Ahad, 14 April 2013

N25 kAJANG TUKAR

NAMPAKNYA 

WARGA HULU LANGAT ???????????????????????????????????




“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


PILIH PEMIMPIN YANG DIREDAI ALLAH DAN RASULNYA

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggung jawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya untuk memilih yang paling diredai oleh Allah dan Rasulnya. Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa. Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredai oleh Allah dan

Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.

PILIHLA PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:

“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”

Ayat 17 surah al-A’la



TETAPI SAYA RASA PIHAK PIMPINAN LEBIH AFDAL DAN ARIFF 

 “ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”

Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seriusly,sungguh mengejutkan cikgu lee tidak dicalonkan semula.saya tak pasti apa sebabnya tapi apa yg saya lihat dan dengar dia amat disenangi oleh ramai penduduk kajang.harap tiada yg irihati dgn dia.cikgu adalah antara YB yg terajin saya pernah tengok.dia sendiri ke tarik diri? Jika ya then tak boleh buat apa2.jika ditukar kerana irihat,hanya allah yg membalas pada org2 itu.