Khamis, 19 Mac 2009

KEPIMPINAN MELAYU

Muhyiddin minta perwakilan buat keputusan bijaksana

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno minggu depan membuat keputusan yang bijaksana bagi memilih barisan kepimpinan parti tanpa dipengaruhi elemen luaran seperti tohmahan dan fitnah.

Dalam politik biasa lah ni kata dah Veteran ahli 1971



"Bagi saya perkara ini (tohmahan dan fitnah) tidak baiklah, lagi pun yang penting sekarang kita nak melihat Umno ke depan. Umno mesti kukuh dan kita tidak boleh dilemahkan dari berbagai-bagai langkah yang boleh merugikan," katanya selepas rakaman rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Sambil menafikan tohmahan dan fitnah yang mengaitkan beliau dengan konspirasi menjatuhkan calon Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Muhyiddin yang juga calon jawatan sama, berkata perkara itu tidak sepatutnya ditimbulkan.

Kalau tak ada konspirasi kenapa tak pergi cari Tuk Ali kenapa biar dia ke PERAK minta bantuan sana. Jumpa lah dia Bincang kat Shangri la
console dia baru lah Gentlemen



"Soal ini kenapa mesti dikaitkan dengan saya kerana saya memang tidak terbabit. Saya hanyalah orang kecil yang tentu tidak ada pengaruh untuk memberitahu Lembaga Disiplin untuk memutuskan apa-apa," katanya.

Beliau berkata, adalah tidak wajar keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin dikaitkan dengan pihak lain kerana ia secara tidak langsung mengatakan seolah-olah Lembaga Disiplin Umno tidak berkredibiliti.

Tak usah Komen lah Kata lah saya simpati kepada Rakan seperjuangan saya , saya berharap mendapat mandat dari cara pemilihan tapi saya pun calon dan tak boleh komen lebih lebih nanti disalah erti


Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno mendapati Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 Tata Etika Ahli Umno dan beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan penyokong Mohd Ali akan mengalih sokongan kepada seorang lagi calon Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Muhyiddin berharap perwakilan akan membuat pilihan berdasarkan rekod pemimpin.

Rekod apa awak punya rekod pun bukan bersih sangat Jangan lah angkat bakul politik orang tak angkat bakul

"Saya harap perwakilan bersikap bijaksana, rasional, dan buat pertimbangan yang saksama," katanya. - Bernama Pemimpinan di atur oleh Taiko Taiko UMNO rupanya bukan Ahli

Sejak Bila Timb Perdana Menteri Kena ada resume yang Paling baik

ADA PIMIMPIN SEBAB NYA ADA PENGIKUT

Orang yang menjaga pengikut nya di akan diangkat jadi pemimpin

Menteri bukan untuk buat kerja dia menjaga kepentingan Rakyat dalam jentera Kerajaan

Asas nya Amanah Adil bertaqwa dan banyak lagi

Bukannya seniority , awak penjaga amanah rakyat apa lupa ka

YOU LEAD AND MANAGE with ACCOUNTABLITY AND HONESTY that is the only requirement

2 ulasan:

P@nji berkata...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi alasan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kononnya kerana nak melanjutkan pelajaran...

Hahahahahahahah!!!
LAWAK GILER...nak jaga reputasi PR rakyat sampai sanggup buat lawak gilerrr..!!!
Biasanya orang yang nak sambung belajar sebab bercita2 tinggi nak dapat gaji besar...tapi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sanggup letak jawatan yang bergaji besar sebab nak sambung belajar?
Sekarang ni siapa yang bodohkan rakyat?
Agak2 alasan ni alasan orang yang terbijak di Malaysia kot..
Yelah.....bekas TPM terbijak..paling ambil tahu hal kebajikan rakyat...
Bekas Menteri Kewangan Ter'smart'....banyak bantu bumiputera...
Diumumkan...Anwar Ibrahim sebagai pemenang
Anuuugerah Lawak 2009!!!!

Hahahahahahaaahh!!!!

Lu Pikior Le Sendiri berkata...

Survival Melayu tergugat -- Surat 2

BETAPA ironisnya peribahasa lama yang menceritakan tentang kebebalan dan kedangkalan mentaliti seorang yang bernama Pak Pandir atau Lebai Malang dalam kisah persabungan ayam.

Ayamnya menang tetapi kampungnya pula yang tergadai. Begitu juga dengan peribahasa lama yang menceritakan tentang kemarahan seorang yang bodoh sombong kerana marahkan nyamuk... habis semua kelambunya dibakar.

Begitulah putaran hidup di dunia ini. Sketsa daripada cerita dan peribahasa lama banyak membawa dan menterjemahkan kisah daripada kehidupan sebenar, cuma kita tidak pernah mahu mengambil iktibar daripadanya.

Yang lebih tragisnya ialah Melayu mudah lupa wahai saudara-saudaraku umat Islam dan Melayu, bangkitlah kamu semua daripada tidurmu yang diulit mimpi-mimpi yang lama. Bukalah mata kalian, lihatlah di sekelilingmu betapa selama 50 tahun ketuanan Melayu telah menjadi teras pemerintahan tanah warisan Melayu di Malaysia ini.

Kini semuanya telah terhakis sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan hilang terus ditelan oleh kerakusan tangan-tangan Islam dan Melayu sendiri.

Islam dan Melayu adalah satu golongan yang menguasai majoriti populasi rakyat di Malaysia ini tetapi kerana perbezaan wadah perjuangan politik kita menjadi berpecah belah. Kita bermusuhan dan paling tragis lagi kita sanggup bersekongkol dengan kaum dan penganut agama lain bagi menjatuhkan saudara seagama dan sebangsa .

Alangkah sedihnya umat Islam dan Melayu berpecah kepada UMNO, Pas dan PKR.

Pada waktu yang sama kaum lain bersatu dalam DAP. Dan impak dan natijahnya, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang telah jatuh kepada DAP? Mungkin pada zahirnya kita melihat ketiga-tiga negeri itu berada di bawah Barisan Alternatif tetapi pada hakikatnya, DAP yang menguasai kerusi DUN di ketiga-tiga negeri tersebut.

Dan yang lebih memalukan ada di antara umat Islam dan Melayu telah sama-sama membantu DAP untuk menghapuskan sama sekali suara Melayu di Pulau Pinang.

Dengan memiliki lebih dua pertiga kerusi di sana, DAP bebas untuk berbuat apa saja agenda mereka yang terbuku di hati selama ini. Apa gunanya kita mendabik dada dengan mengatakan kita menang kalau kita hanya menang sorak tetapi kampung tergadai.

Jangan pula nanti kita semua terkejut atau menyesali diri kalau ada undang-undang yang dilulus atau digubal untuk mengurangkan bunyi azan di surau atau masjid di Pulau Pinang. DAP tidak akan kisah dan mempedulikan nasihat Majlis atau Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana mereka yang memerintah.

Bagi Perak dan Selangor pula, andai kata PKR dan Pas yang dipilih menjadi Menteri Besar, hakikatnya tetap sama, DAP menguasai DUN. Segala kata putus mesti mendapat endorsement DAP dulu.

Maka jadilah mereka Menteri Besar boneka, yang tiada bezanya dengan Mahmood Abas, Hamid Karzai dan Pervez Musharraf yang menjadi Presiden boneka Amerika. Akhir kata... wahai saudara-saudaraku umat Islam dan Melayu, bangunlah dan fikirkan nasib yang bakal diharungi oleh anak-anak dan cucu-cucu kita di kemudian hari. Jangan sampai mereka menyumpah di kuburan kita kerana kesilapan yang kita lakukan hari ini.

– PAK MALAU,

Kajang.