halangan bagi kaum-kaum bukan Melayu untuk menjalankan perniagaan mereka dengan sebebas-bebasnya.




Biasiswa dan dana pelajar: Pemberiannya kepada orang Melayu adalah bagi membolehkan mereka mengejar kaum-kaum lain dalam bidang pendidikan. Tanpa biasiswa dan dana ini, orang-orang Melayu yang rata-rata bependapatanrendah akan terus tercicir dan ditinggalkan oleh kaum-kaum lain di semua peringkat pendidikan. Kesannya akan dirasai pada ekonomi orang Melayu. Di waktu penjajahan, didapati lebih banyak biasiswa dan dana dikeluarkan untuk pelajar-pelajar bukan Melayu. Selepas merdeka. Keadaan menjadi lebih seimbang, tetapi kini biasiswa sebagai satu hak pelajar-pelajar Melayu untuk turut dibuka kepada pelajar-pelajar bukan Melayu.


Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipunDari Penulis Blog Blog

Tiada ulasan: