Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog
Bernama 2 September 2010 22.15 PM PM pun sedar
Berita Penuh Click Sini
PM pun sedar yang Media dikatakan media Arus Perdana hanya kepada Perdana Menteri bukan Rakyat
Tipu ,Bohong Fitnah lah lagi banyak banyak kat orang Melayu .
Sampai Rakyat dah Tak Caya lagi
KAH ,KAH KAH
Ini lah Van Peneranagn Media Arus Perdana Tahun 50 puluhan time rakyat banyak yang butu huruf
Zaman sekarang banyak yang pandai membaca tak terima pulak Surat Khabar semua nak bloggers report
Kah Kah Kah
Memaparkan catatan dengan label tukar tiub. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tukar tiub. Papar semua catatan
Jumaat, 3 September 2010
Ahad, 29 Ogos 2010
Isu Surau Al-Huda — Teo Nie Ching - Dah jadi Isu Perkauman pulak Siri 2
Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog
Dah Terjawab pun oleh sahabat kita dari Sg Ramal Kajang , Jumpa dia tempoh hari di Segambut dan tanya dia dah tak ingat ke saya lagi ,dia terpingga pingga, saya pun bagi tahu "1998 BMW Kunning " terus dia Jawab Oh ya
Apa nak buat kereta lebih terkenal dari tuannya
Huraian Saya (......BOLD & Italic....)

PARTI KEADILAN RAKYAT KENYATAAN MEDIA
28 Ogos 2010
DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
Isu Bukan Islam Masuk Masjid
Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.
( Perenggan Pertama Hentam balik UMNO. Saya rasa silap kenyataan ini kalau kita amati perlakuan ini dilakukan oleh Kapitalis dan Kroni yang berkaitan bukan UMNO per say . Agenda ini lebih pada mempersenda Agama kita dan memainkan sentimen orang melayu dengan memperalatkan Institusi yang patut di hormati oleh Orang melayu MAIS dan ......... perkara ini saya padang lebih serius kerana memperalat keadah ini untuk Politik dengan memudaratkan Institusi yang sepatutnya neutral)
Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.
Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.
Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"
Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.
( Perenggan 2, 3, 4 dan 5 adalah Jawapan nya untuk semua orang melayu faham )
Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.
Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.
Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.
( Perenggan 6 , 7, 8 Juga jawapan nya tapi bukan masallah menyempitkan pemikiran orang melayu tetapi lebih pada hakikat laporan yang meyelewengkan fakta ,Jelas di sebut di Berita beliau memberi TAZKIRAH ini amat bahaya)
Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.
Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.
Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini.
Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.
( Perenggan ini adalah lebih mengankatkan tindakan kita masuk bakul .... saya rasa ini bukan isu nya . Isu nya ialah akibatnya , Pertama kita mesti berpandukan -prasangka baik satu tuntutan dan keikhlasan ini mebolehkan mengeratkan silaturahim yang lebih baik dimasa hadapan tetapi telah dirosakkan dan membuat ianya satu fobia bagi kaum musyrikin mendampingi dan menghormati Surau yang merupakan juga teras institusi Komunity setempat . Jelas maksud Tazkirah hanya difahami oleh orang melayu dan perlakuan YB berkenaan tidak sikitpun menepati terjemahan Tazkirah ini)
Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.
(Walaubagaimanpun syabas atas tindakan tuan yang semasa)
Ulasan tukartiub.blogspot.com
Label:
anak perak blog,
Anwar Ibrahim,
DAP,
kajang,
Kenyataan Media,
PAS,
PKR,
Politik Malaysia,
PRU 13,
PRU13,
Sabotaj,
tukar tiub,
Zambry Abd Kadir
Rabu, 25 Ogos 2010
PAS dakwa Mahathir ugut Melayu, buat tak faham
Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog
KUALA LUMPUR 25 Ogos — PAS kesal dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam didakwa mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah Malah parti itu juga berpandangan bahawa Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini sekarang dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata berkali-kali parti itu menegaskan kepada rakyat kalau “Umno kalah yang menangnya ialah PAS ”.
Kenapa lah mereka masih percaya akan adanya Pilihanraya 13
Pilihanraya akan takada Kenapa nak buat kalau dah tahu akan kalah
Brunei tempat selamat deposit dah bagi , Singapore Jalan keluar kedua .dah setting gateway cantik punya .Sekarang settle airbase sungei besi supaya control 100%
Kah Kah Kah ...................................................
Pulun cukup cukup kasi settle Plan A dan B kemas kemas simpan baik baik kat offshore
Masih tak nampak lagi ke
Ya kah Tak caya la
Label:
Anak Perak,
Anwar Ibrahim,
BN,
DAP,
kajang,
Kenyataan Media,
pilihanraya,
PKR,
Polis,
Politik Malaysia,
Politik Perak,
PRU 13,
PRU13,
tukar tiub,
UMNO,
Zambry Abd Kadir
Khamis, 19 Ogos 2010
MELAYU BOLEH JADI BANGSAT DI TANAH AIR NYA SENDIRI
Pandangan dan Tulisan yang dikeluarkan bukan bagi mengaib , meyinggung atau mefitnah dan tidak boleh ditakrifkan satu penulisan untuk rujukan dan bahan yang boleh dikaitkan untuk mana mana pihak bagi tujuan apa sekalipun Dari Penulis Blog Blog
Ini lah kata kata yang dikeluarkan oleh Pengetua SITC pada tahun lima pulohan kepada Arwah Tun Ghaffar baba dan ramai lagi guru guru yang kemudiannya balik ke kampong masing masing dan mejadi ahli di bahagian masing masing Termasuklah arwah bapa saya.
Sedar tak disedari mereka diterapkan sebagai Pejuang Bangsa diasuh , dididik untuk mempertingkatkan bangsa Melayu melalui Ilmu dan sosial . Pemuda pemuda ini kemudian meresapi seluruh Negara dengan satu matlamat dan satu arus perjuangan .
Mereka Pulang ke kpg halaman menubukan Persatuan dan Kumpulan berasaskan Melayu Tema nya
Kelab Sukan Melayu, Perak Malay Football Team, Malay Dindings Hoki Team dan berbagai persatuan lagi
Pasukan Hoki Melayu Dindings .
India Muslim mula diterima sebagai Melayu bagi maksud menguatkan Pasukan sukan.
Tetapi Kini apakah Institusi ini dapat menjamin dan menjaga kemajuan orang orang melayu , Apakah mekanisma yang akan menjaga kepentingan Ekonomi Orang Orang melayu ,Pendidikan Orang Orang Melayu ,Adat resam orang melayu , Sejarah melayu .
Jawapan nya terlalu banyak Persatuan ,Agensi , kumpulan .Dewan ,cendiakawan ,pertubohan yang mengunakan nama MELAYU sebagai identiti mereka tetapi hingga ke hari ini tidak satu pun dapat kita jadikan Role Model atau satu kumpulan yang boleh di banggakan oleh Orang Melayu atau benar benar relevan memperjuangkan nasib orang melayu
Hinggakan anak melayu pertama angkasawan pun cuba dihinakan dengan tomahan skandal eventnya , fitnah mefitnah ,aib mengaib atas nama keadah berpolitik.
Tukar Tiub pun sedar apabila ke Bali bertapa hinanya kaum pribumi apabila FDI sangat sangat diutamakan
FDI lah membawa kemajuan dan lonjakan kemajuan yang tak selaras dengan kemajuan setempat.
Saya masih ingat ketika saya di Lumut dan melihat Rest House Lumut seolah olah saya anak melayu tidak layak menjejakinya hanya melihat kaum lain mengnikmati pembagunan hasil negeri .
Berpesta makan malam bersama penjajah .
Ini Namnya pertubohan W.I. Lumut Persatuan Wanita di Lumut Perak . Melayu dikatakan dipinggirkan lihatlah saja korumnya
Bilakah kita akan sedar bahawa hak kita telah dirompak , dicuri dan di manipulasikan selama ini .
Apakah perjuangan bangsa dan Tanah melayu ini tidak releven lagi masa kini atau perlu kah kita bersama berjuang atas landasan kemiskinan, keadalan dan kesamarataan untuk subjek yang dinamakan Rakyat Adakah ini landskap Politik Malaysia masa kini
Bukan kah Ngah Ibrahim telah bergambung dengan Hai San dan Kesultanan dengan Ghee Hin .Salah kah saya masakini berdamping dengan yang bawah ni berjuang dengannya pada tahun 1998. Apakah bezanya cina pantai remis dan Cina kampar . Jelas Cina Melaka ada bezanya . Yang jelas Cinpeng tetap cina dan Tunku tetap Melayu

Sejarah Perak,
tukar tiub
Selasa, 15 Jun 2010
Jusoli Bagaimana ia muncul

Pada 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid datang ke Malaya untuk mendrafkan satu perlembagaan untuk satu negara Malaya yang merdeka. Dalam proses itu, UMNO – ketua rakan kongsi Perikatan UMNO-MCA-MIC – diminta untuk bersetuju untuk “suatu kewarganegaraan umum untuk seluruh Persekutuan” yang membenarkan “semua orang (di Malaya) layak menjadi warganegara melalui kelahiran atau memenuhi kelayakan seperti bermastautin, bahasa dan sumpah ketaatan

Pemimpin-pemimpin parti tersebut bersetuju untuk menyelesaikan perbezaan dan bersuara dengan satu kepada Suruhanjaya tersebut. Itulah asal kontrak sosial tersebut di antara pemimpin UMNO dan MCA. MCA bersetuju bahawa hak keistimewaan orang Melayu dilindungi, dan UMNO pula bersetuju bahawa orang CIna dan bukan-Melayu yang lain diberi hak kewarganegaraan dengan lebih mudah dengan prinsip jus soli (kelahiran). Orang Cina juga dibenarkan supaya terus memainkan peranan dominan dalam ekonomi.

Cadangan draf Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada 1957, disemak dan diubah oleh jawatankuasa kerja di Malaya yang terdiri daripada wakil Perikatan, Raja-raja Melayu, dan Kerajaan British dalam mesyuarat di London. Dengan kelahiran Perlembagaan Persekutuan Malaya, Yang Di-Pertuan Agong diberikan tanggungjawab untuk menjaga “kedudukan istimewa orang Melayu” dan juga “hak-hak rasmi komuniti-komuniti yang lain”.

Sebelum penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963, satu lagi proses konsultasi telah dimulakan di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak pada 1962. Daripada proses ini muncullah kontrak sosial (dalam laporan Suruhanjaya Cobbold) sama seperti konsensus pada 1956–57. Asas kontrak tersebut seperti dalam memorandum yang dihantar oleh Parti Perikatan bahawa Islam adalah agama rasmi kerajaan, tetapi “tidak akan mengenakan halangan kepada warganegara bukan Islam daripada menganut dan mengamalkan agama masing-masing dan tidak juga bermaksud bahawa kerajaan bukanlah kerajaan sekular”.
Isi-isi Perlembagaan Merdeka telah memberikan rangka kerja untuk Perlembagaan Persekutuan 1963. Perlembagaan Persekutuan ini telah meliputi fasal-fasal tentang hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan, dan agama tanpa merampas “hak dan keistimewaan mana-mana individu, permit atau lesen yang diperoleh atau dinikmati atau dipegang olehnya” (Fasal 153). Ia juga telah meliputi “beberapa isu-isu lain yang berkaitan dengan hal-ehwal hubungan orang Melayu dan Cina”.
Dengan kata pendek, Perlembagaan Persekutuan, yang dibentuk pada 1957 dan 1963 melalui perbincangan dan konsensus bapa-bapa kemerdekaan, adalah berdasarkan kontrak sosial yang telah mengasaskan negara ini. Perlembagaan ini “memberikan gambaran terhadap kontrak sosial di antara rakan kongsi yang setaraf yang menjamin kesaksamaan terhadap semua rakyat, tidak mengira kaum atau agama, dalam demokrasi yang pluralis,” kata Dr Ng Kam Weng, Pengarah Kairos Research Centre, dalam artikel di The Star pada 15 November, 2003.
Dalam semangat Kontrak Sosial yang telah diasaskan oleh nenekmoyang kita, tiada kumpulan etnik yang perlu merasakan ianya lebih rendah tarafnya daripada etnik yang lain. Ini telah dijamin oleh Perdana Menteri yang telah berjanji pada hari keputeraan Yang Dipertuan Agong tahun lalu bahawa Kerajaan akan berpegang teguh terhadap kontrak sosial dengan melindungi semua kumpulan etnik daripada segala bentuk penindasan ataupun diskriminasi (The Star, Jun 6, 2004).
Sabtu, 17 April 2010
Pilihanrata Hulu Selangor P49 " Pandangan Anak Perak"

ADAKAH ANAKNYA SETARAF DENGAN BAPANYA
Lawatan rasmi Tun Razak ke Pangkor
Kita memang perlukan seorang Ahli Parlimen yang berwibawa seperti beliau itu kita tak boleh nafikan beliau sepatutnya diberi tempat satu kerusi tetapi UMNO tidak berbuat begitu KENAPA ????
Sebaliknya mengambil beliau sebagai Menteri diikat dengan Tali senator Adakah ini percaturan mengikat seorang yang Kaliber mengikut telunjuk Boss dimana jelas wang dan kontrek Runding terus bukan umpanannya.
Akhirnya beliau meninggalkan apa yang diidam-idamkan oleh semua ahli UMNO kerana dia memegang teguh pada fahaman agamanya
Berpegang kepada apa yang saya percaya juga Manusia tidak menentukan Taqdir satu manusia lain dan saya percaya " Honesty is the best Policy " .Saya berdoa Datuk Zaid diberi peluang memduduki Kerusi Parlimen.
Itu asas nya bukan kerana sokong PAKATAN ATAUPUN BARISAN
Dengar ayat Calon P kamalanathan baik baik itu datang dari isi hatinya semasa Interview dengan Malaysiakini
" If you want me to be honest i am just working very hard to convince or to tell the party leadership or the Barisan leadership please consider me for the 13th general Election I was preparing myself for that"
If u r not considered then what happen .
You are supposed to work hard for ur countrymen Taking Care of Indian problem a social obligation because you love to your country and Indian Community
Ayo yo what a principle u have
MIC is another company for u to be promoted. I guess u are still young and not careful with your statement
Kalau anda menang Datuk Zaid , kemenangan akan menjadi kemenangan untuk Rakyat Malaysia Bukan Hulu Selangor sahaja . Satu Ahli Parlimen yang berpengalaman dan mutu Kualiti perkhidmatan yang amat sangat diperlukan oleh Pakatan terutama Ketua Pembangkang , penerimaam Datuk Zaid juga mennunjukkan Tahap pemikiran dan minda Rakyat berkembang dan lebih matang .
Pola Pengundi yang umur 30 ke 50 tahun 80 peratus mempunyai SPM /MCE . Pentadbiran Negara perlu disemakuji ,verfikasi dan di nilai prestasinya .Ini boleh dilakukan oleh Parlimenterian yang berilmiah matang dan proaktif berbanding seorang PRO .Jadi pengundi Hulu Selangor ingat Malaysia bukan hanya kepentingan Setempat
Langgan:
Catatan (Atom)