Rabu, 18 Februari 2009

Zambry akan ambil tindakan susulan larangan hadiri sidang DUN Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.

Beliau, bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu.

Hai Melawan Dr Nak ambil Tindakan , Fikir 1/2 Jam dah bagi Verdict dia tak expect pun You datang , Kenyataan Akbhar dah Siap edar sajalah

Zambry berkata, jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar, tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu.

Hai U Tafsir perudangan Takpayah U kan ada Pegawai Undang undang Negeri biarlah
yang arif Komen


"Keputusan jawatankuasa itu juga adalah menidakkan kuasa Sultan Perak yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Dia nak patuh kat Sultan / Nama pun Sivakumar Mana mari
Orang melayu Perak tak gemor kaf la ya nga ni
Bior dia Kurang Ajor Sekarang
Orang Melayu sabor dulu



Katanya, tindakan jawatankuasa berkenaan juga adalah subjudis keranan isu pelantikan beliau sebagai Menteri Besar sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan pelantikan berkenaan.

Sabor Tak payah layan yang penting buat kerja harian rakyat melayu perak nak kerja jalan

Menteri Besar berkata, Sivakumar juga sudah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan sudah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan sudah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan Enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

"Oleh itu dakwaan Speaker bahawa kami sudah gagal menawarkan sebarang penjelasan adalah satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang Speaker," katanya.


Cepat benor atur kan Defend biar lah Siva budak Keling tu merapu dulu



Sivakumar, dalam kenyataan akhbar empat perenggan lewat petang tadi, mengumumkan Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco berkenaan digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini, hari ini. - Bernama

Bukan Hukuman itu agak melampau PIKIOR PIKIOR
Ada pulak dengan satu Komplaint tak ada Majlis atau Jawatankuasa , keputusan seorang sahaja terus menafikan hak rakyat memilih Adun mereka untuk bersidang
Bukan Kah Kamu bertujuh dilantik oleh Rakyat untuk ke Dewan
Apa punya Law ini
Bukan kah Jawatan itu beretika supaya Impartial , reasonable , Accountable dan Acting with Bona fide Intention
Apa Sudah Jadi


Dengor Cakap Cicit Nahkhoda Mat Taib

Tiada ulasan: