Selasa, 3 Mac 2009

KOLEKSI BERITA PERAK MEMBINGUNGKAN DI MAKAMAH

Apa yang Terjadi di Perak


Tujuh Adun BN fail injunksi halang sidang DUN


IPOH: Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang digantung Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memfail injunksi di Mahkamah Tingi di sini, pagi tadi untuk menghalang sebarang sidang Dewan.

Panel tujuh peguam Barisan Nasional (BN) yang diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar akan berhujah 2.30 petang ini di depan Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim.

Komen Saya : Kata tak sah kenapa fail Injuksi



Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Adun BN halang sidang DUN Perak
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) lain menghalang Speaker DUN, V Sivakumar, daripada memanggil sebarang sidang dewan tanpa perkenan Sultan Perak, termasuk sidang tergempar.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Rizwan Ibrahim, dalam kamarnya selepas mendengar permohonan panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar.Firoz berkata keputusan itu membawa kembali pentadbiran berlandaskan perlembagaan di Perak yang sekarang kucar kacir.



Speaker Perak nafi lantik peguam

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dalam kenyataan akhbar tadi berkata beliau tidak pernah melantik Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak mewakilinya dalam perbicaraan injuksi menghalang sidang DUN oleh tujuh Ahli Dewan Undangan (BN).

Katanya, beliau terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi pagi tadi kerana Penasihat Undang-Undang Kerajaan Pernah tidak pernah memaklumkan akan mewakili beliau.
Sivakumar, melalui peguamnya, M Kulasegaran, menghantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim, bahawa beliau tidak melantik Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak mewakilinya dalam perbicaraan petang ni.
Sementara itu, panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, kini berada dalam kamar Ridwan.

Komen Saya : Tak lantik boleh jadi wakil Hai speaker bisu, sakit, hilang akal ke

Tiada ulasan: