Khamis, 14 Jun 2012

ANWAR MILIKI 3 BILLION

Adakah Tuduhan ini benar , jawapannya  benar 

Bukan sahaja belaiu memiki 3 billion  malahan berbillion tak ternilai hartanya , petik sahaja jari nya bak kata pepatah berbillion beliau boleh perolehi itulah kehebatannya Anak melayu dari Cheruk Tok Kun ini . Harta yang paling bernilai beliau miliki ialah hati rakyat , harapan rakyat ia akan membawa perubahan

Semasa beliau menjadi pengerusi ABIM  tak boleh dikira wang yang telah disumbang kepada ABIM sehingga sesuatu terpaksa dilakukan oleh Mahathir menghalang sumbangan yang meli,mpah limpah ini .

Kalau mengikut Tafsiran kaya Saidina Ali " Cukup dengan apa yang dia ada " maka jatuh lah miskin DSAI kerana dia masih belum dapat memberi hak rakyat kepada hak hakikatnya 

Sejauh mana saya kenal DSAI Saya melihat dia di Yayasan Anda lagi ilmiah , kesempurnaan jati diri semuanya menjadi contoh dan pedoman ramai sahabat nya 

ABIM mercu sebagai satu badan yang tiada tolak badingnya berteras perkhidmatan kepada Rakyat 
Tadika dan Taska ABIM pada satu masa dulu satu perubahan dalam sistem pendidikan melayu  menanam asas keagaman dalam anak Melayu . Disebalik kanak kanak diajar lagu Humpty Dumpty ABIM tealah mengorak langkah membekal asas ISLAM menjadikan anak anak kita bersedia mengahadapi pendidikan sekular 

Mungkin saya antara yang bernasib baik dapat mengenali beliau dengan lebih dekat . ini saya bukan reka untuk dapat menjadi Calon atau mendapat Jawatan . Ini satu kebenaran yang patut diketahui umum . Saya berpendapat tidak perlu kita kipas  orang seperti ini kerana terlalu banyak yang kipas dia dan saya rasa dia muak dengan kipas , bodek dan angkat yang dia terima . Ini kisah benar dengan nama allah dan saya harap dapat dinilai sendiri oleh pembaca 

Ada beberapa kali saya berkesempatan menaiki kereta dengannya , 
Tetapi saya ingin menyingkap kemabali kali pertama saya menaiki kereta dengannya menemani ia berkempen pada ketika itu Pak Su tak sihat . Saya bukan lah kenalan rapat atau kawan lama beliau cuma saya sentiasa membantu semenjak 1998 lagi dalam proses tersebut saya mengenali semua adik beradik termasuk Arwah Abang Sulong beliau Rani. Abang Rosli pula kebetulan di IMR dan saya di KKM dan adalah sahabat sahabat yang sama , Marzuki kalau berambut sebiji macam DSAI , Pak Ibrahim rajin juga saya lawati sewaktu beliau tinggal di kampong Tengku PJ. Jiran beliau Rahmang pula menjadi rakan Arkab selepas itu . 

Saya duduk disebelahnya  didalam Mercedec S Class perbualan agak terbatas kerana banyak panggilan talipon dan sms beliau terima  

Tiba tiba beliau mencari  sesautu didalam kereta dan katanya " saya rasa ada satu lagi " , Saya masih kebingungan akan apa yang dimaksudnya , tiba tiba dia pun berkata " Ah ini belum buka lagi  untuk you " sebotol Air mineral . kemudian dia pun mengambil Botol air mineral yang sudah diminumnya sedikit dan meneguk air tersebut.

Terdetik hati saya beginikah beliau menghormati Tetamu nya yang kerdil ini dengan menawarkan air sebotol sebelum dia meneguk air , Apakah begitu tinggi nilai budi pekerti dan kesopanan beliau . 

Kami pun menilai tempat ceramah yang dituju samada perlu lama atau panjang masanya  tetapi itu semua cerita politik tak payah saya eloborate.










Ketika keluar dari Felda beliau  membaca SMS dia perlu menalipon sahabat nya namun gagal " Hai disini tak ada line " saya melihat Talipon saya dan dapati line ada 3 bar , saya terus bertanya nak call ke Dato terus dia menjawab " Boleh kah saya guna " dengan ayat itu saya sungguh terpengun akan kesopanan dan ketertiban beliau dan  bagaimanakah saya menyatakan pada diri saya saya amat perlu  bersahabat dengan seseorang Insan seperti ini dan sungguh berbangga melihat Pemimpin Melayu unggul ini 

Saya pernah juga bersahabat dengan Dato Musa Hitam yang hadir pada hari persandingan saya tahun 80 an , saya pun pernah belanja TS Mahyuddin Yassin makan dan berkata biar lah saya bayar boleh cerita orang Muwar saya belanja menteri " ketawa dia melihat telatah saya  ketika beliau mula mula  bertugas di  KBS , Saya pernah juga berkawan dengan Zahid Hamidi bila gila motor besar dulu , Kecil kecil dulu main kodang kody dengan Zambry selepas mengaji Quraan dengan Tok Nu , Ada juga jumpa dia setelah jadi menteri besak , Tetapi antara mereka semua paling saya respect sebagai sahabat ialah ketua Umum pada parti yang saya telah menjadi Ahli 


selamat tinggal UMNO selama lamanya

  

Tiada ulasan: