Rabu, 10 April 2013

Calon Keadilan Rakyat Wilayah Perseketuan

True Reformist telah diberikan kerusi lamanya di Batu satu lagi true reformist di kekalkan di Lembah Pantai . Sejarahnya adakah mereka di jalannan pada 1998 Jawapannya Ya cuma lambat dan cepat sahaja

Tapi saya masih ingat Tahun 1998 , Tian Chua tak kelihatan sebelum insidence Anwar ditangkap selepas DEMO masjid negara baik diperkarangan rumah Jalan Tunku atau jelajah sebelum itu . Soalnya Kenapa

Soalnya 1998 dilihat kebanyakan orang Tiong hua ianya sebagai a Malay Affair semasa itu banyak yang dari UMNO  berkhemah di Rumah Jalan Tunku , Kawan Kawan UMNO termasuklah Zamberi Abd kadir , Zahid hamidi , Hamdan Tahar , Osman , dan banyak lagi sudah tentu Rahmang yang merupakan Jirannya

Saya masih teringat Tarikh 28 September 1998 , Pada masa itu saya masih ingat diantara 6 anak DSAI hanya Izaah yang faham bahawa bapanya adalah seorang Pejuang, Ehsan hanya mampu ketawa dan masih tidak memahami apata lagi yang lain

Iltizamnya pada masa itu ialah menegak kan hak, membela rakyat miskin ,mempertahankan maruah bangsa dan menigkat syiar Islam
Tentunya perjuang utama beliau ialah memperjuangkan keadilan , menegakkan kebenaran dan membela hak rakyat

Kenapa saya hadir  meyokong DSAI tanpa usul periksa terus menyokong apabila melihat air muka dan ucapan nya di Batu pahat yang meyedarkan saya pengasas Yayasan Anda ini telah difitnah , dianaiyai dan dizalimi




Adakah it is a " Malay Affair" saya kata tidak begitu kerana tugas pertama saya ialah memcetak risallah pertama yang perlu diedarkan di Masjid Kampong bahru sebelum ke kelantan . Amat nyata dan terkejutsaya semua kos cetakan telah dibiayai oleh rakan rakan kilang cetak  berbangsa Tiog Hua yang meyokong penuh perjuang Disini lah saya megenali Low Chee Chong

Baru lah saya sedar pada ketika itu semua Rakyat Malaysia meyokong beliau tetapi Mahathir berjaya memejarakan beliau dan mematah semangat  perjuang Reformasi , Tapi ketika itu maklumat dan penerangan amat terhad. Walaupun selepas itu era mahzalim muncul

Apabila beliau dipenjarakan Perjuang reformasi tidak berhenti Malik Husiien dan Hisahmuddin Rais memainkan peranan penting dalam meyususn gerakan reformasi dan kami juga sedar tidak ada penyesuiaan boleh di buat dengan Pentadbiran pada masa itu .Masa itu lah di rekrutnya Tian Chua , Tian Chua tak pernah patah balik , Pak Din dan lain lain

Kekejaman pada Anuar Ibrahim memecah lubang rahsia besar " kekejaman dan kezaliman UMNO pada Rakyat "

Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Audit Negara dan bertekad akan berjuang atas asas reformasi namun ayat istiqamah yang DSAI pesan amat perlu dalam perjuangan ini dan perlu dari dalam diri kita 
dan semangat kita dalam islah ini - Ini yang saya kurang faham dan saya bertekad untuk berjuang membebaskan Anak Melayu yang Ikhlas perjuangnya.

Pada Tahun 2004 beliau telah Bebas pada Tahun itu juga saya mengadakan Lawatan Beliau meyambut hari raya di Kajang  . Apabila beliau bebas semangat saya pun  luntur dan tidak lagi bergiat aktif apabila melihat Politukus politikus yang selama ini tidak kelihatan mula mengambil tempat sebab itu hingga ke hari ini saya masih lagi ragu sahabat perjuangan Hulu Langat baik yang Adun sekarang atau Ketua Cabang samada adakah semangat Islah didalam hati kecil mereka

Tetapi dengan prasangka baik kita terima mereka sekarang dan kepincangan mereka terpaksa di ketepikan dulu kerana agenda besarnya ialah perjuangan di Medan Pilihanraya . tetapi Isyallah selepas pilihanraya tidak kira awak parti apa pun jika melanggar prinsip perjuagan reformasi kebenaran dan keadilan dan tidak memperjuangkan hak rakyat dan cuba tamak dan haloba denagn kuasa politik yang ada pada anda ,saya beriltizam saki baki hidup ini saya akan  tentang habis habisan peyelewangan hak rakyat  Saya akan kembali pada perjuangan asal 1998 menegakkan Horiyah, Addalah dan kebenaran dengan kekuatan istiqamah


Tiada ulasan: