Memaparkan catatan dengan label Mahyuddin Yassin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahyuddin Yassin. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Isu Surau Al-Huda — Teo Nie Ching - Dah jadi Isu Perkauman pulak

Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog

Masjid ini tak salah saya dibina oleh orang Bukan Islam , No Problemo






28 OGOS —  Ahad 22hb Ogos  sebagai ahli parlimen Serdang YB Teo Nie Ching telah mengunjungi Surau Al-Huda Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau 

Oleh kerana  telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor 

Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita yang dikatakan  menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan 


Jadi ini dikatakan isu Kesucian Masjid :

Ini patut dijelaskan dengan terang kepada umat Islam yang kebanyakan nya daif tentang hukum ini

Apakah hukum perlakuan ini Haram, harus ,makruh, sunat atau wajib dan apakah nas nas yang meyokongnya dan juga jika ada fatwa yang telah dikeluarkan akan perlakuan ini dapat diperjelaskan .

Ini bukan nak menfitnah atau mereka cipta atau menokok tambah : tapi lebih memberi Contoh :

Jika bukan Islam apakah tertibnya ,waktunya kawasannya dan keadahnya beliau memasuki surau 
Contoh jika haram jadi tahu lah contohnya Kontrektor pembaikan tak boleh dari Kalangan orang Islam 

Tidak timbul soal melayu ,India atau Cina .

Saya pun  jadi keliru ni , Apakah yang dikatakan Tazkirah 

YB ni pun satu tak ada ke wakil orang kuatnya dikalangan umat Islam Orang Islam tak boleh masuk DAP ke   Buat jamuan Muhibbah sama macam saya kecil kecil dulu di Pulau Pangkor


Gua rasa eluk gua masuk DAP lah kasi neutralise problem ni mari Tukar Tiub ajak ramai ramai melayu masuk DAP 




Khamis, 19 Ogos 2010

Namanya pun Saman ekor ( Ikut nasib)




Saman ekor ini sama ke dengan Tikam ekor , kenapalah hinanya penguatkuasa peraturan ini 




KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Kedegilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu meneruskan saman ekor sempena perayaan tahun ini biarpun mendapat bantahan rakyat dilihat cubaan memungut 'duit raya' dari rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, alasan Ketua Polis Negara bahawa saman ekor untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah bukan satu alasan yang tepat.Ini kerana menurutnya, sejak saman ak ekor diperkenalkan, kadar kemalangan jalan raya terutama di musim perayaan sentiasa meningkat dan jikapun menurun hanya pada skala kecil.

"Saman ekor tidak banyak kesan positif pun. Secara logiknya, pemandu tidak akanslow (perlahan) pun sebab tak tahu dia akan disaman ke tidak.

Ya ke , ada kajian ke , jangan rendahkan diri dengan komen yang keras macam ini polis pun rakyat juga dan ini perkara dasar bukan PDRM sahaja terlibat .kritik lebih profesional sikit la abang aji 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mengumumkan PDRM akan tetap meneruskan saman ekor dalam Ops Sikap 22 sepena Aidil Fitri bermula 1 September ini.

Beliau memberi alasan, perlaksanaan itu adalah bagi mendidik pengguna dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan ini.

Bukan kah Polisi nya  " Saya yang menurut Perintah ". PDRM objektif nya mendidik rakyat ke penguatkuasaan ,Apa ke benda agensi yang belanja duit untuk Iklan tu dalam TV dok ajar orang ikut undang undang . 

Laksanakan tugas dengan berhemah awak tu IGP Tak usahlah bertekak dengan orang politik .Te jawab " Padangan ini akan saya bawakan ke Menteri dalam Negeri"
Kenapa le kata orang MCA Lansi sangat   


Pada saya banyak persoalan perlu dijawab

-   Apakah keadah saman ekor ini bersesuaian dengan tempat dimana jumlah kemalangan paling kerap berlaku atau  lebih kepada mudah memerangkap pemandu

-  Statik pengukuran keberkesanan tentu ada dan boleh dibuat kajian melalui Jabatan Audit Negara mereka ini agak lebih bebas mengeluarkan hasil kajian (Independent)

- Video boleh dipaparkan secara online kenapa nak caj bila Rakyat mahukan pengesahan 

- Berapa kes bantahan diterima dan berapa yang ditolak 

- Saya pernah jadi mangsa dan ada mengemukakan nama pemandu tetapi ditolak kes saya dokumentasikan secara terperinci tetapi dimana nak abitrate tak ada avenue.

-  Adakah ini benar benar adil , kereta yang baru dijual tapi saya yang kena saman disini isu Timely 

- Jadi pada saya banyak Flaw eluklah review semula pelaksanaannya   




- Konklusinya Saranan pemuda PAS itu ada asasnya sungguh pun ia berkait lebih mengeksplotasikan sentimen. Zaman 40an polis ubah caranya untuk menawan hati rakyat  

Selasa, 15 Jun 2010

Jusoli Bagaimana ia muncul





Pada 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid datang ke Malaya untuk mendrafkan satu perlembagaan untuk satu negara Malaya yang merdeka. Dalam proses itu, UMNO – ketua rakan kongsi Perikatan UMNO-MCA-MIC – diminta untuk bersetuju untuk “suatu kewarganegaraan umum untuk seluruh Persekutuan” yang membenarkan “semua orang (di Malaya) layak menjadi warganegara melalui kelahiran atau memenuhi kelayakan seperti bermastautin, bahasa dan sumpah ketaatan

Pemimpin-pemimpin parti tersebut bersetuju untuk menyelesaikan perbezaan dan bersuara dengan satu kepada Suruhanjaya tersebut. Itulah asal kontrak sosial tersebut di antara pemimpin UMNO dan MCA. MCA bersetuju bahawa hak keistimewaan orang Melayu dilindungi, dan UMNO pula bersetuju bahawa orang CIna dan bukan-Melayu yang lain diberi hak kewarganegaraan dengan lebih mudah dengan prinsip jus soli (kelahiran). Orang Cina juga dibenarkan supaya terus memainkan peranan dominan dalam ekonomi.


Cadangan draf Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada 1957, disemak dan diubah oleh jawatankuasa kerja di Malaya yang terdiri daripada wakil Perikatan, Raja-raja Melayu, dan Kerajaan British dalam mesyuarat di London. Dengan kelahiran Perlembagaan Persekutuan Malaya, Yang Di-Pertuan Agong diberikan tanggungjawab untuk menjaga “kedudukan istimewa orang Melayu” dan juga “hak-hak rasmi komuniti-komuniti yang lain”.

Sebelum penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963, satu lagi proses konsultasi telah dimulakan di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak pada 1962. Daripada proses ini muncullah kontrak sosial (dalam laporan Suruhanjaya Cobbold) sama seperti konsensus pada 1956–57. Asas kontrak tersebut seperti dalam memorandum yang dihantar oleh Parti Perikatan bahawa Islam adalah agama rasmi kerajaan, tetapi “tidak akan mengenakan halangan kepada warganegara bukan Islam daripada menganut dan mengamalkan agama masing-masing dan tidak juga bermaksud bahawa kerajaan bukanlah kerajaan sekular”.

Isi-isi Perlembagaan Merdeka telah memberikan rangka kerja untuk Perlembagaan Persekutuan 1963. Perlembagaan Persekutuan ini telah meliputi fasal-fasal tentang hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan, dan agama tanpa merampas “hak dan keistimewaan mana-mana individu, permit atau lesen yang diperoleh atau dinikmati atau dipegang olehnya” (Fasal 153). Ia juga telah meliputi “beberapa isu-isu lain yang berkaitan dengan hal-ehwal hubungan orang Melayu dan Cina”.


Dengan kata pendek, Perlembagaan Persekutuan, yang dibentuk pada 1957 dan 1963 melalui perbincangan dan konsensus bapa-bapa kemerdekaan, adalah berdasarkan kontrak sosial yang telah mengasaskan negara ini. Perlembagaan ini “memberikan gambaran terhadap kontrak sosial di antara rakan kongsi yang setaraf yang menjamin kesaksamaan terhadap semua rakyat, tidak mengira kaum atau agama, dalam demokrasi yang pluralis,” kata Dr Ng Kam Weng, Pengarah Kairos Research Centre, dalam artikel di The Star pada 15 November, 2003.

Dalam semangat Kontrak Sosial yang telah diasaskan oleh nenekmoyang kita, tiada kumpulan etnik yang perlu merasakan ianya lebih rendah tarafnya daripada etnik yang lain. Ini telah dijamin oleh Perdana Menteri yang telah berjanji pada hari keputeraan Yang Dipertuan Agong tahun lalu bahawa Kerajaan akan berpegang teguh terhadap kontrak sosial dengan melindungi semua kumpulan etnik daripada segala bentuk penindasan ataupun diskriminasi (The Star, Jun 6, 2004).

Sabtu, 17 April 2010

Pilihanrata Hulu Selangor P49 " Pandangan Anak Perak"



ADAKAH ANAKNYA SETARAF DENGAN BAPANYA
Lawatan rasmi Tun Razak ke Pangkor

Kita memang perlukan seorang Ahli Parlimen yang berwibawa seperti beliau itu kita tak boleh nafikan beliau sepatutnya diberi tempat satu kerusi tetapi UMNO tidak berbuat begitu KENAPA ????
Sebaliknya mengambil beliau sebagai Menteri diikat dengan Tali senator Adakah ini percaturan mengikat seorang yang Kaliber mengikut telunjuk Boss dimana jelas wang dan kontrek Runding terus bukan umpanannya.


Akhirnya beliau meninggalkan apa yang diidam-idamkan oleh semua ahli UMNO kerana dia memegang teguh pada fahaman agamanya

Berpegang kepada apa yang saya percaya juga Manusia tidak menentukan Taqdir satu manusia lain dan saya percaya " Honesty is the best Policy " .Saya berdoa Datuk Zaid diberi peluang memduduki Kerusi Parlimen.


Itu asas nya bukan kerana sokong PAKATAN ATAUPUN BARISAN



Dengar ayat Calon P kamalanathan baik baik itu datang dari isi hatinya semasa Interview dengan Malaysiakini

" If you want me to be honest i am just working very hard to convince or to tell the party leadership or the Barisan leadership please consider me for the 13th general Election I was preparing myself for that"


If u r not considered then what happen .
You are supposed to work hard for ur countrymen Taking Care of Indian problem a social obligation because you love to your country and Indian Community
Ayo yo what a principle u have
MIC is another company for u to be promoted. I guess u are still young and not careful with your statement



Kalau anda menang Datuk Zaid , kemenangan akan menjadi kemenangan untuk Rakyat Malaysia Bukan Hulu Selangor sahaja . Satu Ahli Parlimen yang berpengalaman dan mutu Kualiti perkhidmatan yang amat sangat diperlukan oleh Pakatan terutama Ketua Pembangkang , penerimaam Datuk Zaid juga mennunjukkan Tahap pemikiran dan minda Rakyat berkembang dan lebih matang .

Pola Pengundi yang umur 30 ke 50 tahun 80 peratus mempunyai SPM /MCE . Pentadbiran Negara perlu disemakuji ,verfikasi dan di nilai prestasinya .Ini boleh dilakukan oleh Parlimenterian yang berilmiah matang dan proaktif berbanding seorang PRO .Jadi pengundi Hulu Selangor ingat Malaysia bukan hanya kepentingan Setempat