Khamis, 20 Februari 2014

PRK N25 Kajang - Pola Pengundian



PRK N 25 kajang  - Kajian terhadap Pola Pengudian

Kajian perlu menganbil Kira perbandingan dengan DUN bangi oleh kerana Kriteria DUN Kajang  hasil dari pecahan Dua DUN ini

Pola pengundian di DUN Kajang dan Bangi dalam PRU 1995-2008 dipengaruhi oleh isu dan sentimen nasional.

PRU 1995
berlakunya „swing vote untuk BN sebanyak 11.8 peratus berbanding PRU 1990
berfaktorkan kepada dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan. Mahathir serta keadaan ekonomi yang stabil. Kemudian pada

PRU 1999,
„swing vote‟ berpihak kepada parti-parti pembangkang sebanyak 8.7 peratus yang berpunca daripada faktor sokongan dan simpati pengundi terutamanya pengundi Melayu terhadap Dato‟ Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada UMNO dan Kabinet Kerajaan Malaysia.

Apa UMNO telah buat kemudiannya ialah setelah kalah 1999 DUN  Kajang  ditandingi  oleh  Dr.  Shafie  Abu  Bakar  yang  mewakili  PAS,  menang  dengan majoriti 37 undi. 2003persempadanan semula dengan PRU 2004, kawasan tersebut dimenangi pula oleh calon BN yang diwakili oleh Low Lee Leng dengan majoriti 2873 undi.

Perubahan pola pengundian ini dapat  dilihat  daripada  beberapa  aspek,  iaitu  
perubahan  persempadanan  daerah  mengundi kawasan  pilihan  raya,  saluran  mengundi,  etnik  atau  kaum  dan  lokasi  geografi.  
perubahan persempadanan kawasan pilihan raya 2003, bagi DUN Kajang dalam pilihan raya kali ini jelas menguntungkan BN. Hal ini demikian kerana daerah atau peti undi yang dahulunya dimenangi PAS pada PRU 1999 seperti
Seksyen 3, 4 dan 5 Bandar Baru Bangi (majoriti 685 undi),
Seksyen 1 dan 2 Bandar Baru Bangi (majoriti 1099 undi),
\Seksyen 8 Bandar Baru Bangi  (majoriti  489  undi)  
Majoritinya  pengundi  Melayu  telah  dikeluarkan  dari  DUN Kajang dan  dimasukkan  dalam  DUN baru iaitu  DUN  Bangi.


PRU 2004,
pengunduran Mahathir sebagai Perdana Menteri dan perlantikan Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti beliau memberi kelebihan kepada BN dengan berlakunya lonjakan undi „swing vote‟ kepada BN sebanyak 7.4 peratus dengan „mandat besar, harapan besar‟ pengundi untuk melihat perubahan dalam governans dan gaya pemerintahan yang berlandaskan kepada ketelusan dan toleransi.

Atau the system created to win BN  Kita lihat apa telah dimanupulasi pada 2003,
Bagi  mengimbangi  kesusutan pengundi DUN Kajang,
5 daerah mengundi dari DUN Balakong, Serdang yang majoritinya pengundi  Cina telah  dimasukkan  ke DUN Kajang  yang semakin  mengecil  tersebut  Hal  ini menyebabkan kawasan DUN Kajang yang dulunya iaitu pada PRU 1999 pengundi Melayunya sebanyak 57.4 telah dijadilan Kawasan DUN Kajang merupakan salah satu kawasan yang pengundinya merupakan pengundi yang multiracial atau pelbagai kaum yang agak seimbang.
47.30 peratus adalah pengundi Cina,
43.91 peratus adalah pengundi Melayu  
8.19 peratus adalah pengundi berbangsa India manakala
0.23 peratus pula ialah pengundi daripada bangsa lain.

Hasilnya, BN telah memenangi pilihan raya DUN Kajang dengan majoriti 2873 undi.

Low Lee Leng yang bertanding atas tiket BN mendapat 11,380 undi seterusnya berjaya menewaskan calon KeADILan iaitu Lee Kim Sin dengan majoriti 2,873 undi. Jika ditinjau dengan lebih mendalam dari sudut daerah mengundi pula, didapati BN menang di 10 daerah mengundi undi iaitu di
Cheras Utara dengan majoriti 531 undi,
Sungai Sekamat dengan majority 583 undi,
Saujana Impian dengan majoriti 37 undi,
Taman Mesra dengan majoriti 181 undi,
Sungai Kantan dengan majoriti 430 undi,
Taman Kajang Baharu dengan majoriti 343 undi,
Kajang dengan majoriti 166 undi,
Sungai Chua 2 dengan majoriti 100 undi,
Sungai Chua 5 dengan majoriti 29 undi
undi pos dengan majoriti 596 undi.

PKR  pula menang di daerah mengundi
Sungai Chua 1 dengan majoriti 4 undi,
Sungai Chua 3 dengan majoriti 56 undi
Sungai Chua 4 dengan majoriti 63 undi.

Dari segi saluran pula, BN menang di 41 saluran mengundi manakala
PKR menang di 13 saluran mengundi.
BN juga menang di kesemua 6 daerah mengundi yang majoritinya adalah pengundi Melayu iaitu di Cheras Utara, Sungai Sekamat, Saujana Impian, Taman Mesra, Sungai Kantan dan Taman Kajang Baharu
PKR pula 3 daripada  6 daerah mengundi yang majoritinya adalah pengundi Cina iaitu di Sungai Chua
1, Sungai Chua 3 dan Sungai Chua 4.

Dari segi saluran mengundi pula, bagi saluran mengundi satu dan dua iaitu pengundi tua dan dewasa, jelas memihak BN.
Namun demikian, bagi saluran mengundi 3, 4 atau 5 dan 6 di daerah mengundi yang majoritinya pengundi Cina, didapati undi mereka berpihak kepada pembangkang iaitu KeADILan  (kini Parti Keadilan Rakyat/PKR).

Sebagai contohnya,
calon KeADILan menang di saluran 4 daerah mengundi
Kajang dengan majoriti  18 undi saluran 6 daerah mengundi Sungai Chua 1
majoriti 38 undi, saluran 2 pengundi muda daerah mengundi Sungai Chua 3
majoriti 13 undi, saluran 2 pengundi muda daerah mengundi Sungai Chua 4
23 undi dan saluran 4 daerah mengundi Sungai Chua 5

Meskipun  kelima-lima  saluran  di  Sungai  Chua  dulunya  (1999)  memihak kepada parti pembangkang DAP, DUN lain  namun trend pada pilihan raya umum 2004, sebahagiannya masih mengundi pembangkang iaitu calon dari KeADILan iaitu Lee Kim Sin meskipun DAP tidak meletakkan calonnya di DUN Kajang.

Kemudian dari segi etnik, didapati bahawa pengundi Melayu tetap mengundi calon Cina dari BN berbanding calon Cina dari KeADILan.
contohnya daerah mengundi
Cheras Utara (65.80 peratus Melayu),
Sungai Sekamat (83.45 peratus Melayu),
Taman Mesra (73.21 peratus Melayu)
Sungai Kantan (86.47 peratus Melayu)
telah memenagkan calon BN bagi daerah-daerah mengundi mereka.
 Cheras Utara dengan majoriti 531 undi,
Sungai Sekamat dengan majoriti 583 undi,
Taman Mesra dengan majoriti 181 undi
Sungai Kantan dengan  majoriti 430 undi.

Pengundi Cina pula, pengundi tua dan dewasa mengundi calon BN manakala pengundi muda didapati mengundi calon KeADILan.

Seterusnya dari segi keterbandaran, didapati tidak terdapat pola pengundian yang jelas kerana pengundi di DUN Kajang, baik di bandar mahupun di kawasan perkampungan Melayu seperti Sungai Kantan dan Sungai Sekamat secara majoritinya mengundi BN meskipun calon BN tersebut calon bukan Melayu.

Pada PRU 1999, Bangi adalah sebahagian daripada DUN Kajang. Dr. Shafie Abu  Bakar  yang  mewakili  PAS,  menang di  DUN Kajang dengan  majoriti  37  undi. Kemudian  setelah  persempadanan  semula  kawasan  pilihan raya  dilakukan  pada tahun  2003 menyebabkan Bangi dikeluarkan dari DUN Kajang, Parlimen Hulu Langat, seterusnya dijadikan DUN baru iaitu DUN Bangi dan dimasukkan dalam Parlimen Serdang.
Persempadanan semula 2003 tersebut yang disusuli pula dengan pilihan raya umum 2004, yang akhirnya kawasan DUN Bangi dimenangi pula oleh calon BN yang diwakili oleh Dr. Amran Kasimin dengan majority 3708 undi.

PRU 2004.Secara keseluruhannya, pola pengundian mengikut daerah mengundi di DUN Kajang dan DUN Bangi), sebahagian besar saluran mengundi dan juga berdasarkan kepada majoriti etnik Melayu dan Cina juga menunjukkan bahawa BN menguasai hampir keseluruhan aspek pola pengundian yang dinyatakan tersebut. Keadaan ini dikaitkan dengan corak   kepimpinan   baru   (islamik   dan   memberi   ruang   kepada   semua   pihak   untuk bersuara/memberi pandangan) dan mesra rakyat yang ditonjolkan Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri ketika itu yang telah diberi kepercayaan penuh oleh pengundi

Antara isu yang dicanangkan dalam PRU 2004 ialah kepimpinan baru negara, ketelusan, islamisasi, kestabilan ekonomi, keselamatan dan kelemahan pentadbiran PAS di Terengganu dan Kelantan. Pilihan raya umum 2004 merupakan  medan untuk melihat impak persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 serta penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan Dato‟ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Setelah Pak Lah dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau telah membawa imej baru kepemimpinan negara. Beliau menampilkan imej beliau dengan bertindak sebagai imam dalam solat di pejabat dan masjid serta menaikkan taraf Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada taraf suruhanjaya untuk mencegah salahlaku rasuah di negara secara menyeluruh iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM).  





PRU 2008 – Rakyat sedar mereka diTipu

berlaku „tsunami politik‟ yang menuntut perubahan kepada pemerintahan negara secara total (terutamanya oleh pengundi Cina dan India) serta ketidakpercayaan sistem kehakiman dan perekonomian yang adil kepada semua tanpa mengira kaum/etnik dengan anjakan „swing votekepada parti-parti pembangkang (kini Pakatan Rakyat) sebanyak 10.7 peratus yang menyaksikan BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sebaliknya hanya menang dengan majoriti mudah seterusnya tewas di 4 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Erti kata lain Nothing Change we were taken for a ride  , Lets Change them


Dari pola pengundian ini saya boleh merumuskan pengundi Kajang lebih mirip kepada isu nasional dan  Negeri dan mereka bijak menbuat penilaian sendiri kepada  parti dan calon yang bertanding dan DON’T TAKE THEM FOR A RIDE OR THEY WILL MAKE YOUR RIDE JAMM SO WHICH PARTY WILL BE CARJAM IN KAJANG

Tiada ulasan: