Selasa, 18 Februari 2014

PRK N25 DUN Kajang - Kesan Pesempadanan Semula

PILIHAN RAYA UMUM  (DUN) KAJANG, SELANGOR

 
Sejauh mana kekuatan DAP di kajang mengikut sejarah Pengundi moderate hakkah Sungei Chuah Tidak pernah menerima DAP  mahu pun Pembinaan Funeral parlour di Sungei Chuah ,


Persempadanan semula dan kesannya


Persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 di kawasan DUN Kajang memberi implikasi kepada 6 aspek,
1.     pertambahan dan pengurangan (perubahan) bilangan pemilih kawasan DUN
2.     perubahan bilangan pemilih mengikut kaum
3.     segi pertambahan kerusi DUN/konstituensi
4.     kesan persempadanan ini kepada keputusan pilihan raya iaitu kebolehan parti-parti
5.     kesan yang jelas terhadap keputusan PRU 2004 iaitu memberi kelebihan kepada BN
6.     PRU 2008 adalah sebaliknya.



a)        Perubahan Bilangan Pemilih Secara Keseluruhan

DUN Kajang
1995,  26,876 orang
2003   26,984 orang
meningkat seramai 108

DUN Kajang telah dimasukkan 5 daerah mengundi dari DUN Balakong iaitu Sungai Chua 1-5 yang mempunyai bilangan pemilih seramai 9919 orang bagi menampung kekurangan pemilih di DUN Kajang dapat ditampung dengan kemasukan daerah-daerah mengundi Sungai Chua 1-6 (6 daerah mengundi). Tetapi corak mengundi DUN akan berubah



b)        Perubahan Bilangan Pemilih Mengikut Kaum

segi kaum di DUN Kajang

1995, bilangan pemilih Melayu 14,689 selepas persempadanan,  2004 bilangan  pemilih Melayu  di  DUN ini  telah  berkurangan  sebanya2841  orang iaitu kepada 11,848 orang pemilih sahaja  . Kerana PAS menang Tahun 1999. Dan pegurangan ini perlu dibuat bagi Memenangkan BN ( MCA)

Bagi bilangan pemilih Cina pula didapati bahawa pada
9Februari 1995, bilangan pemilih etnik ini ialah 8613 orang
2 Mac 2004 pula bilangan pemilih etnik ini ialah 12,763 orang
peningkatan yang amat drastik iaitu sebanyak 4150 orang bilangan pemilih.

Bagi pemilih etnik India pula pada 9 Februari 1995,
bilangannya ialah 3574
2 Mac 2004 bilangan pemilih ini telah berkurangan sebanyak 1365 orang iaitu kepada 2209 orang.

, persempadanan bahagian pilihan raya 2003 (berbanding Pilihan Raya Umum/PRU 1999) telah menyebabkan berlakunya pengurangan bilangan etnik Melayu dan India di DUN Kajang tetapi berlaku  peningkatan  bilangan  pemilih  etnik  Cina  yang  amat  drastik  

Penguranga pemili Melay di   DU Kajang   selepa persempadana semul 2003 menyebabkan DUN Kajang menjadi DUN yang mempunyai komposisi etnik campuran yang dilihat  sebagai  usaha  pengukuhan  geopolitik  BN  yang  mempunyai  kekuatan  di  kawasan campuran Justeru, persempadanan semula 2003 telah mempengaruhi komposisi etnik di DUN Kajang iaitu berlakunya peningkatan pemilih etnik Cina yang pada ketika itu (1999 dan 2004) memberi kelebihan kepada BN  Sekarang anda kena faham kenapa Kongress 2004 Keadilan diadakan ditokong Cina Ipoh .



Perbandingan peratusan pemilih berdasarkan kepada etnik mengikut tahun Pilihan Raya
Umum di DUN Kajang

Tahun/Etnik
Melayu
Cina
India
Lain-lain
Jumlah
1995
54.7%
32.1%
13.3%
0.0%
100%
1999
57.4%
35.3%
7.1%
0.2%
100%
2004
43.9%
47.5%
8.0%
0.6%
100%
2008
46.6%
44.1%
8.7%
0.6%
100%

Sumber: Buku Laporan Statistik Kaum, Daftar Pemilih Pilihan

c)        Perubahan Kedudukan dan pertambahan serta pengurangan Daerah Mengundi

Persempadanan baru kawasan pilihan raya 2003 telah menyebabkan kedudukan daerah-daerah mengundi dalam DUN Kajang berubah. Perubahan daerah-daerah mengundi dalam DUN Kajang menyebabkan kawasannya telah dibahagi kepada dua bahagian DUN iaitu DUN Kajang dan sebahagiannya lagi menjadi kawasan DUN Bangi. kawasan DUN Kajang dan digunapakai dalam PRU 2004 ialah
Cheras Utara,
Sungai Sekamat,
Saujana Impian (pecahan daerah mengundi Taman Mesra),
Taman Mesra,
  Sungai Kantan,
  Taman Kajang Baharu,
  Sungai Chua 1, 2, 3, 4 dan 5 ( berasal daripada DUN Balakong), Serdang,

Ingat ini tidak termasuk kemasukan pengundi Melayu Simpang balak dan Sungei Balak yang dimasukkan ke Balakong senagai wasted Vote 

d)      Pertambahan Kerusi DUN/Konstituensi

Dalam membuat kajian persempadanan, terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti dan dititikberatkan oleh SPR antaranya ialah tempoh sesuatu kajian itu perlu dilakukan; penentua
kawasan luar bandar; dan keadaan masyarakat. Kesemua peraturan ini amat perlu dititikberatkan kerana ia akan memastikan sesuatu pilihan raya itu berjalan dengan adil atau tidak.
 Dilihat dapat mengukuhkan geopolitik orang Melayu kerana sebelum ini (1982-1995) DUN Kajang diwakili oleh wakil rakyat yang berbangsa Cina. Kewujudan kerusi DUN baru (Bangi) ini juga dapat membawa suara politik orang Melayu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor adakah itu sebenarnya atau disebabkan kehilangan DUN Kajang kepada PAS sebanyak 37 undi Kesan Reformasi .


e)        Perubahan Kedudukan dalam Kawasan Parlimen

DUN Bangi yang sebahagian besarnya berasal daripada DUN Kajang, telah dipindahkan ke dalam kawasan Parlimen Serdang yang mengandungi DUN Balakong dan DUN Seri Kembangan. DUN Puchong yang asalnya dalam kawasan Parlimen Serdang dinaiktaraf menjadi kawasan Parlimen baru iaitu Parlimen Puchong yang mengandungi DUN Seri Serdang dan DUN Kinrara. Kemasukan DUN Bangi ke dalam kawasan Parlimen Serdang dapat menyertakan wakil rakyat berbangsa Melayu dalam kawasan Parlimen  tersebut  kerana  sebelum  persempadanan  2003,  3  orang  wakil  rakyat  daripada  4 keseluruhannya  iaitu  Parlimen  Serdang,  DUN  Balakong,  Seri  Kembangan  (kecuali  DUN Puchong yang diwakili oleh pemimpin berbangsa Melayu, dikeluarkan daripada Parlimen Serdang) diwakili  oleh  pemimpin  yang  berbangsa Cina.  Kemasukan  DUN Bangi  ke  dalam kawasan Parlimen Serdang dapat menggantikan DUN Puchong yang dikeluarkan dari kawasan Parlimen Serdang dan dijadikan kawasan Parlimen baru iaitu Parlimen Puchong. Hal demikian dapat mengekalkan kuasa geopolitik orang Melayu dalam Parlimen Serdang kerana DUN Puchong yang diwakili pemimpin Melayu telah dikeluarkan daripada kawasan Parlimen Serdang dan dinaik taraf sebagai kawasan Parlimen baru iaitu Parlimen Puchong. Itu Alasan nya tetapi Keputusan 2008 didapati sebenarnya “ Wasted Vote “telah diujudkan di Parlimen Puchong bagi menegkalkan kuasa


f)         Kesan Persempadanan Terhadap Keputusan Pilihan Raya

Jika dilihat kesan persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 terhadap keputusan pilihan raya 2004, didapati bahawa sokongan pengundi terhadap BN telah meningkat antara PRU 1999 dengan PRU 2004. Jumlah pengundi yang telah mengundi BN dalam PRU 1999 di DUN Kajang ialah 10,885 undi manakala dalam PRU 2004 di DUN Kajang bilangan undi yang memilih BN ialah 11,380 undi iaitu meningkat sebanyak 495 undi.

Bagi parti pembangkang pula pada PRU1999 yang diwakili oleh PAS telah mendapat undi sebanyak 10,922 undi, namun pada PRU 2004 iaitu parti pembangkang yang diwakili oleh PKR di DUN ini hanya mendapat 8507 undi sahaja iaitu berlaku penyusutan undi yang besar iaitu sebanyak 2415 undi. Di DUN Bangi pula pada PRU 2004 telah menyaksikan BN menang besar iaitu dengan undi sebanyak 12,563 undi berbanding PAS yang hanya mendapat 8855 undi sahaja (majoriti kemenangan BN sebanyak 3708 undi)

Hal ini jelas menunjukkan bahawa selepas persempadanan bahagian pilihan raya bagi DUN Kajang dan DUN Bangi, BN telah menang besar di mana dalam pilihan raya ini. Pengundi Melayu (mengikut majoriti etnik bagi kawasan-kawasan Daerah Mengundi) di DUN Kajang telah memberi undi mereka kepada calon bukan Melayu BN (5520 undi)  dan  majoriti  antara  mereka  tidak  mengundi  calon  bukan  Melayu  daripada  parti pembangkang yang hanya mendapat 3758 undi.

Hal ini adalah disebabkan oleh mereka menganggap bahawa walaupun calon yang bertanding adalah bukan Melayu yang mewakili BN namun faktor pemimpin utama BN adalah daripada parti Melayu UMNO serta semangat permuafakatan antara parti-parti komponen BN dapat menjamin kepentingan orang Melayu di kawasan ini.

Bagi  DUN  Bangi  pula  didapati  kemasukan  daerah-daerah  mengundi  seperti  Sungai Ramal Luar, Sungai Ramal Dalam (DUN Balakong) dan Bangi (DUN Beranang) telah memberikan kelebihan kepada BN (UMNO) untuk menguasai DUN ini. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga kawasan tersebut ialah kawasan yang majoritinya ialah Melayu dan pada tahun PRU
1999 juga kawasan ini merupakan kubu kuat BN yang mana daerah mengundi Sungai Ramal Dalam  daSungai  Ramal  Luar  telah  menyumbangkan  undi  kepada  Bsebanyak  1102 berbanding parti pembangkang iaitu DAP yang mendapat 963 undi. Pada PRU 2004 iaitu selepas
persempadanan semula bahagian pilihan raya, dua daerah mengundi ini telah memberikan BN undi  sebanyak  1676  undi  berbanding  calon  PAS  yang  mendapat  1109  undi.  Bagi  daerah mengundi Bangi pula yang dibawa masuk daripada DUN Beranang pada PRU 1999 BN telah mendapat undi sebanyak 1138 undi berbanding PAS yang hanya mendapat 652 undi sahaja. Dalam PRU 2004 pula, daerah mengundi ini telah memberikan BN undi sebanyak 1651 undi berbanding PAS yang hanya mendapat 676 undi sahaja (Rujuk Jadual 4). Kewujudan DUN Bangi ini dapat memberikan kuasa politik/geopolitk kepada orang Melayu di dalam Parlimen Serdang. Justeru, persempadanan semula bahagian pilihan raya DUN Kajang telah memberi kelebihan  kepada  parti  pemerintah  iaitu  BN  pada  PRU  2004  yang  mempunyai kelebihan/kekuatan di kawasan campuran (DUN Kajang) dan menang (UMNO) di DUN Bangi yang mempunyai pengundi Melayu yang majoritinya menyokong mereka sekaligus mengiyakan konsep gerrymandering dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya tersebut.

Namun demikian, impak gerrymandering tersebut hanya bertahan untuk satu penggal pilihan raya (2004) kerana pada PRU 2008, BN tewas kepada PKR (di DUN Kajang) dan PAS (di DUN Bangi) hasil daripada „tsunami politik‟ iaitu peralihan undi (swing vote) yang tinggi oleh pengundi bukan Melayu (Cina dan India) kepada PKR dan PAS. BN tewas di kesemua kawasan daerah mengundi majoriti kaum Cina serta kawasan campuran dengan majoriti yang besar (Rujuk Jadual 3 dan 4).

Jadual 3. Perbandingan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 1995-2008 di DUN Kajang antara
BN dengan Parti-Parti Pembangkang (PAS dan PKR)

Parti
BN
PAS(1999)/PKR(2004-2008)
PRU
1995
1999
2004
2008
1995
1999
2004
2008
Daerah
Mengundi dan etnik
Cheras    Utara
(campuran)
1038
837
1520
1243
405
963
989
1534
Sungai
Sekamat
(Melayu)
1066
917
1448
1347
425
1023
865
1304
Saujana
Impian
(campuran)
-
-
256
397
-
-
219
446
Taman   Mesra
(campuran)
583
516
932
379
254
645
751
555
Sungai Kantan
(Melayu)
820
544
1364
858
433
933
934
632
Taman Kajang
Baharu (Cina)
710
601
794
734
270
483
451
1142
Kajang (Cina)
1169
1027
807
589
209
457
641
882
Reko
(campuran)
1685
1617
-
-
388
813
-
-
Sungai
Tengkas
(campuran)
1671
1560
-
-
414
995
-
-
Kampung
Baharu (Cina)
1316
1284
-
-
425
620
-
-
Seksyen
3,4&5      BBB (Melayu)
974
412
-
-
938
1097
-
-
Seksyen   1&2
BBB (Melayu)
656
612
-
-
479
1711
-
-
Seksyen        6
BBB (Melayu)
944
-
-
-
569
-
-
-
Sungai Chua 1
(Cina)
-
-
1285
832
-
-
1289
1789


Sungai Chua 2
(Cina)
-
-
1085
595
-
-
985
1323
Sungai Chua 3
(Cina)
-
-
258
176
-
-
314
411
Sungai Chua 4
(Cina)
-
-
319
209
-
-
382
493
Sungai Chua 5
(Cina)
-
-
696
459
-
-
667
1029
Taman Delima
(campuran)
-
-
-
441
-
-
-
542
Kantan Permai
(campuran)
-
-
-
577
-
-
-
695
Bandar Kajang
(campuran)
-
-
-
291
-
-
-
397
Undi Pos
319
258
616
834
31
47
20
46
JUMLAH
12,976
10,885
11,380
9952
5271
10,922
8507
13,220
(Sumber: Diubahsuai daripada Buku Helaian Mata/Score Sheet Keputusan Pilihan Raya Umum
1995-2008 Negeri Selangor)
(Bernombor gelap adalah menang)



Jadual 4. Perbandingan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2004-2008 di DUN Bangi antara
BN dengan Parti Pembangkang (PAS)

Parti
BN
PAS
PRU
2004
2008
2004
2008
Daerah Mengundi dan Etnik
Sungai Tengkas (campuran)
3007
-
1331
-
Taman Jasmin (campuran)
-
406
-
735
Taman Kajang Utama (Cina)
-
411
-
724
Taman Bukit Mewah (Cina)
-
1489
-
2155
Reko (campuran)
1899
-
724
-
Reko Utara (campuran)
-
301
-
500
Reko Selatan (Cina)
-
652
-
1166
Sungai Ramal Luar (Melayu)
1142
1079
747
1055
Sungai Ramal Dalam (Melayu)
534
620
362
555
Seksyen 3,4&5 BBB (Melayu)
1806
-
1871
-
Seksyen 3 BBB (Melayu)
-
422
-
1034
Seksyen 4 BBB (Melayu)
-
532
-
1199
Seksyen 5 BBB (Melayu)
-
688
-
915
Seksyen 6 BBB (Melayu)
1159
988
1166
1559
Seksyen 1&2 BBB (Melayu)
1275
-
1950
-
Seksyen 1 BBB (Melayu)
-
810
-
1512
Seksyen 2 BBB (Melayu)
-
349
-
864
Bangi (campuran)
1651
1102
676
1274
Taman Kajang (Cina)
-
621
-
1334
Bandar Mahkota (campuran)
-
167
-
307
UKM (Melayu)
-
241
-
274
Undi Pos
90
131
28
39


JUMLAH
12,563
11,009
8855
17,201
(Sumber: Diubahsuai daripada Buku Helaian Mata/Score Sheet Keputusan Pilihan Raya Umum
2004-2008 Negeri Selangor)
(Bernombor gelap adalah menang)

Justeru, dapatan kajian ini (untuk PRU 2004) selari dengan kajian Lim Hong Hai (2003); Toh Kin Won (2003); Brown (2005); dan Ong Kian Ming (2005) iaitu persempadanan semula bahagian pilihan raya oleh pemerintah sepastinya memberi kelebihan kepada Parti Pemerintah melalui konsep gerrymandering dengan cara mengubah sempadan berdasarkan komposisi etnik dan lokasi geografi (bandar/luar bandar) agar memberi kelebihan kepada Parti Pemerintah untuk memenangi pilihan raya umum

Namun untuk PRU berikutnya iaitu pada tahun 2008, konsep/kaedagerrymandering ini tidak  lagi relevan  dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya untuk memihak kepada Parti Pemerintah kerana faktor hempasan „tsunami politik‟ yang dijana oleh faktor isu semasa, faktor ketidaktelusan dan ketidakbolehpercayaan terhadap pemerintah yang sedia ada, faktor ekonomi, faktor perkauman dan faktor setempat telah mendominasi pola dan pilihan politik pengundi, khususnya etnik Cina dan India  yang telah menenggelamkan‟ status quo dan hegemoni politik BN yang berteraskan politik pembangunan dan faktor 3M (Money, Media & Machinery).

Tiada ulasan: