Selasa, 24 Februari 2009

PENILAIAN RAKYAT KOMEN DR ZAMBRY

Utusan
Rakyat nilai perangai pembangkang

IPOH 23 Feb. – Penduduk Perak perlu menilai sikap berdolak-dalik pakatan pembangkang di negeri ini yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa mereka masih berkuasa.

Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ‘permainan’ mereka itu semakin terserlah dengan wujudnya cubaan memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) secepat mungkin.

‘‘Dulu mereka kata masih berkuasa, selepas itu kata mahu pulang kepada rakyat untuk mengadakan pilihan raya semula, kemudian orang yang mendakwa masih menjadi Menteri Besar ambil tindakan mahkamah dan sekarang mahu ke DUN pula.

‘‘Saya malas nak komen banyak-banyak. Dalam dua, tiga minggu ini mereka cakap macam-macam. Mereka ini cuma mahu main sentimen akhirnya dengan ‘permainan’ begini, rakyat lebih maklum dan boleh tengok sendiri perangai mereka,” katanya.


Fikir Baik Baik - Mula Mula kaji ini

Berapa peratus Rakyat Perak yang Baca Surat Khabar Pembangkang,tenguk Media Berita Website
Berapa Peratus pula terdedah Berita TV , Utusan dan Berita Harian, Star ,NSTP

Berapa banyak pula liputan Nizar & Ngeh dan Kuncu kuncunya dapat liputan berbanding
Dr.

Jadi nampak pada masyarakat Umum yang tidak aktif politik 80% dari populasi Siapa yang cakap banyak dan Komen Banyak

Buat Kajian betultak Pandangan saya , Rakyat akan muak tenguk siapa

Ingat prinsip air yang mengelilingi Dr dari kecil
Terlalu banyak akan memusnahkan sekelilingnya

Tiada ulasan: