Selasa, 3 Mac 2009

KOMEN KOMEN BUKAN ORANG PERAK

INI ULASAN ULASAN

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) –
Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau berkata tiga usul yang diluluskan adalah tidak berperlembagaan.

Ini kerana persidangan itu diadakan 100 meter dari Bangunan Dewan Undangan Negeri, bertentangan dengan Aturan Mesyuarat, yang menyatakan bahawa masa dan tempat persidangan itu mestilah yang diwartakan, katanya.

Beliau merujuk Aturan Mesyuarat 10(1) yang menyatakan terma Dewan Undangan Negeri ialah pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Sultan Perak dari masa ke semasa melalui pengisytiharan yang diwartakan.

Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff. pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

"Jika di atas pokok pun ia sah", itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi ini.

Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya kepada Bernama.


Datuk Ambiga Sreenevasan Presiden Majlis Peguam Malaysia



Perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan,"



Sidang bawah pokok tidak bertamadun: Azalina



berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.
"Ia juga satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah). Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Azalina berkata, tidak pernah dalam sejarah negara ini persidangan dewan undangan negeri diadakan di bawah pokok dan perkara itu menandakan partigabungan DAP-PKR-Pas tidak menghormati status dewan sebagai sebuah institusi yang mulia.
"Mereka telah tunjukkan belang mereka, sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat memerintah," katanya.
Persidangan pada 10.20 pagi itu adalah bagi meluluskan tiga usul, termasuk mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam ahli Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Usul lain ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.


Setiausaha DUN Perak ikut peraturan:KSN



PUTRAJAYA: Kenyataan Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri, bahawa dewan itu tidak boleh bersidang tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, adalah mengikut peraturan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Beliau berkata, pada fahamannya, Abdullah menjalankan tugasnya sebagai mana yang dipertangungjawabkan kepadanya.
"Kalau seseorang pegawai itu mengikut peraturan itu adalah benda yang betul," katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Fellow Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dan Penyampaian Diploma Intan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdullah yang menyifatkan sebagai tidak sah persidangan DUN yang dipanggil oleh Speaker, V Sivakumar, tanpa mendapat perkenan Sultan Perak.

Susulan daripada kenyataan itu, Abdullah digantung perkhidmatannya berkuatkuasa serta-merta oleh Sivakumar.

Pagi ini, satu 'persidangan tergempar' DUN Perak yang dihadiri Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada DAP, Pas dan PKR dilangsungkan di bawah pokok tidak jauh dari bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.



Di JAKARTA, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempersoalkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar DUN tanpa terlebih dulu menunggu keputusan mahkamah berhubung saman Mohamad Nizar yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.
"Saya tidak faham mengapa beliau sanggup melakukan sesuatu yang menimbulkan kontroversi. Ketika ini, banyak masalah lain yang perlu dihadapi. Beliau perlu tunggu hingga mahkamah membuat keputusan... itu adalah perkara terbaik untuk dilaksanakan," katanya.

Perdana Menteri berkata, Sivakumar juga perlu bersabar dan bukan menggantung Zambry serta enam Ahli Exconya yang pelantikan mereka mendapat perkenan Sultan Azlan Shah.

Mengenai kemungkinan konflik di Perak selesai jika pilihan raya negeri diadakan, beliau berkata ia tidak perlu kerana perkara itu sudah diputuskan oleh Sultan Perak.



Anwar Pertahan Tindakan Adakan Sidang DUN Di Bawah Pokok



KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN di bawah pokok di Ipoh hari ini.

Beliau juga menganggap persidangan itu sebagai sah kerana anggota berkenaan dihalang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri.

"Mengetahui yang persidangan itu akan diadakan, mereka (pihak berkuasa) mengepung kawasan itu, memaksa mereka (wakil rakyat pakatan pembangkang) mengadakan persidangan di bawah pokok.

"Pada pandangan saya speaker dilantik secara sah, beliau mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan...bagi kita ia adalah persidangan yang sah kerana ada notis yang sah, ada agenda...mereka dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri," katanya yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tidak membenarkan speaker dan 27 wakil rakyat berkenaan memasuki bangunan itu.

Kumpulan itu dihalang polis daripada memasuki bangunan itu kerana persidangan tergempar DUN itu disifatkan sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: