Selasa, 3 Mac 2009

MASALLAH PERAK AKAN BERLANJUTAN

Dua Adun buat laporan terhadap Ketua Polis Ipoh dan SUK Perak

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak kawasan Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, hari ini membuat laporan polis berasingan terhadap Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias kerana didakwa menghalang mereka dan 26 Adun yang lain daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi.

"Kami dihalang secara jelas oleh Azisman melalui pengumuman yang mengarahkan kami tidak masuk atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim", kata Khalil di perkarangan IPD Ipoh, hari ini.

Nga pula berkata, Abdul Rahman dipertanggungjawabkan kerana menghalang Adun daripada memasuki bangunan dengan mengunci dewan menyebabkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat diadakan dalam bangunan.

Selepas tidak dibenarkan masuk ke dewan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Speaker mengadakan persidangan tergempar DUN di bawah pokok, 100 metar dari bangunan itu pada jam 10.05 pagi tadi.

Azisman ketika ditemui berkata, kedua-dua wakil rakyat itu berhak untuk membuat laporan dan polis akan menyiasat.

"Terpulang kepada pihak atasan untuk mengambil tindakan kerana tugas yang dilakukan oleh polis adalah arahan daripada SUK," katanya. - Bernama

Jumaat ini sama ada rujuk kes Nizar ke Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Jumaat ini sama ada merujuk persoalan undang-undang kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Sulaiman Abdullah dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Said, dalam mahkamah terbuka.

Mohamaad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah.

Nizar memohon kebenaran mendapat semakan kehakiman berhubung status beliau sebagai Menteri Besar Perak dan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih menteri Besar Perak yang sah.

Dalam hujahnya, Kamaluddin menegaskan kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menjimatkan masa dan kos.

Sulaiman pula berhujah Mahkamah Tinggi perlu mendengar permohonan mendapat kebenaran Mohammad Nizar dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan untuk merunmjuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan.






Nizar akan menghadap Sultan Perak untuk persembah keputusan bubar DUN


IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bagi mempersembahkan keputusan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok sebentar tadi yang meluluskan usul pembubaran Dewan.

"Kami akan menyediakan beberapa dokumen perlu sebelum memohon untuk menghadap baginda Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas sidang tergempar DUN Perak itu selesai.

Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan itu turut meluluskan undi percaya terhadap Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ia dipengerusikan Speaker, V Sivakumar, dan dihadiri 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang lain.

Tiada ulasan: