Khamis, 19 Mac 2009

APA ERTI PERAK PADA DATUK SERI ALI RUSTAM

Ali Rustam bukan mangsa 'kambing hitam': Najib

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata Datuk Seri Mohd Ali Rustam bukan dijadikan 'kambing hitam' dalam siasatan Lembaga Disiplin Umno berkaitan politik wang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan e-LHDN, di Kementerian Kewangan, di sini, pagi tadi.

Kelmarin, Mohd Ali dikenakan larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, pada pemilihan minggu depan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.


Habis itu nak panggil apa KULUP ALI RUSTAM

Orang dah buat kenduri, Dah cukur rambut , dah beli kain Ihram segalanya dah selesai nak naik kapal terbang engkau cakap seat dah penuh apa punya Bahalol lah UMNO ni
malukan pemimpin dia sendiri

Ingat Tuk Ali tak boleh menang bagi dia syok sendiri konon last minit dah panik kudakan Lembaga Displin najib najib kau ingat ahli bodoh ke

apa pasalkau denga Pak Lah tak ngam ke

Dalam organasasi apa pun lembaga displin tak buat keputusan dia kena hantar syor dan cadangan
MKT lah buat keputusan Presiden Umum

Hancur , lepas ini lembaga displin kementerian buang TKSU tanpa rujuk kat JPA
lepas tu masing masing kata dia acted independently

Apa pasal hah
Kau dah Janji dengan Mat lebam gasak Pak lah bagi dia turun dengan UMNO Johor medesak berduyun duyun ke Putrajaya . Janji Mat Lebam dapat No 2.

Semua Orang boleh baca Lagi sekali Undi protest Mike Tyson yang kan menang lu tak caya tenguk

Tapi last minit lu tekan mike Tyson suruh Tarik diri
Ini semua dalam skrip beb
BABAK BABAK KEHANCURAN UMNO
TOK GUA UMNO BAPAK GUA UMNO GUA PKR TAPI SAYANG UMNO

Kalau lu hancurkan UMNO gua gerenti gua ludah muka lu Ingat dengan MAt lebam sekali gua baling selipar kat muka

1 ulasan:

P@nji berkata...

1. DI SAAT-SAAT akhir DS Anwar masih berusaha untuk menghalang pelantikan DS Najib sebagai PM Ke-6. Beberapa minggu lalu mereka berusaha hightlightkan akhbar Perancis kononnya DS Najib terlibat dengan kematian Altantunya. Namun tidak berjaya, kerana cerita itu hanya hepotisis dan hearsay penulis akhbar itu sahaja.

2. Kegagalan Anwar memujuk Pak Lah hampir 3 jam ketika di Hulu Langat amat mengecewakannya. Terbaru usaha ditujukan untuk mendesak DYMM SPB Yang DiPertuan Agong untuk tidak melantik DS Najib sebagai PM. Penulis percaya DS Anwar dan kumpulannya akan berusaha sehingga ke saat terakhir untuk menghalang DS Najib.

3. Di ketika itu pula, proses kemasukan Hj Hadi sebagai Menteri Penuh nampaknya berjalan lancar. Pemimpin-pemimpin utama UMNO semakin positif, cuma pertemuan DS Najib-Hj.Hadi akan membutirkan secara terperinci cadangan Hj. Hadi, mungkin selepas pemilihan UMNO.

4. Bagi penulis, Mursyidul Am PAS bukan 100% membantah. Dia hanya dipengaruhi oleh team Erdogans yang diketuai oleh Husam yang sangat kaya itu, yang bercita-cita menjadi Presiden PAS dan Timbalan Perdana Menteri di bawah mentornya, DS Anwar. Bukankah Mursyidul Am berkata...bawalah mesyuarat dulu, jika ahli mesyuarat bersetuju, terimalah...Kena faham bahasa politik.

5. Jika Hj Hadi bersungguh-sungguh mahu menghabiskan perjuangannya membangunkan Islam,eloklah dia menjadi Menteri Penuh. Tidak semestinya menjadi Presiden PAS. Hj Hadi tahu bersama DAP tidak mungkin perjuangan Islam akan berjaya, di Perak sudah memperlihatkan betapa Mantan Exco-Exco PKR yang keluar PR itu tidak boleh bersuara mempertahankan agama dan bangsa dalam mesyuarat exco. DAP tidak bersalah dalam kerajaan lama Perak kerana DAP majoriti di situ. Di Sabah, Datuk Raymond Tan hanya YB Bebas...tetapi dia dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri & Menteri Penuh...tiada masalah pun...Parti partilah, kerajaan kerajaanlah, bukan begitu...

6. DAP parti yang sangat bijak = DAP majoriti di Perak tetapi tidak dapat menjadi MB kerana halangan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tanpa Perkenan Raja, jika tidak Islam, jika bukan Melayu tidak mungkin DAP menjadi MB. Maka DAP Perak merancang melantik lebih ramai calon Melayu DAP dalam PRU13. Jika semua calon Melayu DAP menang, maka DAP tidak perlu lagi mengharapkan belas ehsan PAS & PKR yang menyusahkan mereka. Mereka mahu berkuasa secara Total macam di Pulau Pinang. Undang2 Tubuh Negeri Perak tidak berkata DAP tidak boleh menjadi MB, hanya berkata MB hendaklah Melayu, Islam & mendapat Perkenan Raja.

7. Namun, Allah SWT telah membuka banyak hati-hati mereka untuk kembali ke pangkal perjuangan, bermula dengan YB Nasarudin , YB Jamal, YB Osman, kini meniti hari YB Hj Hadi dan khabarnya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sudah berkerat rotan dengan pucuk pimpinan PKR. Alhamdulillah .