Rabu, 20 Jun 2012

Subsidy

Bajet 2012 samada ditipu atau memang tak tahu urus

pecah lubang lagi
Harga gula sebenar yang dikira oleh pengeluar gula sepatutnya di pasaran ialah RM 2.40 sekilo tetapi oleh kerana subsidy kerajaan ianya berharga RM 1.80 sekilo

Pada 15 July 2010 Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan akan megurangkan susbsidy gula dengan pelbagai cara sebelum itu dikempenkan melalui faktor kesihatan bagi mendapat sokongan keputusan ini 

Apakah ayat pemati dalam isu ini ayat pemati nya jika kita berterusan memberi subsidy maka kerajaan boleh jatuh bankrap kerana ia menyebabkan perbelanjaan melebehi 7% dari KDNK

Tetapi apa jadi pada hari ini subsidy ini naik 40% dari angka yang sepatutnya dibelanjakan untuk tahun ini - Sandiwara atau memang tidak tahu mengurus 

Apakah dia nya KDNK atau GDP 

KDNK ialah keluaran dalam negara kasar ia diukur dengan 3 keadah keluaran , pendapatan, atau perbelanjaan

Apa maksud nya 

Maksudnya  jika kita berniaga kedai makan bagaimana kita boleh mengukur seluruh jumlah jualan kedai samada kita kira jumlah harga makanan disediakan , atau kita ambil  kira jumlah wang diterima dari jualan harian atau kita kira dari barangan yang dibeli dan dicampur untung maka dapat lah Jumlah sebenar jualan kita 
Ini juga dikira dalam negera kita bagi menetukan jumlah nilai berangan dan perkhidmatan yang dihasikan oleh semua rakyat dinegara kita 

Jadi negara pun prinsipnya macam kedai makan kalau kita menjangka kita akan dapat menjual makanan RM 1,000 .00 sebulan maka kita boleh jangka kita belanja 
Bahan mentah  RM  200.00 
Upah                 RM  200.00 
Sewa                 RM  150.00 
Untung              RM  450.00

Kalau kita Rasa kita ada untung $450.00 sebulan jadi kita boleh tukar kereta ke Pronton Previe tambah bayar bulanan $250.00 dan boleh simpan lagi $ 200.00 ini kita nama lebihan ia itu surplus Budget

Tapi jika kita tetap dengan Jumlah jualan RM 1,000.00 dan perbelanjaan bahan mentah ,upah , sewa , dan ansuran  kereta jumlah 1,200.00 bermakana lebih belanja dari apa kita jual dalam 14 bulan sama aje tak ubah ubah lingkup tak kedai makan itu 

Ini lah yang dimaksud Budget Defisit yang berterusan bertahun tahun yang boleh memusnahkan negara.

Perlu semua rakyat faham urusan tadbir kewangan negara tanggungjawab semua ahli parlimen , adun dan rakyat amnya 


Rakyat perlu memahami hak kita 

Jadi Orang UMNO bagi tahu orang Pakatan Rakyat apa awak sibuk ini kedai (Negara ) kita bangkrap pun bangkraplah awak apa ada hak dengan kedai makan kami . betul kalau kedai ( Negara) ini bapak awak yang bagi modal berniaga  -

Bagi kes ini UMNO bapak , Tok dan Cucu cicitnya Malaysia ini bukan hak mereka tetapi hak rakyat 

Satu kedai Makan dibuka dengan modal datang dari wang Masjid .
bukan modal peseorangan ,Kedai Makan diusahakan oleh pengurusan yang dilantik AJK Masjid . 

Jadi mustahak dan penting ke tidak semua pihak mengetahui samada kedai ini akan ditabirkan dengan baik dan bermutu dan memberi munafaat pada Masjid dan tiada unsur unsur  penyelewengan   dan perlu dipastikan dari semasa ke semasa kedai ini boleh untung dan ambil tindakan cepat supaya tak lingkup 
Kawan Baik Kak Ijat
Apa yang pakatan Rakyat dah siasat dan bagi Tahu sekarang awak telah belanja $ 1,200.00 sedangkan kedai hanya boleh jual $ 1,000.00 masallah ini boleh selesai jika bahan mentah Daging yang dibeli bukan dari Kak Ijat yang juga AJK masjid harga daging $ 100.00 jadi $ 250.00 komisyen bagi kat Lebai Najib pengerusi Masjid . Tapak niaga sebenarnya percuma diwakaf orang tetapi kenapa Timb Pengerusi Masjid Kulop Anak Kiai Yassin minta sewa bulanan RM 150.00 , Upah AJK AJK dah jadi 80 ribu sebulan dulu waktu saya Timbalan Pengerusi pun 38 ribu sebulan sahaja .

Kita patut boleh tingkat nilai jualan kalau AJK tak bawak anak bini dengan geng geng nya sekali makan free kat kedai sampai 36 juta sekali makan

Satu lagi fajtor penting
 
Wang Masjid dikutip dari orang ramai lagi banyak ceramah, lagi aktif AJK masjid tabung akan meningkat , Tetapi jika AJK masjid diketahui umum meyeleweng , membazir , belanja untuk elaun AJK tinggi tinggi mahukan orang ramai menderma mahukah penceramah datang membantu jika dia mengesayki ini berlaku . Samalah keadaaan nya pada kabinet UMNO BN sekarang .Mahukah pelabur asing datang mahukah rakyat lebih produktif ,innovatif dalam perniagaan dan positif meyumbang   

Ini lah apa yang Pakatan Rakyat dan DSAI bangkitkan dalam Perbahasan Rang Undang Undang Pembekalan Tambahan di parlimen sekarang mengenai urustadbir UMNO / BN
 
JADI FIKIRLAH HABIS HABIS NAK KEKALKAN AJK (unmo) YANG ADA ATAU KELUARKAN MEREKA SEGERA  . AJK YANG ADA SIBUK CARI JALAN NAK PERTAHANKAN KERUSI MEREKA SAMPAI PERINGKAT SURUH ORANG BALING BATU KAT JEMAAH YANG MENETANG MEREKA TAK CUKUP ITU TUDUH JEMAAH YANG BANGKANG NI PELIWAT AMBIL 3 BILLON MACAM MACAM LAGI ITULAH HAKIKATNYA SUPAYA JEMAAH INI TAK DATANG MASJID LAGI ,

FIKIR FIKIR LAH 








Tiada ulasan: