Khamis, 5 Februari 2009

Dr Zambri dari Pangkor Ke Menteri Besor

Saya akan ke Ipoh sekejap lagi. Tak sempat lah ke Bukit Candan .

Masa saya kecil saya tak kenal Dr Zambry AbdulKadir
Yang saya kenal Zambry Kawan mengaji Quraan .
Lepas tu main galah Panjang kat rumah arwah syed kurish
Tapi rasanya Zambry itu anak Pak Jappor Angkong ayak kampong Masjid emaknya mak badru ke tak salah saya . Dia rasanya anak kepada Tok Sidang Karim pening kan tu tapi itu hakikat

Ismail nayan saya Selalu lepak kat rumah arwah syed kuresh dulu jadi Zambry itu saya kenal

Harap dia melihat belakang dan bangunkan Melayu Pangkor dari cengkaman kapitalis dan kapitan Cina itu hasrat Arwah Ayah saya

Dia tidaklah pelajar gemilang cermerlang waktu sekolah rendah tapi aura dia dengan anak nelayan lain memang ada beza nya Dia adalah Adun yang terbaik pada masa kini . Tahu main guli dan konda kondi .dari kecil Biasa makan Laksa mee
Biasa beli ais krim lima ret dari rumah saya dan hisap Ais kepai


Tapi yang sedihnya dia terpaksa mengambil tampuk kuasa dalam keadaan methodolgi dan keadah yang saya rasa dia pun tidak reda .

Itu bebanan yang terpaksa dipikul dari selebitnya Tajul dan Nizar

Bagi mengatakan dia tidak berjuang kepada keadilan adalah salah kerana era Marafiraun dulu dia lah antara orang yang pertama disumbat ke ISA dan didera begitu hebat sekali sehingga nampak kesan nya bila dibebaskan

Prinsip perjuangan dia sama atau lebih lagi murni dari yang ada didalam pakatan Rakyat
itu saya boleh Vouch

Ha Ha pening juga kan sekejap nampak macam orang PKR sekejap nampak macam orang UMNO

Yang penting kita martabatkan bangsa kita MELAYU di Nusantera Kita adalah Pribumi matan di tanah Melayu ini yang lain nak di Malaysiakan sebab tak boleh di Melayukan

Jangan persoalkan Zambry itu Mamak dia melayu, Melayu yang asal usul ujud dari zaman Dindings dari Zaman Kerajaan Bruas, Zaman Nahkoda Mohd Taib di Lumut lagi
Zaman Ganga nusantara Melayu Perak.

Kempimpinan Perak pada masa itu berlegar di kawasan ini skrg era itu kembali balik


Tapi Saya berdoa dan berharap semangat yang di tanamkan dari Sekolah Rendah oleh Guru Besar yang menperjuangkan erti kemerdekaan Kemelayuan Bangsa masih segar disanubari Beliau

Dan anak anak pangkor Ismail Nayan Ruslan Che rus , Rahim Bomba , Yahaya Teksi dan yang lain lain bersatu lah bersama Dr

Tiada ulasan: