Khamis, 5 Februari 2009

Rakyat terpaksa Terima Keputusan Rampasan Kuasa

Terima keputusan peralihan kuasa - GPMS

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Rakyat Perak diminta menerima keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa mentadbir negeri itu daripada pakatan pembangkang dengan hati terbuka.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Zainal Abidin Mohd. Nor berkata, rakyat negeri itu perlu melihat ke hadapan dan memperkukuhkan sokongan kepada kerajaan yang lebih berwibawa dalam berhadapan dengan dugaan ekonomi yang besar.

''Kami berharap semua pihak dapat bersikap terbuka bagi membenarkan kerajaan baru mengambil alih tampuk pemerintahan dengan tenang.

''Apa yang paling penting selepas ini adalah keperluan dan kepentingan rakyat diberi perhatian dan usaha pembangunan fizikal serta modal insan di negeri ini dapat diteruskan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ini namanya rampasan kuasa

Tiada ulasan: