Selasa, 24 Februari 2009

Tidak mahu campur isu Pas - Ibrahim

KANGAR 24 Feb. - UMNO tidak mahu mencampuri pergolakan politik antara Pas dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas perkara itu menegaskan, UMNO tidak mahu campur tangan dalam kes berkenaan.

"Itu adalah antara Pas dan Ibrahim. Biarlah mereka yang uruskan. UMNO tidak perlu campur tangan.

"Apa pun keputusan, biar mereka yang buat. Saya tak perlu nak komen," tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan kerjanya ke Taman Teknologi Tinggi Pauh (TTTP) di sini hari ini.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak Ibrahim meletakkan jawatan kerana kelantangan beliau mengkritik pakatan pembangkang.



Anak Arwah Kiyai Yassin ini memang matang
Ganti Cepatlah Najib tu

Ibrahim tu Melukut di Tepi gantang

Tapi kalau Falsafah School of European political Thought
clasification nya
Liablity unharmed Alien to be terminated

Tiada ulasan: