Selasa, 3 Mac 2009

LAGI BENGGONG DI PEJABAT SUK PERAK

Speaker, Adun pembangkang cuba masuki Bangunan Perak Darul Ridzuan

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat cuba memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan sebentar tadi tetapi tidak dibenarkan pengawal.

Mereka yang tiba pada jam 9.30 kemudian dilihat kembali ke kenderaan masing-masing yang diletakkan di kawasan berhampiran bertikutan sekatan jalan.

Speaker adakan sidang tergempar DUN Perak di bawah pokok


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang mengadakan sidang tergempar dewan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan selepas tidak dibenarkan memasuki bangunan.

Adun pakatan pembangkang Perak bersurai


IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang, termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mula bersurai dari pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 10 pagi tadi.



Hanya Speaker dibenar masuk

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dibenarkan memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat lain, termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, diminta bersurai.

Tiada ulasan: