Selasa, 15 Jun 2010

Jusoli Bagaimana ia muncul





Pada 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid datang ke Malaya untuk mendrafkan satu perlembagaan untuk satu negara Malaya yang merdeka. Dalam proses itu, UMNO – ketua rakan kongsi Perikatan UMNO-MCA-MIC – diminta untuk bersetuju untuk “suatu kewarganegaraan umum untuk seluruh Persekutuan” yang membenarkan “semua orang (di Malaya) layak menjadi warganegara melalui kelahiran atau memenuhi kelayakan seperti bermastautin, bahasa dan sumpah ketaatan

Pemimpin-pemimpin parti tersebut bersetuju untuk menyelesaikan perbezaan dan bersuara dengan satu kepada Suruhanjaya tersebut. Itulah asal kontrak sosial tersebut di antara pemimpin UMNO dan MCA. MCA bersetuju bahawa hak keistimewaan orang Melayu dilindungi, dan UMNO pula bersetuju bahawa orang CIna dan bukan-Melayu yang lain diberi hak kewarganegaraan dengan lebih mudah dengan prinsip jus soli (kelahiran). Orang Cina juga dibenarkan supaya terus memainkan peranan dominan dalam ekonomi.


Cadangan draf Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada 1957, disemak dan diubah oleh jawatankuasa kerja di Malaya yang terdiri daripada wakil Perikatan, Raja-raja Melayu, dan Kerajaan British dalam mesyuarat di London. Dengan kelahiran Perlembagaan Persekutuan Malaya, Yang Di-Pertuan Agong diberikan tanggungjawab untuk menjaga “kedudukan istimewa orang Melayu” dan juga “hak-hak rasmi komuniti-komuniti yang lain”.

Sebelum penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963, satu lagi proses konsultasi telah dimulakan di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak pada 1962. Daripada proses ini muncullah kontrak sosial (dalam laporan Suruhanjaya Cobbold) sama seperti konsensus pada 1956–57. Asas kontrak tersebut seperti dalam memorandum yang dihantar oleh Parti Perikatan bahawa Islam adalah agama rasmi kerajaan, tetapi “tidak akan mengenakan halangan kepada warganegara bukan Islam daripada menganut dan mengamalkan agama masing-masing dan tidak juga bermaksud bahawa kerajaan bukanlah kerajaan sekular”.

Isi-isi Perlembagaan Merdeka telah memberikan rangka kerja untuk Perlembagaan Persekutuan 1963. Perlembagaan Persekutuan ini telah meliputi fasal-fasal tentang hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan, dan agama tanpa merampas “hak dan keistimewaan mana-mana individu, permit atau lesen yang diperoleh atau dinikmati atau dipegang olehnya” (Fasal 153). Ia juga telah meliputi “beberapa isu-isu lain yang berkaitan dengan hal-ehwal hubungan orang Melayu dan Cina”.


Dengan kata pendek, Perlembagaan Persekutuan, yang dibentuk pada 1957 dan 1963 melalui perbincangan dan konsensus bapa-bapa kemerdekaan, adalah berdasarkan kontrak sosial yang telah mengasaskan negara ini. Perlembagaan ini “memberikan gambaran terhadap kontrak sosial di antara rakan kongsi yang setaraf yang menjamin kesaksamaan terhadap semua rakyat, tidak mengira kaum atau agama, dalam demokrasi yang pluralis,” kata Dr Ng Kam Weng, Pengarah Kairos Research Centre, dalam artikel di The Star pada 15 November, 2003.

Dalam semangat Kontrak Sosial yang telah diasaskan oleh nenekmoyang kita, tiada kumpulan etnik yang perlu merasakan ianya lebih rendah tarafnya daripada etnik yang lain. Ini telah dijamin oleh Perdana Menteri yang telah berjanji pada hari keputeraan Yang Dipertuan Agong tahun lalu bahawa Kerajaan akan berpegang teguh terhadap kontrak sosial dengan melindungi semua kumpulan etnik daripada segala bentuk penindasan ataupun diskriminasi (The Star, Jun 6, 2004).

Tiada ulasan: