Isnin, 17 Februari 2014

PRK N25 - Fahami lah DUN CARJAM



PILIHAN RAYA UMUM (PRUDI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KAJANG, SELANGOR








PENGENALAN

Geografi politik merupakan salah satu aspek kajian geografi manusia iaitu satu bidang kajian yang lebih besar, namun di dalamnya terkandung elemen pembeza yang membuatnya terkhusus

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah kawasan yang dikenalpasti mendapat kesan efektif  pemenrintah  pada  persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 terhadap pilihan raya umum

Persempadanan semula tersebut juga memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum 2004 di kawasan kajian dengan memberi kelebihan kepada parti peneraju Kerajaan Negeri dan Persekutuan iaitu Barisan Nasional (BN) namun ia berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU)
2008. Justeru, artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut impak persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 dan pola pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

. Berdasarkan temubual, pemerhatian di lapangan dan kajian kepustakaan didapati bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 menyebabkan berlakunya perubahan bilangan pemilih secara keseluruhan, perubahan bilangan pemilih mengikut kaum, perubahan kedudukan dan pertambahan serta pengurangan daerah mengundi, pertambahan kerusi DUN/konstituensi, perubahan kedudukan DUN dalam kawasan Parlimen dan memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.

Persempadanan semula menyebabkan DUN Kajang dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu DUN Kajang dan DUN Bangi dan digunapakai dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.

Persempadanan semula tersebut juga memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum 2004 di kawasan kajian dengan memberi kelebihan kepada parti peneraju Kerajaan Negeri dan Persekutuan iaitu Barisan Nasional (BN) namun ia berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU)
2008. Justeru,



.

Dalam sejarah pilihan raya di Malaysia sebanyak 6 kali proses persempadanan telah dilakukan iaitu pada tahun 1958, 1966, 1974, 1983, 1992, 2003. Persempadanan kawasan pilihan raya ini amat penting kerana selain daripada menentukan kawasan-kawasan yang perlu ada dalam pilihan raya ia juga bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya ketidakseimbangan dalam sesuatu kawasan dan ini akan menyulitkan pentadbiran kerana setiap hari pertambahan  penduduk akan terus berlaku terutama dikawasan bandar akibat daripada proses migrasi.

memanipulasi kawasan ini telah menyebabkan masalah dalam politik setempat tindakan     ini   telah   menimbulkan   satu   konsep   iaitu   yang   dikenali   konsepGerrymandering’. Konsep ini ialah satu konsep yang menerangkan tindakan memanipulasi atau tindakan secara sengaja pihak yang mempunyai kuasa politik dalam sesuatu wilayah negeri atau tempat dalam penyusunan dan pengaturan semula kawasan-kawasan pentadbirannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang akan datang. Tindakan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan undi parti pembangkang sama ada dalam satu kawasan kecil ataupun kawasan yang  berhampiran  .  Selain  itu  tindakan  ini  akan  membolehkan  parti pemerintah mendapat lebih banyak undi dalam pilihan raya berbanding parti pembangkang, walaupun tindakan  ini  „illegal‟ tetapi  ia memberi  kelebihan  kepada parti  pemerintah  dalam mengekalkan kuasa mereka dalam sesuatu kawasan.






Terdapat tiga teknik atau cara gerrymander districts‟ atau cara memanipulasi kawasan menurut teori ini. Cara pertama yang boleh digunakan iaitu  melalui konsep Excess Vote‟..  Contohnya Kelantan ialah kawasan yang kuat menyokong pihak PAS oleh itu Kerajaan Pusat akan cuba menumpukan perhatian kepada negeri Pahang dan Terengganu dalam pilihan raya bagi memastikan kedua-dua negeri ini tidak akan ditawan oleh PAS. Ini bermakna parti kerajaan mengehadkan kuasa pihak pembangkang keatas negeri Kelantan sahaja.

Cara yang kedua ialah melalui „Wasted Vote iaitu tindakan bagi mengurangkan pengaruh pihak pembangkang dalam sesuatu kawasan dan menghalang pihak pembangkang memperolehi undi majoriti sebanyak yang boleh cara yang dilakukan ialah dengan memasukkan kawasan yang dijangka boleh dimenangi oleh pihak pemerintah kedalam kawasan yang dimenangi oleh parti pembangkang atau kawasan yang banyak undi parti pembangkang.

Cara yang ketiga ialah melalui kaedah wang stacked. Melalui kaedah ini kawasan yang jauh dari bandar akan dijadikan kubu untuk parti pemerintah mengekalkan kuasanya. Konsep ini boleh dikatakan seperti konsep hutang  budi  dimana pihak pemerintah akan menggunakan kaedah wang bagi membangunkan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar ini, biasanya masyarakat luar bandar akan berpegang kepada konsep balas budi. Selain itu, mereka juga akan berpendapat sekiranya mereka tidak menyokong parti pemerintah tetapi menyokong parti pembangkang mereka akan menghadapi masalah kerana rata-rata penduduk luar bandar terdiri daripada penduduk miskin.



KAJIAN LEPAS

Ismail Kassim (1979) menyatakan hubungan antara proses persempadanan kawasan pilihan raya dengan kekuatan parti politik Melayu adalah saling berkaitan. Ini kerana di Malaysia masyarakat Melayu merupakan golongan yang paling ramai dan biasanya tinggal di suatu tempat di luar bandar. Oleh itu apabila satu parti pemerintah yang berkuasa boleh melakukan pemecahan kawasan bagi menjaga kepentingan orang Melayu dan juga kepentingan parti mereka.

R.S Milne dan R.S Milne dan Diane K.Mauzy (1982) telah menyatakan bahawa UMNO sebagai parti pemerintah telah menggunakan satu kuasa bagi pengehadan terhadap pengaruh kumpulan bukan Melayu yang diwakilinya bermula pada tahun 1969 iaitu selepas tragedi 13 Mei yang mana telah menyebabkan Malaysia berada didalam keadaan darurat dan negara diperintah oleh MAGERAN (Majlis   Gerakan   Negara).   Dalam   menghadkan   pengaruh   kumpulan   ini   parti   ini   telah menggunakan beberapa cara iaitu pertama melalui pembentukan kerjasama antara kaum dan yang kedua ialah melalui muslihat” iaitu melalui pengubahan sempadan kawasan pilihan raya atau sempadan politik, yang dikatakan mengubah sempadan pilihan raya ini ialah seperti membahagikan atau memecahkan kawasan yang dirasakan atau dilihat mampu untuk dikuasai oleh pihak pembangkang (orang bukan Melayu dan parti pembangkang).


Lim Hong Hai (2003) dalam   kajiannya   mengenai   kaitan   antara   persempadanan   kawasan   pilhan   raya   dengan pengukuhan  kuasa  UMNO  telah  mendapati  sepanjang  proses  persempadanan  yang  telah dilakukan ianya tetap memberi keuntungan kepada parti UMNO di mana pewakilan parti ini di dalam Parlimen sentiasa melebihi 2/3.



METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

pengaruh gerrymandering dalam persempadanan bahagian pilihan raya kawasan DUN Kajang dan Bangi. Kedua-dua kawasan ini pada asalnya ialah satu kawasan yang terletak dalam DUN yang sama iaitu DUN Kajang, namun pada tahun 2002 iaitu pada tahun asas persempadanan semula bahagian pilihan raya kawasan DUN Kajang telah dibahagikan kepada dua iaitu DUN Kajang dan DUN Bangi.


Kawasan DUN Kajang (N.25)

1994 sebelum persempadanan semula
85 km persegi
23,634 orang pemilih (1994))
2003 selepas persempadanan semula
 39.56 km persegi
25,419 orang pemilih (2003).


DUN Kajang terletak dalam kawasan Parlimen Hulu Langat yang turut mengandungi DUN Semenyih dan DUN Dusun Tua

DUN Kajang terletak di 98° utara, 101.77° timur
dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi.

Pada tahun persempadanan kawasan pilihan raya 1994, kawasan DUN Kajang masih kekal dalam kawasan Parlimen Hulu Langat. mewujudkan pusat-pusat mengundi baru.
DUN Kajang meliputi 11 daerah-daerah mengundi iaitu

Cheras Utara,
Sungai Sekamat,
Taman Mesra,
Sungai Kantan,
Taman Kajang Baharu,
Kajang, Reko,
Sungai Tangkas,
Kampung Baharu,
Seksyen 1 & 2 Bandar Baru Bangi (BBB),
Seksyen 3, 4 dan 5 Bandar Baru Bangi
Seksyen 6 Bandar Baru Bangi.

2003, kawasan yang kekal dan digunapakai dalam PRU 2004 ialah
Cheras Utara,
Sungai Sekamat,
Saujana Impian (pecahan daerah mengundi Taman Mesra),
Taman Mesra,
Sungai Kantan,
Taman Kajang Baharu,
Kajang dan Sungai Chua 1, 2, 3, 4 dan 5 (asal daripada DUN Balakong, Serdang)

Kemudian bagi PRU 2008, wujud beberapa daerah mengundi baru iaitu
Bandar Kajang (pecahan daerah mengundi Kajang),
Taman Delima (pecahan daerah mengundi Sungai Sekamat),
Kantan Permai (pecahan daerah mengundi Sungai Kantan)

dasarnya Kajang terdiri dari
penempatan majoriti Melayu iaitu di Sungai Sekamat, Sungai Kantan;
penempatan kaum Cina di Kajang (bandar) dan Sungai Chua 1-5;

kawasan taman perumahan yang mempunyai campuran etnik di
Taman Mesra,
Saujana Impian
Taman Kajang Baharu;
etnik minoriti iaitu India di Cheras Utara,
Taman Kajang Baharu
Sungai Sekamat.

Jumlah pemilih berdaftar (2008) dalam DUN Kajang ialah
 29,868 orang dengan 46.6 peratus etnik Melayu, 44.1 peratus Cina dan 8.7 peratus India.

Tiada ulasan: